Homemade Egg Tart

13:51

Assalamualaikum,


Throwback!!!
Ini tart telur pertama aku buat sendiri dekat rumah. Mungkin ambil masa yang agak lama untuk membuatnya. Aku akan bagitahu resipinya di bawah. Sebelum itu, aku akan bagitahu apa yang telah terjadi kepada tukang rasa iaitu, mak, ayah, adik, serta saudara mara di kampung. Dua hari sebelum pulang ke kampung, aku telah menyediakan bahan-bahan untuk membuat tat telur.
Bahan-bahan:

Inti kastard telur

2 biji telur saiz sederhana
90ml air panas
2 1/2 sudu besar gula kastor
1/8 sudu teh garam
2 sudu besar susu cair
sedikit esen vanila
1. Larutkan gula dan garam di dalam air panas. Kacau  sehingga larut dan sejukkan.
2. Kacau telur sehingga sebati dan asingkan 2 sudu besar telur untuk doh.
3. Masukkan air gula, susu cair dan esen vanila ke dalam telur. Kacau sehingga sebati.
4. Tapiskan adunan tadi untuk membuang buih. Lakukan sebanyak dua kali. Kemudian, sejukkan dalam peti ais.

Tart crust
160ml tepung
50g mentega ( aku pakai Buttercup) pada suhu bilik
1/4 cawan gula aising
2 sudu besar telur yang diambil dari telur untuk inti tadi
1/8 sudu teh garam
sedikit esen vanila
mentega cair untuk acuan
1. Tapiskan tepung, gula dan garam di dalam mangkuk besar. Tambahkan mentega. Gaulkan semua bahan.
2. Tambahkan telur dan esen vanila dan uli sehingga sebati. Jika doh terlalu melekat, tambahkan sedikit tepung. Tutup dengan plastik dan biarkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam.
3. Keluarkan doh, dan bahagikan kepada 6 bahagian. Bulatkan doh dan tekan ke dalam acuan menggunakan jari. Pastikan kerak di bahagian bawah tidak terlalu tebal.      
4. Panaskan oven pada suhu 200C.
5. Penuhkan inti sebanyak 80%. Bakar selama 15-20minit sehingga nampak kuning keemasan.
6. 5 minit terakhir, rendahkan suhu sebanyak 10C untuk elakkan inti naik terlalu tinggi.
7. Sejukkan beberapa minit sebelum keluarkan dari acuan. Hidang semasa panas.
Acuan yang aku gunakan adalah ini; tart tin mould.


Dua hari kemudian, aku telah pulang ke rumah di Kuantan kerana emak dan adik aku telah tinggal di sana selama seminggu. Aku terus membahagikan tart telur untuk diberi kepada saudara mara. Makcik aku cakap, "Pandai kakak buat, sedap!." Ada juga makcik aku yang tak minat, mungkin alahan sebab mengandung kot. Apa-apa pun percubaan pertama menjadi. Aku terserempak dengan ayah uda sebelum pulang ke Kuala Lumpur, dia kata, "Sedap tat telur, dah boleh kahwin ni." Aku berkata dalam hati, "Nak kahwin macam mana, kalau tak ada calon." Tidak lupa juga adik aku yang tengah belajar, siap demand 10-12 biji tart sebelum dia pulang ke rumah untuk cuti semester.  Selepas itu, aku mula mencari pelbagai resipi untuk dicuba. Sehingga bertemu lagi.
Terima kasih.

You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.

Sila tinggalkan link anda di profile atau di ruangan mesej. Mudah untuk saya blogwalking ke blog anda.