My Journey

15:17

Assalamualaikum,
28 Mac 2017
Aku dan keluarga jalan-jalan cari makan di AEON Mall, Taman Maluri selepas solat maghrib. Kami makan malam di Nando's sahaja. Selepas itu, aku dan keluarga pergi ke bahagian pasaraya untuk membeli keperluan dapur. Aku mengambil kesempatan ini untuk membeli bahan-bahan cheesecake. Aku tak tahu lagi cheesecake apa nak buat tapi yang penting bahan dah ada. Aku ingat nak buat cheesecake dimana basenya ialah biskut. Aku pernah terbaca biskut yang sesuai untuk buat cheesecake adalah graham crackers. Aku punyalah cari manalah biskut graham ni, masa dah nak dekat pukul 10 malam. Pasaraya dah nak tutup. Akhir sekali, aku ambil biskut Ritz. Dah tak cukup masa nak belek yang lain.
 Bahan-bahan yang aku dapat beli untuk buat cheesecake adalah cream cheese dengan biskut je. Harap-harap bahan yang aku tak beli, ada dalam simpanan rumah. Sampai saja di rumah, aku terus simpan barang-barang yang dibeli tadi. Sempat juga aku tanya abang aku, pakai biskut apa untuk buat cheesecake, dia kata, "pakai biskut wholemeal." "Wholemeal itu apa?", aku berfikir di dalam hati. Aku akan cuba cari masa untuk beli biskut wholemeal itu di kedai yang berdekatan.  Apa-apapun nantikan resipi cheesecake aku. Surprise!!.
29 Mac 2017
Aku lebih suka duduk di rumah dan cari idea untuk blog post aku. Aku jenis yang susah nak keluar rumah, lebih-lebih lagi bershopping. Aku bukanlah jenis yang kaki shopping. Tetapi aku minat pada pakaian muslimah dan dress labuh. Ayah aku cuti dari hari sabtu yang lepas, so kiranya dah seminggu la. Ayah dan mak aku kerjanya berjalan saja. Mak aku rancang nak singgah di ofis lamanya untuk ambil sijil persaraan dan selepas itu terus ke Kenanga Wholesale. Dia mengajak aku sekali, tapi aku tak nak la. Nak kena gosok tudung, cari baju. La baju aku yang macam sweater tu hilang. Aku buat keputusan untuk tidak pergi. Apa yang aku buat kat rumah agaknya? Aku cari ayat yang sesuai untuk buat entri. Sambil tu, aku cari resipi untuk buat cheesecake dan resipi yang sedap mata memandang. 
Petang tu, mak aku balik dengan pakaian yang dibelinya. Mak aku belikan aku dua helai blouse labuh. Cantik sangat. Aku rasa menyesal pula tak ikut sebab aku berminat dengan palazzo kepunyaan emakku. "Tu lah, siapa suruh tak nak ikut?" Mak aku menyuruh aku mencuba baju yang dibelinya itu. Aku mencuba semuanya termasuk baju emakku. I love it so much.  Terus aku berfikir, macam inilah model tukar baju. Tapi lagi pantas. Penat kot.
See you again.

You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.

Sila tinggalkan link anda di profile atau di ruangan mesej. Mudah untuk saya blogwalking ke blog anda.