18 APRIL STORY

13:46

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak cerita sikit apa yang berlaku dan kenapa. Aku membersihkan kipas, tingkap, dinding serta bilik. Sebenarnya, bersihkan bilik adalah salah satu to do list yang aku dah simpan lama. Baru hari ini ada mood rajin untuk bersihkan. Mesti korang berasa pelik. Kenapa minggu ini baru nak bersihkan, bukan minggu-minggu sebelum? 
Kisahnya bermula seperti ini; Sabtu, 22 April ini, datangnya rombongan meminang dan bertunang sepupu aku. Bakal tunang dia, tinggal di Pandan Jaya. Apa kena mengena dengan rumah aku ya? Jawapannya adalah rumah aku adalah rumah persinggahan sebelum pergi ke Pandan Jaya. Lagipun diorang bukan tahu selok belok dekat Kuala Lumpur ini, termasuklah aku. buat malu budak KL la kau ni. Rombongannya sampai 40 orang, muat ke rumah aku? Rumah ini dah diduduki sebelum aku lahir lagi. Harap-harap muat la. Mana yang tak muat tu, sampai ke garaj la nampaknya. 
Apa-apapun tercapai juga to do list aku. YEAH!! To my cousin, Mr. A. Semoga awak bahagia bersama si dia.

Thank you for reading.

You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.

Sila tinggalkan link anda di profile atau di ruangan mesej. Mudah untuk saya blogwalking ke blog anda.