21 APRIL STORY - Lovely Sunshine 21 APRIL STORY

21 APRIL STORY

Assalamualaikum,

Pada minggu lepas, adik aku memberitahu yang dia mendapat Anugerah Cemerlang untuk tahun lepas. Ibu bapa dijemput hadir. Tapi masalahnya, ayah aku tak dapat hadirkan diri kerana kerja. Siapa lagi yang kena pergi kalau bukan emak aku. Emak aku ajak aku teman dia pergi sekolah lama aku. Sekolah?? Tak tahu apa perasaan aku sebenarnya. Takut, gembira, cuak apabila berjumpa dengan guru-guru sekolah nanti. Agak-agak diorang ingat tak aku lagi? 

Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi di Dewan Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak. Aku dan mak aku gerak dari rumah pukul 8.30 pagi. Kita hanya berjalan kaki yang mengambil masa 45minit. Mak aku risau majlis sudah bermula dan adik aku sudah mengambil anugerah. Sampai sahaja aku di sekolah, rupa-rupanya majlis tidak bermula lagi kerana menanti ketibaan VIP. Sebelum masuk ke dewan, ibu bapa perlulah mendaftarkan nama serta mengambil atur cara di meja pendaftaran. Dekat sini, aku jumpa guru kelas aku semasa tingkatan 4ST(2009), Puan Illazidah yang juga merupakan guru kimia. Dia agak terkejut apabila aku memanggilnya cikgu! Kemudian, kami terus ke dewan dan mencari tempat duduk. Setibanya di dalam dewan, adik aku ternampak aku dan terkejut. Siap bagitahu yang kerusi di bahagian belakang sebelah kiri dewan adalah untuk penerima anugerah. Aku pun cakap, "Mana ada student dah kat sini, semua dah ada tempat duduk." Dia pun mendiamkan diri dan menghadap ke hadapan. 

Selepas ketibaan VIP serta sedikit sepatah dua kata bukan sepatah tapi beribu-ribu patah. Memangla apa yang di kata itu benar tapi huh. Tibalah masanya untuk penyampaian hadiah untuk tingkatan satu tahun 2016. Adik aku adalah salah seorang darinya. Dia mendapat tempat kedua di dalam kelas 1 Dedikasi (2016). Selesai penyampaian anugerah untuk tingkatan 1, 2 dan 4, adik aku serta rakan sekelasnya mempersembahkan koir sebagai persembahan pada pagi itu. Aku tidak dapat masukkan gambar kerana gambar yang aku tangkap tak cantik. Cikgu Maznah, iaitu cikgu BM dan Geografi bertanya aku ni student batch yang mana? Sama batch dengan Basyar ke? Ya cikgu, batch SPM2010. Cikgu tu tanya asal awak tinggi sangat? Aku rasa dari dulu lagi aku dah tinggi. Yelah, ramai sangat student cikgu, tak semua kita boleh ingat. Selesai persembahan adik aku, kami ingin terus pulang ke rumah. Sebelum pulang, cikgu bola jaring aku tegur, Mardhiyyah kan? Ya saya, cikgu. Nasib baik ada juga cikgu yang ingat kat aku. Sebenarnya, banyak topik yang di bicarakan tapi setakat di sini sahaja.

Setibanya di rumah, buat kerja rumah sikit dan makan nasi lemak yang di beri oleh sekolah, kemudian tidur. Punyala letih, macam dah lama tak berjalan jauh. Selepas aku bangun dari tidur, aku dan adikku diminta membersihkan kedua-dua bilik air. Sebelum itu, aku dan adikku makan nasi putih lauk ayam goreng RM1 sebagai makanan tengahari. Kami membersihkan bilik air seorang satu. Finally, dah siap semua kerja rumah yang perlu di buat. 

p/s: harap korang terhibur. terima kasih.

Post a Comment

0 Comments