Persahabatan

12:01

Assalamualaikum,

Persahabatan ialah hubungan rapat antara dua orang atau lebih. Aku nak cerita sedikit tentang sahabat aku, kebaikan dan keburukan yang aku pernah alami. Favourite quote aku ialah truth doesn't get you many friends but it does get you the right one. Susah aku nak cari kawan sebab kepercayaan antara satu sama lain. Sahabat memang ramai tetapi yang sentiasa ada di belakang kita, hanya beberapa orang sahaja. 

Ada yang dekat dengan kita sebab nak ambil kesempatan. Aku pernah jumpa sahabat yang seperti itu. Sahabat yang ada bila kita senang sahaja, sedangkan bila kita memerlukan pertolongan, dia tak ada masa langsung sehingga mengatakan busy. Mereka selalu meminta aku membelikan makanan untuk mereka, aku ni dikira baik la kot. Aku akan belikan. Tetapi bila aku meminta mereka membelikan makanan, mereka kata tak sempatlah, kawan aku nak cepat ni, aku tumpang kawan ni. Hello!! Aku pun tumpang kawan juga, tapi aku minta diorang tunggu kejap untuk belikan makanan. At least diorang faham. Aku dah banyak jumpa sahabat macam ini. Aku ini tunggul ke apa? 

Sahabat yang tidak fikir perasaan orang lain. Time belajar dulu, aku duduk dekat rumah sewa yang agak jauh dari kampus. You know what? Ramai student gi kampus tumpang kawan termasuk aku. Aku agak rapat dengan ex-roommate yang bernama A sejak hari pendaftaran. Tapi semuanya berubah sekelip mata dengan kehadiran orang lain. Aku tak bermaksud dia tak boleh berkawan, tapi jangan abaikan aku macam aku ni tiada perasaan. Aku dengan 3 orang lain mula berpecah apabila 2 orang lagi kawan yang mempunyai kereta. Mereka berlima selalu pergi ke kelas bersama-sama, tinggallah aku seorang diri. Aku boleh jalan kaki kalau kampus tu dekat. Ini tak, jauh. Lantakla diorang. Ada yang cakap aku ni penyebab A tu stress. I hate this people. Orang yang hanya dengar dari mulut orang. Tau nak mengata je.

Yang betul sahabat sejati yang sentiasa ada di belakang adalah kawan belajar dan sepupu sepapat yang rapat sejak kecil. Diorang sentiasa kosongkan masa diorang untuk aku. Walaupun aku ni baik, comel, garang + ganas. Diorang still on my back. Tak kisahlah topik nonsense sekalipun, diorang layankan aje. They still my BFF's until now and forever. I love Shira, Lijah, Mashitah, Nainma, Intan, Nana, Ika dan Asma. I always supported whatever you do. XOXO.

p/s: hati tengah sakit lepas tonton satu scene dalam drama tentang orang yang suka ambil kesempatan. Selepas itu, terus ingat yang aku juga salah seorang yang pernah diambil kesempatan. Just relax. Seronok dapat share dengan orang. Don't think too negative and be strong.

You Might Also Like

3 comments

  1. salam kenal ...ccl new follower kat si #21

    ReplyDelete
  2. X semua kawan kita tu akan jadi sahabat. Alhamdulillah, sy ada sahabat dunia akhirat sy :) Baik dari segi agama, adab & akhlak

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.

Sila tinggalkan link anda di profile atau di ruangan mesej. Mudah untuk saya blogwalking ke blog anda.