Giveaway Duit Raya RM100 By Elsaalicious & Sponsors (TAMAT)

20:52


Assalamualaikum,

Giveaway Duit Raya RM100 By Elsaalicious & Sponsors

Klik banner di atas untuk sertai giveaway di atas.



Instagram username: Utsukushinikko
Facebook: Mardhiyyah Rosli
emel: mya_capricorn93@yahoo.com

Pengalaman seronok dan nakal masa zaman kumpul duit raya:-

Mya tak ingat tahun bila tapi memang zaman budak-budak. Masa tu mya raya dekat kampung belah ayah di Seri Medan, Batu Pahat, Johor. Masa ni memang raya yang paling terbaik sebab sepupu sepapat semua still budak-budak lagi. Mya dengan beberapa orang sepupu nak pergi kutip duit raya naik basikal. Mana nak muat basikal untuk dua orang tapi nak naik sampai empat orang. 

Sebelum nak pergi beraya, kita orang kena speed up sebab kat depan lorong sebelum nak merentas jambatan tu ada rumah nenek kebayan. Kita orang panggil nenek tu nenek kebayan sebab selalu nampak dia sorang-sorang. Rumah dia pulak jauh dari rumah atuk kitorang. Sama lah macam rumah atuk mya, atuk perempuan ya. Depan rumah parit dengan ladang kelapa sawit, sebelah rumah ladang getah dan belakang rumah tanah perkuburan. Rumah atuk meriah bila waktu raya sahaja. Kalau tak senyap sunyi, nak keluar pergi tandas pun tak berani.. 

Kembali kepada cerita kutip duit raya, ingatkan selepas lari dari rumah nenek kebayan dah tak ada apa-apa, rupa-rupanya ada benda lain yang pula kejar kita. Monyet!! Lari!! Cuba bayangkan lari pakai baju kurung. Bawa basikal baju kurung. Nasib baik tak jatuh. Kita orang raya dari satu rumah ke satu rumah. Selepas jambatan tadi, baru jumpa banyak rumah yang berdekatan. Tapi ada satu rumah ni lokek, kedekut langsung tak bagi duit raya. Bagi makan je. Kalau kita orang nak makan, kita orang boleh makan kat rumah laa. Sampai sekarang rumah tu selalu mya ingat sebab dekat rumah tu ada patung gajah. Mya tak tahu kenapa dia pilih gajah. 

Beraya lah sampai kita orang jumpa kedai. Mentang-mentang dapat duit raya, terus nak pakai beli jajan. Kita orang beraya dekat sekitar situ sahaja. Bila dah habis beraya, apa lagi kita baliklah. Selepas jambatan, terus lari balik rumah atuk tak ada nak pandang kiri kanan. Menakutkan. Itu sahaja pengalaman mya kutip duit raya.


p/s: done blogwalking all contestants.




You Might Also Like

10 comments

  1. hahaha biasalah kalau dekat kampung, memang ada satu rumah tu mesti menakutkan jeh

    terima kasih join. elsa dah update dalam list. goodluck awak :*

    ReplyDelete
  2. Cerita yang menarik. Good luck. Semoga menang.

    ReplyDelete
  3. tue biasa mya..kdg memang ada satu rumah yg kedekut tak bgi duit raya..hehe

    ReplyDelete
  4. singgah sini

    https://kanvasdakwat.blogspot.my/2017/05/giveaway-duit-raya-rm100-by-Elsaalicious-sponsors.html

    ReplyDelete
  5. selamat bersegmen Mya...
    https://umifuzy.blogspot.my/2017/06/giveaway-duit-raya-rm100-by.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.

Sila tinggalkan link anda di profile atau di ruangan mesej. Mudah untuk saya blogwalking ke blog anda.