Muda Lagi Dah Ada Macam Macam Penyakit

20:33


Assalamualaikum,

Hari ini Mya tergerak nak buat entri pasal kesihatan. Teruk sangat ke penyakit Mya ni sampai nak up entri. Sejak kebelakangan ini, Mya asik sakit saja, sakit sana dan sakit sini. Mya dah tahu apa penyebab tapi tetap abaikan juga. Dah sakit, mulalah. Tak laratlah. Penatlah. Lain kali jelah. Banyak betul alasannya.

Mya ni seorang yang susah nak pergi klinik selagi penyakit tu tak teruk. Mya ni boleh dikategorikan seorang yang mempunyai antibodi lemah. Mudah jatuh sakit. Duduk dalam bilik bersuhu sejuk pada jangka masa yang panjang boleh menyebabkan selesema dan demam. Angan-angan untuk merasa salji punah begitu sahaja. Mya juga mudah batuk tetapi tetap juga nak minum air sejuk. Lepas tu, mulalah batuk tak berhenti henti.

Selain itu juga, Mya juga mempunyai penyakit gastrik. Kalau lambat makan je, mulalah sakit perut. Tapi itulah pasal, Mya dari sekolah lagi tidak mengamalkan makan pagi kecuali Mya rajinkan diri untuk membeli di sekolah. Mya mula sakit gastrik pada umur 16 tahun a.k.a tingkatan 4. Siap cakap kat parents, tak nak gi sekolahlah. Kita sakit perut. Kemudian, sakit mula beransur pulih. Tapi sejak jadi penganggur terhormat dalam rumah ni, nak bangun pagi pun susah. Kecuali bila ayah Mya cuti. Nampak tak, ketakutan Mya pada ayah yang sangat tegas dalam rumah macam mana. Ayah cuti je, pandai pulak bangun pagi. Tapi tak fahamlah, kenapa adik Mya yang bongsu tu boleh buat relax je bila ayah marah. Bila ayah cuti je, baru Mya makan on time. Kalau tak, dah menggigil baru cari makan. Kadang-kadang je Mya pandai cari makan sendiri.

Penyakit ini rasanya semua ladies mesti tahu, PMS a.k.a senggugut. Mya start period pada tahun akhir sekolah rendah. Dalam kalangan kawan-kawan Mya, Mya rasa Mya yang paling lambat datang. Mya mula kena PMS yang teruk pada umur Mya 15 tahun a.k.a tingkatan 3. Setiap bulan sepanjang Mya belajar dekat sekolah, bila kena sahaja PMS, Mya akan minta izin pengecualian kelas sehari ataupun minta izin pulang ke rumah. Perkara ini berlanjutan sehingga tingkatan 5. Sampaikan cikgu suruh pergi hospital buat check up. Pada tahun akhir sekolah, Mya dah kurang minta pengecualian kelas. Kalau sakit sangat, cikgu suruh tido dalam kelas je. Duduk depan pulak tu. Apalah nak jadi dengan Mya ni.

Kekejangan otot berlaku apabila kita terlalu penat, dah lama tak exercise dan tidak aktif langsung. Nak katakan Mya tak aktif, aktiflah juga zaman sekolah. Tapi terlalu aktif pun kena juga kekejangan otot ni. Dah buat warm up dan warm down lagi tu. Selalunya apabila Mya penat sangat ataupun jadual kelas penuh, mulalah malam nanti kaki cramp. Kadang-kadang sebelah kaki sahaja. Selalunya kaki belah kanan yang teruk. Salah satu punya Mya kejang kaki sekarang adalah disebabkan kurang aktif dan tidak jaga pemakanan. Hari itu, siap kata dekat diri sendiri, nak diet. Tapi nak bangun exercise pun malas. Orang yang diet makan sekali tambah je, tapi Mya dua kali tambah itupun bergantung pada lauk yang dimasak. Kalau sedap sangat, waktu malam pun makan lagi. Nampaknya terkubur sahajalah hasrat nak kuruskan badan itu.

Akhir sekali, Mya tak pernah jumpa doktor mahupun sesiapa sahaja tentang masalah tidur yang dihadapi. Mya mengaku, Mya bukan morning person. Seorang yang susah bangun pagi kecuali ada benda penting untuk dilakukan. Mya tak boleh paksa diri tidur awal. Apabila Mya tidur awal, Mya akan terjaga pukul 3 atau 4 pagi. Lepas tu, nak lelapkan mata dah tak boleh. Sebab itu, Mya selalu tidur paling lewat pukul 2 pagi. Paling awal pun pukul 12.00 tengah malam. Kadang-kadang sampai mimpi buruk yang berlaku depan mata. Lelapkan mata sekejap je, terus benda tu berlaku. Walaupun mata dah mengantuk sangat. Selalunya Mya akan baca ayat kursi sebelum tidur, barulah boleh tidur dengan nyenyak.

Terima kasih kepada yang sudi baca entri yang panjang lebar ini.

XOXO,
Mya Rosli

p/s: sebenarnya tengah sakit kaki dengan tangan ni, baru balik dari pasar malam. Angkat barang terlebih muatan.

You Might Also Like

2 comments

  1. mya.. teruk jugak tu berjaga kol 3 pagi.. pegi laa check.. jumpe doktor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada plan nak jumpa doktor tp x tahu nak jumpa doktor apa.

      Delete

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.

Sila tinggalkan link anda di profile atau di ruangan mesej. Mudah untuk saya blogwalking ke blog anda.