Mudahnya, Hanya Di Hujung Jari Dengan Traveloka

12:39


Assalamualaikum,

Hari ini aku nak cerita serba sedikit tentang travel app yang aku selalu tengok dekat televisyen. Travel app ini memudahkan pelanggan kerana kita boleh tempah tiket flight dan hotel dalam masa yang sama. App ini menarik bagi aku kerana kita tak perlu buka dua tab untuk menempah tiket flight dan hotel. Menjimatkan masa kita juga. Tak silap aku nama app ini pun ada perkataan travel. Aku pun cuba cari web apa yang ada perkataan travel. Ha!! Aku dah jumpa. Nama travel app itu ialah Traveloka.

Traveloka ni ada websitenya yang tersendiri dan juga mobile app yang korang boleh install dalam smartphone. Kita boleh install melalui Google Play dan App Store. Aku pun apa lagi, cari dan install ke dalam smartphone. Traveloka punya apps dan website sangat user friendly. Mudah dipakai oleh semua orang termasuk yang buta IT. Kita sebagai pelanggan boleh buat research berdasarkan review yang diberikan oleh orang yang pernah sampai ke hotel pilihan yang kita nak booking. Jadi, kita tiada masalah lagi bila nak buat research. Mudahnya, hanya di hujung jari.

Dekat website Traveloka ini pula, kita buka sahaja sudah tersedia search box untuk flight dan hotel. Apa yang perlu aku buat hanya taipkan destinasi yang diingini, tarikh daftar masuk dan keluar, tarikh penerbangan dan cari.
traveloka
Screen ini yang akan terpapar bila korang buka website Traveloka.


Contoh destinasi, aku taip Langkawi, sistem ini akan listkan semua hotel yang ada dan availability pada tarikh yang aku pilih. Siap dengan harga sekali, korang boleh bandingkan dengan hotel yang lain.


traveloka
Search box untuk hotel.

Untuk menempah tiket penerbangan pula, langkahnya hampir sama cuma aku perlu masukkan destinasi dari Kuala Lumpur ke Korea, tarikh penerbangan, bilangan penumpang dan jenis tempat duduk. Kemudian, sistem ini akan listkan semua penerbangan yang available pada tarikh yang kita pilih dari harga yang amat berpatutan. Tapi yang ini khas untuk naik flight sahaja, kalau setakat nak pergi Melaka dari KL lebih baik naik kereta, jangan gatal-gatal nak naik flight pergi Melaka pula.


traveloka
Search box untuk flight

Yang paling best sekali, aku boleh buat payment dengan online banking sahaja seperti maybank2u, cimb clicks, kad visa dan sebagainya. Traveloka ini boleh dikatakan tiada caj tersembunyi, selamat dan boleh dipercayai. Traveloka ini juga ada promosi pada tarikh-tarikh yang tertentu dan boleh dapat potongan harga yang sememangnya terbaik. Sempena bulan Syawal yang bakal kunjung tiba, Traveloka telah mengadakan promosi Book Awal for Syawal dan Super Raya Stays, Happy Days. Bolehlah kita bercuti sambil berjimat cermat. Best tak idea aku ini. Tidak lupa juga, perkhidmatan 24 jam disediakan jika korang ada masalah berkenaan web atau apps Traveloka untuk selesaikan masalah korang. Sebab itu, aku cakap Traveloka memang boleh dipercayai. 


traveloka
Book Awal for Syawal


traveloka
Super Raya Stays, Happy Days
Senang sahaja, korang register dengan Traveloka ini, nanti korang nak berurusan dan manage percutian korang pun senang. Tapi tak semestinya untuk bercuti, kalau korang ada kerja di outstation pun boleh gunakan Traveloka ini sahaja. Hotel yang disenaraikan memang banyak dan terbaik. Selepas korang login, korang boleh juga manage booking, sama ada nak tukar tarikh atau cek semula details yang korang dah booking. Sangat senang sebab segalanya hanya di hujung jari sahaja.

Kepada sesiapa yang mempunyai smartphone, korang tiada alasan lagi seperti tak tahu cara nak tempah hotel mahupun flight. Korang boleh book melalui Traveloka bermula dari sekarang dan bila-bila masa hanya dengan menaip di keypad dan keyboard korang dan semuanya akan selesai. Aku dah cuba, kawan aku pun dah cuba, so aku berani jamin yang korang juga wajib cuba Traveloka apps ini. Musim bercuti sudah tiba dan korang ada tanggungjawab baru dengan menempah hotel melalui apps atau laman web Traveloka. Jangan sia-siakan peluang dan kemudahan yang telah disediakan demi memastikan rancangan korang untuk pergi bercuti sangat berkesan.

Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh layari laman sosial Traveloka di bawah:-

Facebook: Traveloka
Google+: Traveloka








You Might Also Like

2 comments

  1. memang best bercuti dengan traveloka....terbaik..jimat dan memudahkan

    ReplyDelete
  2. nice sharing.. lepas nie kalau nak pegi holiday boleh try gune traveloka..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.

Sila tinggalkan link anda di profile atau di ruangan mesej. Mudah untuk saya blogwalking ke blog anda.