Barang Nurraysa Dah Sampai!! - Lovely Sunshine Barang Nurraysa Dah Sampai!!

Barang Nurraysa Dah Sampai!!

Barang Nurraysa Dah Sampai | Assalamualaikum,

Mya nak cerita sikit apa yang mya buat sepanjang hari ini sebelum mya cerita pasal produk Nurraysa.

Ayah mya dah bagitahu semalam yang hari ini nak pergi beli barang dapur dekat Aeon. Pagi tadi selepas siap kemas rumah dan jemur baju, mya terus bersiap untuk pergi beli barang. Mya ingat kan pergi terus ke Aeon Taman Maluri tapi disebabkan kad ahli Aeon dekat abang mya. Mak mya decide nak ambil kad ahli kat abang mya di UKM. 

Sebelum kitorang straight pergi UKM, singgah sekejap di CIMB Bank. Nak buat apa ya kat sini? Rupa-rupanya mak mya ada hal dekat sini dan dah alang-alang dekat CIMB ni, ayah mya suruh buka akaun terus untuk bisnes Nurraysa. Sebenarnya tak lama pun nak buka akaun ini, isi borang, amik nombor, buatlah apa yang manager tu suruh dan dah siap. Kitorang lama juga dekat bank tu pun sebab ayah mya jumpa kawan lama. Dah settle dekat bank, terus pergi UKM, Bangi. 

Mak mya teringin nak pergi Aeon Cheras Selatan sebab mall dia besar. Jauh juga perjalanan nak ke Aeon dari UKM. Matlamat utama nak pergi Aeon sebab nak beli barang dapur sahaja. Rambang mata jugalah bila depan mata ada makanan. Macam-macam nak beli. Tidak lupa juga bahan-bahan untuk mya buat dadih dan cheesekut coklat. Nanti mya up entri dessert ini okay.

Sebenarnya mya tunggu PosLaju hantar barang Nurraysa dari pagi tadi lagi. Sebelum ini, PosLaju hantar dekat rumah sampai pukul 3.00 petang macam itu. Mya dah pesan dekat adik, tengok PosLaju hantar barang. Tapi tak sampai-sampai juga. Mya dan family sampai dekat rumah dalam pukul 3.30 petang tak silap. Tapi barang tak sampai lagi. Risau juga. Barang customer kena hantar COD sabtu ini. 

Sebab penat shopping punya pasal, mya terlelap sampai termimpi-mimpi barang Nurraysa. Ada mimpi PosLaju tinggalkan surat, mya kena ambil kat pejabat. Dan ada mimpi juga yang PosLaju dah sampai siap bunyi hon kereta itu mengejutkan mya dari tidur. Mya terus terjaga. Mya cuba bukakan mata sehingga mya dengar bunyi hon motor. Yeah!! Akhirnya, barang Nurraysa dah sampai.


Nurraysa
Bungkusan Produk Nurraysa


Nurraysa
Paper bag Nurraysa + Produk Nurraysa


Besarnya bungkusan PosLaju ini, banyak sangat ke yang mya order. Rasa 1 set mekap, 1 set jamu dan satu blusher. Rupa-rupanya pembalut plastik yang menyebabkan barang Nurraysa jadi besar. Plus paper bag Nurraysa dan sampul duit raya Nurraysa juga. Apa yang mya nak buat dengan sampul duit raya itu ya, income mya tak mampu lagi nak bagi orang duit raya. hmmm. 


Jom kita cerita sedikit tentang produk yang mya beli. Set mekap yang mya order ada mempunyai 3 produk iaitu Nurraysa Pearl Magic Lipstick, Nurraysa Glowing DD Moist Cake dan Nurraysa Miracle Eyeliner. Set Makeup Simple ini customer yang punya. Manakala set jamu dan blusher pula kepunyaan mya. Set jamu mengandungi Jamu VHerb, Nurraysa Instant Pearl Glow Body Lotion dan Nurraysa Softening Facial and Body Jelly Scrub. Mya tambah satu loose item mekap iaitu Nurraysa Mineral Blusher. Setiap customer Nurraysa akan dapat free gift untuk setiap pembelian. Untuk pembelian kali ini, mya dapat sample Sabun Collagen Soap dan Kurma Nurraysa.

Nurraysa
Produk Nurraysa


In sha allah, jika ada masa lapang mya akan up entri review produk Nurraysa. Jika ingin tahu lebih lanjut tentang produk Nurraysa, bolehlah PM@Whatsapp mya di 0192496259.


Sekian sahaja untuk hari ini. Terima kasih.

Post a Comment

16 Comments

  1. Alhamdulillah...dah tak risau lagi...

    ReplyDelete
  2. nak tunggu review mya pula, selalu juga dgr jenama ni, tapi tak pernah lagi guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke? in sha allah minggu depan mya up entri okay..

      Delete
  3. menariknya..tak sabar tunggu mya buat entri review

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay.. in sha allah mya up entri nurraysa minggu depan ya..

      Delete
  4. Tertarik dengan nurraysaa ni sebab nampak makin banyak iklan. Will be waiting for review!

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay.. I will inform if I have up the entries..
      thank you for blogwalking.

      Delete
  5. yay.. barang dan sampai.. boleh mekap dengan nurraysa lepas ni.. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. barang mekap tak banyak beli.. nak beli tapi kena beli satu-satu.. duit tak masyuk lagi..

      Delete
  6. Replies
    1. aah.. dekat highway dah banyak billboard Nurraysa.

      Delete
  7. Kita pun pakai Nurraysa product. Tapi bukan complete sebab tak serasi sangat. So far yg masih kita pakai, eyeliner yg sangat ohsem! dan UV Cream. Best gilerrr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah tu. saya tengah fokus pada skincare dengan moisturise dulu. Alhamdulillah produk Nurraysa memang sesuai dengan muka saya.

      Delete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.