1 SYAWAL | THROWBACK - Lovely Sunshine 1 SYAWAL | THROWBACK

1 SYAWAL | THROWBACK

Throwback 1 Syawal | Assalamualaikum,

THROWBACK

Hari ini mya nak throwback raya pertama yang diraikan di Batu Pahat, Johor. Mya dan keluarga pulang ke kampung pada hari terakhir Ramadhan. Kami bertolak pada pukul 8.30 pagi dan sampai di kampung pada pukul 11 pagi. Emak mya dah siap-siap beli barang dapur dan bahan-bahan untuk memasak di Kuala Lumpur. Sampai sahaja di kampung, kami berehat seketika sebelum menyediakan bahan untuk berbuka puasa dan menyambut Syawal keesokan hari. Jumlah ayam yang dibeli untuk hari raya pertama ialah 11 ekor. Terlalu banyak kerana saudara mara yang balik ke kampung sebelum raya hanyalah dua buah keluarga sahaja. Menu berbuka pada Ramadhan terakhir tahun ini disediakan oleh kakak sepupu mya. Banyak juadah yang disediakan seperti sup tulang, sambal sotong, spaghetti bolognaise dan beberapa jenis minuman.

Malam Raya

Mya telah ditugaskan untuk menggosok baju raya family. Mya dan sepupu menunggu giliran untuk menggosok baju raya. Tema keluarga mya pada tahun ini ialah light pink. Tahun ini seperti tahun sebelumnya dimana mya tidak lagi menempah baju raya. Mak mya membeli baju raya kami sekeluarga di Jakel Kuala Lumpur. Selepas siap menggosok baju raya, kami mengemas tempat tidur untuk tidur pada malam itu. Malangnya, kami sekeluarga tidur di atas tikar sahaja kerana kami terlupa membawa toto dari rumah.

1 Syawal


Semasa pihak lelaki menunaikan solat hari raya, pihak perempuan pula menyiapkan makanan dan bersiap untuk memakai baju raya. Kami menunggu pihak lelaki pulang dari masjid sebelum menjamah makanan bersama-sama. Menu hari raya pertama ialah ketupat, lepat pulut, lontong, kuah lodeh sayur, serunding kelapa, ayam masak kicap, sambal ayam dan beberapa jenis minuman. Ketupat pada hari itu dibuat oleh atuk perempuan dan mya hanya tolong isikan beras ke dalam daun ketupat. Manakala menu seperti ayam masak kicap, sambal ayam dan lain-lain disediakan oleh mak mya, kakak sepupu dan mak cik mya. Selepas menjamah makanan, kami sekeluarga berkumpul untuk memohon maaf sesama sendiri dan mengambil gambar keluarga.


family
My Family

Selepas bergambar, kami hanya tunggu di rumah menanti kunjungan tetamu yang dinanti-nantikan. Tetapi tak sampai juga. Akhirnya, mya membuat keputusan untuk menukar pakaian kerana terlalu panas dan mengantuk. Semasa mya baru nak melelapkan mata, tetamu yang ditunggu sudah tiba. Tetamu yang dimaksudkan ialah Mak Lang. Mak Lang tiba di kampung dari Pasir Gudang selepas waktu zohor. Perjalanan Mak Lang untuk pulang ke kampung mengambil masa yang lama kerana kesesakan lalu lintas. Mak Lang membawa pelbagai jenis juadah untuk menu tambahan atau makan tengahari. Menu yang dibawa oleh Mak Lang ialah kari ayam, rendang daging, burasak, sambal goreng dan tat keju. Disebabkan mya dah makan nasi, mya hanya mengambil beberapa jenis lauk untuk dijamah.

Pada petang itu, mya telah diajak oleh sepupu untuk beraya di rumah bos mereka. Perjalanannya agak lama kerana kami melalui jalan kampung. Kami beraya dua buah rumah sahaja iaitu rumah bos sepupu di Senggarang, Batu Pahat dan Kem Tentera Majidee Batu Pahat. Pelbagai hidangan yang kami jamah sehingga perut terasa penuh. Kami sampai ke kampung pada pukul 10 malam. Sampai sahaja di kampung, beberapa buah kereta berada di halaman rumah. Kami masuk dan bersalam dengan tetamu iaitu Pak Busu sekeluarga. Selepas tetamu pulang, mya terus mandi dan bersiap untuk tidur.

Dengan ini, mya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua muslim di dunia.

Itu sahaja coretan mya untuk Raya Pertama. Nantikan coretan seterusnya..

Love,
Mya Rosli

Post a Comment

8 Comments

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin! :)

    ReplyDelete
  2. Salam Aidilfitri ya ! Cantikkk, kaler pink ! hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri untuk Nona juga..
      terima kasih..

      Delete
  3. Selamat hari raya.
    Dh raya ie 11 hari ni.

    ReplyDelete
  4. indah nyer raya kan.
    aida masih gosok baju utk famili.
    anak sulung aida tu lom lagi aida tugaskan gosok baju, selain dari baju skola dia, mya :)
    pinky = lembut dan nyaman jer nampak family photo mya tu.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.