5 Cara Hilangkan Whitehead & Blackhead

13:00


Assalamualaikum,

Cara Hilangkan Whitehead & Blackhead


Hari ini mya nak bagi cara hilangkan whitehead dan blackhead dengan cara semulajadi. Apa itu whitehead dan blackhead? Whitehead ialah pori-pori yang tersumbat disebabkan lebihan minyak dan sel-sel mati. Ia masih lagi tertutup oleh lapisan kulit dan berwarna putih. Manakala, blackhead pula pori-pori yang tersumbat dan sudah terbuka. Bila pori sudah terbuka, hujung pori-pori dah teroksida. Disebabkan itu, warnanya berwarna hitam. 

Sebelum ini, mya mengalami whitehead yang teruk kerana mempunyai masalah resdung. Whitehead yang banyak berlaku di kawasan hidung dan dagu mya. Sudah banyak kali bertukar pencuci muka untuk menghilangkan jerawat dan whitehead, tetapi semakin teruk. Apa punca berlakunya whitehead dan blackhead ini? Punca-punca berlakunya whitehead dan blackhead adalah seperti berikut:-

  • Tubuh badan kekurangan air.
    Bila kita kurang minum air, kulit kita akan menjadi kering. Kekurangan air juga menyebabkan badan tidak dapat melakukan detoks dengan sempurna lalu menyebabkan badan kita bertoksin. Bila badan kita bertoksin, bukan sahaja whitehead dan blackhead malah jerawat juga akan timbul.
  • Pengeluaran sebum yang berlebihan.
    Kulit muka akan jadi sangat berminyak kerana sebum adalah bahan berminyak yang dikeluarkan oleh kelenjar kulit. Bila muka berminyak, lagi cepat whitehead dan blackhead timbul.
  • Tidak mencuci muka dengan betul.
    Kita haruslah mencuci muka sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Muka kita banyak terdedah dengan persekitaran yang tidak bersih seperti asap, debu, peluh, kekotoran dan pemakaian mekap sepanjang hari. Semua kekotoran tadi akan menyebabkan pori-pori tersumbat jika kita tidak mencuci muka dngan betul.
  • Hormon tidak stabil.
    Pengeluaran sebum secara berlebihan akan berlaku apabila hormon kita tidak stabil, maka timbulnya whitehead dan blackhead.
  • Pemakanan.
    Pemakanan yang tidak seimbang seperti makanan yang berminyak boleh menyebabkan whitehead dan blackhead berlaku.
Sekarang kita dah tahu apa punca whitehead dan blackhead, jom kita baca cara untuk menghilangkannya pula. Terdapat 5 cara untuk menghilangkan whitehead dan blackhead menggunakan barang yang mudah didapati di kedai;

  1. Ais
    Meningkatkan simulasi peredaran darah pada kulit.
    <3 Balut kiub ais dengan kain yang bersih dan letak pada bahagian yang bermasalah. Anda boleh juga letakkan kiub ais sahaja pada tempat yang bermasalah.
  2. Cuka Epal
    Menegangkan kulit, mengecilkan pori-pori kulit dan mengembalikan kestabilan pH kulit.
    <3 Campurkan 1 sudu cuka ke dalam segelas air. Sapukan pada kulit dengan menggunakan kapas. Biarkan kering seketika dan bilas. Lakukan pada setiap malam selepas mencuci muka untuk kesan yang efektif.
  3. Putih Telur
    Mengecutkan liang roma yang terbuka dan menghilangkan minyak yang berlebihan.
    <3 Pukul putih telur dan ratakan di muka. Letakkan tisu bersih di kawasan putih telur tersebut. Biarkan betul-betul kering dan tarik tisu tersebut. Lakukan 2 kali seminggu.
  4. Soda Bikarbonat
    Membuang lebihan minyak, kotoran dan debu di permukaan kulit. Ia juga merawat masalah jerawat.
    <3 Campurkan 2 sudu soda bikarbonat dengan sedikit air sehingga menjadi pes. Sapu pada wajah dan urut secara perlahan untuk penyerapan.
  5. Jus Lemon
    Mengurangkan pori-pori dan blackhead timbul di muka serta mencerahkan wajah.
    <3 Perahkan lemon untuk mendapatkan jus. Campurkan 1 sudu madu ke dalam jus lemon. Sapu pada muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas. Lakukan pada setiap hari selama sebulan.
Yang paling penting, anda mesti lakukan secara konsisten supaya hasilnya menakjubkan. Anda juga disarankan memakai krim uv bagi melindungi muka dari cahaya matahari. Jangan lupa lakukan skrub seminggu sekali untuk mengurangkan lebihan minyak, membuang sel kulit mati dan kotoran di muka.

Itu sahaja untuk hari ini. Terima kasih.

Sumber: SirapLimau & VitaminSaya















You Might Also Like

17 comments

  1. wah banyak jugak cara mudah nak hilangkan. elsa dah lah campur dengan kulit berminyak sekali huhu thanks for sharing sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya banyak lagi tapi kena rajin explore..
      you're welcome

      Delete
  2. Replies
    1. mya pernah pakai putih telur sahaja tapi bestlah juga. walaupun bau tidak menyenangkan.

      Delete
  3. wahhh.. boleh ikut tips ni... tq ya..

    ReplyDelete
  4. I used to have lemon mix with honey as my facial cleanser lol. I think it works even though the result took way too long.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. bahan semulajadi hasil dia memang menakjubkan tapi penggunaan mesti konsisten.

      Delete
  5. Mama selalu guna putih telur aje. Rupanya byk juga Cara lain. Tq ye sharing

    ReplyDelete
  6. Tips yang menarik boleh cuba

    ReplyDelete
  7. Done follow blog dan google+

    ReplyDelete
  8. Tq sharing nanti boleh cuba ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.

Sila tinggalkan link anda di profile atau di ruangan mesej. Mudah untuk saya blogwalking ke blog anda.