8 Punca Kulit Sensitif Dan Cara Mengatasinya - Lovely Sunshine 8 Punca Kulit Sensitif Dan Cara Mengatasinya

8 Punca Kulit Sensitif Dan Cara Mengatasinya

8 Punca Kulit Sensitif Dan Cara Mengatasinya | Assalamualaikum,

8 Punca Kulit Sensitif Dan Cara Mengatasinya

Hari ini mya nak bagitahu 8 punca kulit sensitif dan bagaimana cara untuk atasinya. Mya dah lama mengalami masalah kulit sensitif. Jika mya memakai produk yang salah, kulit muka akan merah dan gatal-gatal. Mya tak tahu produk apa yang sesuai untuk kulit mya. Sebelum ini, mya beli je produk kulit tanpa melihat kandungan bahannya dahulu. Bila kulit dah semakin teruk, lebih-lebih lagi selepas pemakaian mekap. Mya mula mencari produk yang menggunakan bahan semulajadi seperti Nurraysa. Alhamdulillah, produk ini merawat kulit mya dari dalam. Jom kita ketahui apa punca kulit sensitif terjadi.

Punca-punca kulit sensitif ialah:-

  1. Over Cleansing
    Membersihkan muka terlalu lama boleh menyebabkan kulit sensitif terjadi. Lapisan minyak kulit muka paling atas berfungsi menyerap benda yang baik dan membuang sisa kotoran. Kebanyakkan produk yang dijual ialah oil based cleanser. Apabila kita menggunakan produk oil based, lapisan minyak yang melindungi muka juga akan turut hilang.
    <3 Berhenti memakai produk yang mempunyai kandungan air yang tinggi, mengandungi sodium lauryl sulphate dan produk yang mempunyai buih yang banyak.
    <3 Gantikan dengan pencuci muka yang sememangnya khas untuk kulit sensitif.
  2. Cuaca
    Cuaca yang panas dan udara yang kering menyebabkan kulit kita menjadi kering. Ini kerana udara kering menyerap air dan nutrisi pada kulit serta menyerap minyak yang melindungi muka.
    <3 Sentiasa lakukan moisturising. Pelembap yang berasaskan minyak merawat kulit dengan membentuk dan menambah perlindungan minyak pada muka.
  3. Produk Penjagaan Kulit
    Produk yang mengandungi fragrance dan natural essential oil. Fragrance ialah penyebab utama kulit sensitif. Manakala natural essential oil mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan keradangan kulit muka.
    <3 Cari produk yang bebas fragrance dan natural essential oil.
  4. Over Exfoliate
    Penggunaan skrub pada muka untuk membuang kulit-kulit mati terlalu kerap boleh menyebabkan kulit sensitif. Bukan sahaja membuang kulit mati, malah lapisan kulit yang melindungi muka juga hilang. Lapisan ini melindungi kulit muka dari kekeringan. 
    <3 Guna skrub atau produk pengelupasan kulit seminggu sekali sahaja.
  5. Cahaya UV
    Cahaya UV boleh merosakkan kulit. Cahaya UV ini terbahagi kepada dua; UVA dan UVB. UVA menembusi kulit dengan lebih mendalam dan menyebabkan penuaan kolagen dalam kulit. Manakala UVB pula menyebabkan kulit terbakar. UVA dan UVB ini menyebabkan keradangan kulit. Keradangan kulit ini membuatkan kulit kita lagi sensitif.
    <3 Sentiasa pakai UV krim atau sunblock apabila keluar rumah.
  6. Mandi terlalu lama dan menggunakan air panas.
    Mandi menggunakan air panas dalam jangka masa yang lama boleh merosakkan lapisan yang melindungi kulit muka. 
    <3 Kurangkan mandi air panas dan jangan mandi terlalu lama.
  7. Makanan
    Makanan yang menyebabkan keradangan seperti makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, makanan yang diproses dan makanan yang berminyak.
    <3 Elakkan makanan yang menyebabkan keradangan dan banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan ikan.
  8. Alahan
    Alahan pada produk skincare, makanan dan bahan-bahan yang tertentu.
    <3 Senaraikan bahan-bahan yang menyebabkan alahan dan sentiasa semak kandungan produk kulit anda. Jika sesuai dengan kulit, catatkan kandungan produk tersebut.
Kalau ikutkan masalah kulit sensitif mya, mya rasa ia terjadi disebabkan alahan dan cuaca. Anda pula bagaimana?

Itu sahaja untuk hari ini. Terima kasih.


Post a Comment

25 Comments

  1. info yg baik utk yg berkulit sensitif. boleh kaji sendiri mana satu penyebabnya kan.

    http://ainniah.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas info ni... selalunya kena jaga makan dan juga salah tersalah pakai produk..

    ReplyDelete
  3. Menarik info ni semua orang harus aleart untuk kepentingan sendiri dan keluarga amnya

    ReplyDelete
  4. bab makan tu emmmmm... susuah nk ckp nafsu mdahului

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul tu. walaupun dah tahu makanan punca kulit sensitif pun, saya tak boleh stop makan. huhuhu

      Delete
  5. Masalah kak ana ialah kerana sentiasa mandi guna air panas. So bila nk cuci muka, mmg kena beringay guna air sejuk je. Kalau x nnti kulit akan kering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang bila dah terbiasa mandi air panas, muka pun kita basuh dengan air panas.. tak sedar pun yang mandi air panas boleh menyebabkan kulit kering.

      Delete
  6. nice info .. aril singgah ye ! hehe

    ReplyDelete
  7. nice info mya. alhamdulillah setakat nie elsa tak pernah alami kulit sensitif hehe

    ReplyDelete
  8. Kulit mama mmg sensitive sgt so mmg kena pilih produk yg less chemical Dan Jaga makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. mya sekarang fokus to natural product je kalau boleh..

      Delete
  9. Nak cantik kena sabar dan rajin..hihi

    ReplyDelete
  10. Mai pun ada masalah kulit yang berminyak, tapi sensitif, susahhhh sgt nak jaga..Kalau bulan tu berjaya tak naik jerawat mmg kejayaan besar la, haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi memang tak sahla kalau tak naik jerawat dalam sebulan

      Delete
  11. perkongsian yang baik...adakala kulit menjadi kering juga...tips ini banyak membantu

    ReplyDelete
  12. Sama la muka senstif gak alahan dengan makanan.. Resdung kuat gak ni.. Lepas tersalah pakai skincare G

    ReplyDelete
    Replies
    1. mya pun resdung juga. tapi alhamdulillah getting better

      Delete
  13. no.1 dengan no.8 tu saya setuju sgt2!!! hihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.