Alhamdulillah! Barang Dari SGShop Dah Sampai. - Lovely Sunshine Alhamdulillah! Barang Dari SGShop Dah Sampai.

Alhamdulillah! Barang Dari SGShop Dah Sampai.

Barang Dari SGShop Dah Sampai | Assalamualaikum,

beg
Barang SGshop

Hari ini mya nak cerita tentang barang SGshop yang dah sampai 3 hari lepas. Barang SGshop ini mya dapat beli pun sebab mya menang Giveaway Saya Nak Shopping Credit RM1000 by Busyra Takiyudin. Setiap pemenang memenangi RM100 credit SGshop.

list
Senarai Pemenang
SGshop merupakan pengalaman kali pertama mya shopping online. Sebelum ini hanya mampu melihat sahaja, tak mampu memiliki. Pengalaman shopping di SGshop memang best sebab harga yang dipaparkan untuk setiap barang adalah mampu milik. Mya menjadi rambang mata bila melihat barang-barang di SGshop. Kalau boleh, semua barang yang mya minat akan dimasukkan ke cart. Mya tak boleh window shopping lama-lama. Nanti frustated. Setiap hari mya akan ke web SGshop untuk login sahaja, nak kumpul point katanya. Jom kita tengok barang apa yang mya beli.


beg
Travel Bag
  1. Travel Bag.

    Mya beli 2 travel bag yang comel dan warnanya yang menarik hati iaitu pink dan blue. Bag ni mya jadikan beg mekap dan beg telekung. Lepas ini, tak perlu susah-susah nak cari telekung dalam beg pakaian. Sejak mya mula berniaga Nurraysa ni, mya dah pandai nak melawa. Dah pandai nak jaga kecantikan muka. Mya jadikan beg pink tu sebagai beg mekap. Sesuai sangat dengan warna Nurraysa. Manakala beg biru tu pula dijadikan beg telekung.


    1 Travel Bag = RM 5.56
    2 Travel Bag = RM 11.12
    beg
    Purple Shoulder Bag
  2. Shoulder Bag
    Mya beli shoulder bag baru berwarna purple. Beg yang sebelum ini kecik sikit ruangnya dari
    yang ini. Lagipun bag yang ini banyak zip dan banyak poket. Senanglah nak letak duit, handphone dan purse di ruang yang berbeza. Tali bag yang boleh menampung beban dan bahu tak sakit bila memakainya. Harga shoulder bag ini ialah RM 11.74 sahaja.


    purse
    Pink Wallet
  3. Long Wallet
    Yeah!! Finally mya ganti juga wallet baru. Wallet lama mya dah lusuh sebab dah gunakan selama 17 tahun. Lagipun wallet baru ni warnanya amat feminine sekali. Mya sukakan warna pink dan   corak kasut atas wallet tu. Mula2 mya dapat wallet ni, tak tahu nak buka macam mana, mak mya yang buka kan. Rupanya kena tekan, mya pergi tarik. Manalah wallet ni nak buka kan. Harga wallet ini pun mampu milik iaitu RM 12.95.

Kiranya barang SGshop ini mengambil masa hampir sebulan penghantaran dari China ke Malaysia. Total semua termasuk kos penghantaran ialah RM 65.09. Mya ada lagi baki sebanyak RM 34.91. Mya dah tak tahu nak beli apa, nanti jadi rambang mata susah. Alhamdulillah barang yang sampai semua dalam keadaan yang baik.

Itu sahaja cerita untuk hari ini. 

Terima kasih.

Post a Comment

16 Comments

  1. wahhh banyaknya barang! lepas nie nak try beli jugak lah dari sgshop hikhik

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/07/food-review-polperro-steak-house-shah-alam.html

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tali beg pulak boleh adjust. comel dgn doll kat tepi bag

      Delete
  3. yeay brg da sampai.. nila moment paling happy bila order barang online hehe

    ReplyDelete
  4. Cantiknya semua beg Tu. Color dia pun menarik, murah Pula harganya

    ReplyDelete
  5. awww, cantiknya wallet tu 😍

    ReplyDelete
  6. Tahniah atas kemenangan. Opps...masi ada balance ya? Nak tambah kredit? Jom join GA SGshop kami. :D

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.