Kebaikan Minyak Argan - Lovely Sunshine Kebaikan Minyak Argan

Kebaikan Minyak Argan

Kebaikan Minyak Argan | Assalamualaikum 

Kebaikan Minyak Argan
Sumber: Google

Minyak Argan yang dipetik dari kacang kernel Argania Spinosa (Nama Rasmi Pokok Argan) ini telah digunakan dalam pelbagai bidang masakan dan kosmetik. Tetapi minyak argan telah mempunyai populariti di dalam arena kosmetik sehingga dikenali sebagai cecair emas oleh wanita Eropah. Minyak Argan ini dikenali sebagai cecair emas kerana khasiat kosmetik yang begitu berharga. Ia mempunyai nilai penting serta diiktiraf oleh pakar kulit dan kecantikan. Minyak Argan telah lama digunakan sebagai agen kecantikan oleh wanita Berber, namun ia tidak diketahui oleh masyarakat umum sehingga baru-baru ini, apabila ia mampu meremajakan kulit diketahui oleh dunia luar.

Minyak Argan adalah campuran bahan seperti asid lemak (80%), polyphenols, antioksidan, karotenoid dan asid lain. Setiap komponen ini bergabung untuk membentuk inventori penggunaan minyak Argan. Terdapat beberapa kebaikan minyak Argan untuk kesihatan dan rawatan kulit seperti melindungi kulit daripada kedutan yang kelihatan disebabkan penuaan pra-matang dan membantu mengurangkan kedutan di bawah mata. Ia juga merupakan agen yang sangat baik untuk kulit kering. Minyak Argan ini juga menyegarkan dan melembutkan kulit lebih mudah daripada penggunaan krim atau minyak yang lain.


Minyak Argan ini kaya dengan protein yang sangat baik untuk keanjalan kulit. Ia juga menguatkan struktur ikatan protein pada kulit yang berfungsi untuk menegangkan kulit dan kelihatan lebih segar. Minyak argan ini sangat baik untuk megurangkan kegatalan kulit dan menyembuhkan tanda-tanda kegatalan pada kulit. Salah satu fakta yang menakjubkan tentang minyak argan ini ialah baik untuk kulit yang berminyak serta kulit kering.


Sebum adalah bahan berminyak yang dikeluarkan oleh kelenjar sebum yang mengekalkan kelembapan kulit dan melindungi dari kekeringan. Tetapi minyak yang berlebihan adalah tidak baik untuk kulit. Minyak argan mampu mengawal pengeluaran sebum dan mengekalkannya ke tahap yang stabil. Minyak ini juga mampu mencegah kesan regangan pada kulit akibat dari proses kehamilan. Ia juga memberikan kekuatan kepada kuku yang lemah dan mudah pecah. Selain itu, ia juga menguatkan kulit halus di akar kuku dan menjadikannya licin.


Minyak Argan amat berguna dalam rawatan penyakit radang kulit seperti jerawat, cacar air dan psoriasis; bintik atau tompok-tompok merah yang timbul pada kulit kita. Minyak argan juga melegakan dan mengurangkan kesakitan apabila dalam keadaan arthritis dan rneumatik di mana sendi dan tisu badan rosak.


Saya menggunakan Argan Whitening Moisturizer dari produk Nurraysa yang memberi impak pada kulit saya. Kulit saya yang dahulunya mudah kering, kini terasa segar selepas pemakaian moisturizer ini di mana bahan utamanya adalah minyak argan.


Itu sahaja untuk hari ini. Terima kasih semua.

Post a Comment

3 Comments

  1. lame da dgr kbaikan minyak argan ni..
    lom pernah try lg..risau xkena dgn kulit..huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mya tak tahu nak suggest apa, mya cuma pakai produk Nurraysa sahaja. Kulit mya terlalu sensitif. Tapi yaya boleh cuba dulu.

      Delete
  2. dari segmen Senarai URL Blog #31
    https://marblemomo.blogspot.com/
    singgah sini

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.