Nurraysa Glowing DD Moist Cake - Lovely Sunshine Nurraysa Glowing DD Moist Cake

Nurraysa Glowing DD Moist Cake

Nurraysa Glowing DD Moist Cake | Assalamualaikum,

Bedak Nurraysa


Sejak kebelakangan ini, perasaan malas itu membuak-buak dalam diri. Nak up entri pun malas. Nak katakan tak ada idea, ADA. Itulah bila malas menguasai diri. So, hari ini mya nak up entri review produk Nurraysa. Produk yang mya pilih untuk hari ini ialah Glowing DD Moist Cake.

kod warna DDMC
Jenis warna DDMC

Apa itu DD cream yang terdapat di dalam Glowing DD Moist Cake ini? DD (Dynamic Defense) cream ialah kombinasi BB dan CC cream. Kita selalu dengar BB dan CC cream kan. BB cream dikenali sebagai Blemish Balm atau Beauty Balm. BB cream ni lebih ringan dari foundation dengan rangkaian formula seperti pelembap, SPF dan antioksidan . Manakala CC cream pula ialah Colour Control, Colour Correcting atau Complexion Care. Maksudnya CC cream ini menutupi bintik-bintik merah dan jerawat di muka. CC cream ini juga memberi nutrisi, mencerahkan dan membaiki struktur kulit, kesihatan kulit dan mengandungi sunscreen protection. So, DD cream ini mempunyai semua kebaikan yang ada pada BB dan CC cream.

Glowing DD Moist Cake ialah bedak compact 3 dalam 1 yang berfungsi sebagai powder, foundation dan concealer. Mempunya 3 jenis warna iaitu Light, Medium dan Dark. Kandungan Glowing DD Moist Cake ialah Air Zam Zam, Olive Oil, Grape Seed Oil, Kigelia Africans Fruit Extract, Apple Stem Cell, Collagen, Licorice Root Extract, Aloe Barbadensis Leaf Extract dan Vitamin A, C dan E.

Mya amat berpuas hati dengan penggunaan bedak DDMC ini kerana foundationnya full coverage. Menutup cela dan jerawat yang timbul di muka. Selesa sangat tanpa perlu risau bedak bercapuk di muka. DDMC ini juga mesra wuduk dan mesra solat kerana tiada kandungan silikon. Tetapi mya kena cuci muka dengan sabun atau air biasa banyak kali kerana DDMC ini juga mengandungi beeswax untuk menjadikan concealer itu pekat. Bedak DDMC ini mudah dipakai, dicuci dan ditanggalkan.

Kelebihan Glowing DD Moist Cake:-

  • Merawat kulit lebih baik dari BB dan CC cream.
  • Meratakan warna kulit.
  • Mengawal pengeluaran minyak.
  • Mencegah jerawat.
  • Melembapkan kulit.
  • Tekstur sangat ringan.
  • Kelihatan sangat natural.
  • Mencerahkan kulit.
  • Antioksidan
  • Mempunyai SPF50++
  • Free span.
  • Mempunyai NOT KKM; NOT161002318K.
Harga:- RM 39 exclude postage

#glowingddmoistcake
#nurraysabeauty
#dropshipnurraysa
#teamNKR
#sayapakaisayajual

Post a Comment

4 Comments

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.