Ayam Masak Merah | Resepi - Lovely Sunshine Ayam Masak Merah | Resepi

Ayam Masak Merah | Resepi


Assalamualaikum,

ayam masak merah


Hari ini mya nak share resepi kegemaran iaitu ayam masak merah. Mya sebenarnya dah lama nak makan ayam masak merah. Tapi disebabkan adik mya yang bongsu anti sangat dengan semua jenis sos terutamanya sos cili. Mya terpaksa simpan hasrat untuk memasak resepi ini. Finally, mya dapat masak juga pada hari sabtu lepas, itupun lepas mya dah puas pujuk dia. Mya cakap, "kakak masak ayam masak merah, ya?" "Nanti rasa sos tu hilang sebab ada bahan cili kering." Dia pun cakap, "Okaylah."
Selepas itu, mya terus memasak ayam masak merah. Jom kita ke bahan-bahannya.

Bahan-bahan:-

1 ekor ayam
1 1/2 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
Halia sebesar ibu jari*
2 genggam cili kering, rendam air panas - ikut atas kepedasan masing-masing*
2 batang serai diketuk
2 biji tomato potong empat
Sebiji bawang besar
Minyak masak
Sos cili secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Kisar semua bahan yang bertanda *.

Cara-cara:-
  1. Perap ayam dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
  2. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili secukupnya.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng, serai dan tomato. Gaulkan semua.
  5. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar yang dipotong bulat-bulat.
  6. Gaul dan biarkan sehingga bawang layu sedikit.
  7. Tutup api.
  8. Hidangkan bersama nasi putih.

Mya masak untuk 3 orang; dua orang adik dan diri sendiri. Cukup sampai makan malam. Sedap sangat. Tapi kalau pedas sikit, lagi sedap. 

Itu sahaja untuk hari ini. Terima kasih.


Post a Comment

11 Comments

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.