Carrie Mozzibuster UV - Lovely Sunshine Carrie Mozzibuster UV

Carrie Mozzibuster UV

Carrie Mozzibuster UV | Assalamualaikum

Hari ini mya nak review tentang produk Carrie Mozzibuster UV dari Carrie Junior. Mya sangat meminati produk Carrie Junior kerana bau buah-buahannya yang harum. Carrie Mozzibuster ini ialah losyen penghalau nyamuk. Mozzibuster ini mempunyai 2 jenis iaitu Carrie Mozzibuster dan Carrie Mozzibuster UV. Mya memilih Carrie Mozzibuster UV kerana percutian yang akan bakal tiba memerlukan Mya memakai sunblock sepanjang masa dan mudah terdedah pada serangga terutamanya nyamuk.

Carrie Mozzibuster dan Carrie Mozzibuster UV
Kulit mya sangat sensitif pada habuk dan serangga. Sejak kecil lagi, mya mudah terdedah pada gigitan nyamuk. Selalunya bila balik kampung je, mya orang pertama yang paling teruk kena gigit dengan nyamuk. Walaupun tidur dalam kelambu. Mya pernah cuba beberapa produk sebelum ini seperti minyak cap kapak, fresh care dan krim sapu Mopiko. Tetapi semua produk ini boleh disapu pada kesan gigitan sahaja. 

Mya pula seorang yang suka menggaru. Lebih-lebih lagi pada gigitan nyamuk. Kadang-kadang sampai luka jadinya. Bila dah luka, mulalah terasa pedih apabila peluh. Tangan mya ni gatal sangat. Disebabkan itu, mya menggunakan Carrie Mozzibuster UV sebagai losyen utama sebelum tidur. Mya menyapu losyen Carrie Mozzibuster UV di bahagian yang mudah terdedah pada nyamuk. Jika mya terlupa menyapu losyen Carrie Mozzibuster UV, tidur Mya terganggu dan nyamuk mula menyerang terutamanya pada jari tangan. Kemudian, mya dengan segera menyapu losyen Carrie Mozzibuster UV pada tangan dan kaki. Rasa gatal akibat gigitan nyamuk juga turut hilang.

Losyen Penghalau Nyamuk
Carrie Mozzibuster UV
Carrie Mozzibuster ini amat sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya kanak-kanak. Ia bukan saja lembut di tangan , ia juga mempunyai bau yang harum seperti buah-buahan. Mya membeli produk Carrie Mozzibuster ini dekat bahagian Baby Department di tempat kerja.

Itu sahaja review untuk kali ini.

p/s: Mya ingat nak review semua produk yang Mya suka pakai la. Untuk banyakkan lagi idea post di blog ini.

Love,
Mya Rosli

Post a Comment

1 Comments

  1. kinah pun guna carrie mozzibuster ni. sebelum anak main kat playground kena sapu dulu.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.