Sumbangan Nur Ramadhan Membantu Golongan Asnaf Yang Memerlukan - Lovely Sunshine Sumbangan Nur Ramadhan Membantu Golongan Asnaf Yang Memerlukan

Sumbangan Nur Ramadhan Membantu Golongan Asnaf Yang Memerlukan

Sumbangan Nur Ramadhan Membantu Golongan Asnaf Yang Memerlukan | Assalamualaikum

Sumber: google.com

Bulan Ramadhan bakal menjelang tiba. Ramai orang sudah mula membeli untuk persiapan Hari Raya. Mya juga tidak terkecuali dalam mencari persiapan Hari Raya terutamanya baju raya dan kelengkapan rumah. Dalam persediaan menyambut Hari Raya, kita perlu merancang dengan teliti terutamanya perancangan duit. Buat pertama kali, Mya membeli baju raya menggunakan duit sendiri Tetapi masih ada lagi orang yang tidak mampu untuk membeli keperluan raya bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk keluarga tercinta. 

Dengan inisiatif daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Program Nur Ramadhan dilancarkan bagi membantu insan-insan yang terpilih dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri. Program Nur Ramadhan ialah program mengeratkan hubungan interaksi antara pihak kerajaan dengan warga Wilayah Persekutuan dalam menerapkan nilai kasih sayang khususnya kepada golongan yang kurang kemampuan. 

Dengan adanya program sebegini, golongan asnaf dapat mengurangkan beban lebih-lebih lagi menjelang aidilfitri yang bakal tiba. Bantuan yang diberikan oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada golongan asnaf memberi peluang kepada mereka untuk menyambut aidilfitri dengan sedia ada.

Program Nur Ramadhan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2009 dengan kerjasama pusat-pusat khidmat masyarakat. Program ini merupakan acara rasmi Kementerian Wilayah Persekutuan dan PPj untuk mengeratkan silaturrahim bersama warga kota dalam parlimen Putrajaya. 

Selaku Ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan menyampaikan sumbangan wang tunai RM150 kepada 800 penerima yang terdiri dalam kalangan anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan golongan yang kurang kemampuan dalam Putrajaya. Pada 16 Jun yang lalu, Tengku Adnan turut mengumumkan sumbangan wang tunai sebanyak RM30,000 untuk menaik taraf kemudahan Masjid Ar-Rahah, Kerinchi, Lembah Pantai dari Yayasan Wilayah Persekutuan.

Sumber: google.com

Di samping itu, banyak aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti gotong-royong, mengacau bubur lambuk dan memasak bersama-sama untuk majlis berbuka puasa. Apa salahnya memberi lebih dari menerima. Kita tidak rugi apa pun. Hubungan yang terjalin sesama manusia lebih berharga dari kehilangan wang ringgit. Wang ringgit bukanlah segala-galanya. 

Senyuman yang terbit pada golongan kurang kemampuan memberikan kita satu objektif. Sedikit bantuan memberikan mereka sinar yang baharu dalam menempuh pelbagai dugaan.  Kita patut rasa bersyukur dengan rezeki yang ada. Saya berharap program Nur Ramadhan ini dapat diteruskan pada masa hadapan bukan sahaja di Wilayah Persekutuan malah di seluruh negeri di Malaysia.

Post a Comment

16 Comments

  1. Alhamdulillah masih ada insan yang prihatin membantu golongan ni. ada rezeki lebih kita kongsi bersama

    ReplyDelete
  2. Sumbangan ini dapat mengembirakan mereka ketika tibanya Ramadhan nanti. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. Bagus program ni, membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  4. harap diteruskan bukan sj bulan ramadan tp bulan2 yg lain..golongan asnaf ni mmg memerlukan program2 mcm ni untuk menampung kehidupan mereka..terbaiklah

    ReplyDelete
  5. Harap-harap program ini diperluas ke negeri lain juga

    ReplyDelete
  6. walaupun bantuan tu nilai tak besar mana, tapi still ianya membantu golongan yg memerlukan dan dpt meringankan sedikit beban mereka ...

    ReplyDelete
  7. Walaupun tak banyak tapi program ne patut di teruskan sampai bila- bila

    ReplyDelete
  8. Moga program sebegini dapat diteruskan

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah. ringan sikit beban untuk yang memerlukan.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. program ni sangat membantu golongan yang memerlukan

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah moga bertambah nur dalam hati juga aminn. hehe

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..bagus program ni utk golongan asnaf ni kan

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.