Family Gathering AFB Fun Day yang Paling Gempak - Lovely Sunshine Family Gathering AFB Fun Day yang Paling Gempak

Family Gathering AFB Fun Day yang Paling Gempak

Family Gathering AFB Fun Day Yang Paling Gempak | Assalamualaikum,

Pada hujung minggu yang lepas, Mya mengikuti family gathering AFB Fun Day anjuran afb.my. Ini kali pertama Mya berjumpa ahli AFB yang lain. Walaupun bilangan ahli tidak mencukupi, Mya amat berpuas hati dan gembira berjumpa blogger yang dah lama bertapak di dalam dunia blog. Untuk tahu lebih lanjut, let's the story begin.


Mya sampai di penginapan TajVilla pada pukul 11.15 pagi. Sementara menunggu waktu makan tengahari, Mya berkenalan dengan mommy Irra, kak MyaFarisha dan Kak Cik yang comel. Kami menjelajah TajVilla dua tingkat ini dari bawah dan ke atas. Villa ini mempunyai 5 bilik tidur, 4 bilik air, dapur, ruang tamu atas dan bawah, ruang makan, ruang BBQ dan kolam renang. Villa ini boleh menempatkan 50 orang dalam satu masa. Garaj yang disediakan juga luas untuk 6 buah kereta. Terdapat pelbagai peralatan yang disediakan seperti peti ais, microwave, televisyen, mesin basuh, tempat pengering, WiFi dan lain-lain. 

Tiba sahaja waktu tengahari, kami bergerak ke 1Cafe di Kemensah Heights untuk makan tengahari. Pelbagai menu yang disediakan untuk sarapan, makan tengahari dan pencuci mulut. Mya memilih Nasi Goreng Ayam dan Milo O Ais sebagai juadah tengahari. Bagi menunaikan Solat Jumaat, para lelaki terus menuju ke masjid yang berdekatan iaitu Masjid al-Iman. Semasa menunggu para lelaki Solat Jumaat, makanan tengahari pun tiba. Kami menjamah makanan dengan penuh berselera. Air Milo O Ais sangat pekat dan sedap. Terdapat juga kedai runcit Kemensah Grocer bersebelahan dengan 1Cafe. 1Cafe dibuka pada pukul 8 pagi sehingga 10 malam.

1Cafe, Kemensah Heights

Selesai sahaja makan tengahari, kami pulang ke TajVilla untuk bersiap ke NSK Wangsa Maju. Kami seramai 8 orang mencari bahan mentah untuk dimasak. Bahan mentah yang kami beli ialah ayam, udang, sosej, telur, beras dan bahan perapan untuk malam BBQ. Segala persiapan untuk BBQ diketuai oleh Kak Eny dan dibantu oleh dayang-dayangnya. Makanan BBQ yang dihidangan ialah kambing, udang, ayam dan sosej. Disebabkan Mya tidak makan kambing dan udang, ayam menjadi menu utama Mya pada malam itu.

Tukang Masak BBQ

Udang BBQ

Sambil makan, sambil berkenalan. Aktiviti pertama AFB Fun Day ialah Ice Breaking. Kami memperkenalkan diri mengikut giliran dan menjawab persoalan yang diajukan. Jantung Mya berdebar tunggu giliran, Mya ini pemalu dan pendiam orangnya. By the way, tak sangka pula dapat berjumpa senior dan rakan satu batch semasa belajar di UiTM Machang dulu. Walaupun berbeza kursus, Mya rasa ini semua kebetulan, dan betapa kecilnya dunia ini. Kak Izzati dan Akin Assufi, mungkin pernah berjumpa tetapi lupa di ingatan. Selamat Berkenalan.

Selepas sahaja sesi Ice Breking, kami bersiap sedia untuk sesi pertukaran hadiah. Kami bertukar hadiah sesama sendiri menggunakan cabutan nombor. Mya mendapat hadiah wireless headphone daripada Kak Eintan. Apabila semua ahli membuka hadiah masing-masing, Mya rasa bersalah kepada penerima hadiah Mya. Hadiah Mya sangat kebudak-budakan. In sha Allah, pada gathering yang akan datang, Mya akan beri hadiah yang Mya inginkan. Selesai sahaja sesi pertukaran hadiah, kami semua masuk tidur.

Keesokan hari, kami sepatutnya melakukan aktiviti senamrobik. Tetapi kerana suhu villa pada waktu malam agak sejuk, kami tidak sedarkan diri. Bangun sahaja dari tidur, kami terus mandi di kolam renang. Pelbagai aktiviti yang kami lakukan di dalam kolam renang. Kedalaman kolam renang hanyalah pada paras dada Mya sahaja. Manakala ahli yang lain perlu berebut dengan anak-anak.



Main pimpin-pimpin

Kemudian, kami menjamu selera dengan nasi lemak, telur hancur dan lebihan makanan BBQ. Tepat pada pukul 11 pagi, kami bersiap sedia untuk masak makanan tengahari. Makanan tengahari dimasak oleh Kak Eny dan dayang-dayang. Makanan tengahari kami pada hari kedua ialah ayam masak kicap tak bertumis dan sayur kubis goreng. Sedap sehingga Mya menambah untuk kali kedua.

Aktiviti seterusnya photoshoot di tepi kolam renang. Pelbagai reaksi yang kami lakukan terutamanya bermain air di tepi kolam renang. Selepas itu, kami melakukan Pertandingan Baju Kreatif menggunakan surat khabar. Terdapat 5 kumpulan dan setiap kumpulan ada 3 orang ahli. Setiap baju yang dipaparkan oleh ahli kumpulan adalah cantik dan unik. Mya dan PapaG adalah kumpulan nombor 1. Kami membuat baju bertemakan Wakanda Sesat di Malaysia. Kami juga memenangi pertandingan ini dengan mendapat LIKE terbanyak di FB Page afb.my.

Kumpulan 1

Model Baju Kreatif

Malam terakhir di TajVilla ini menyaksikan AFB Fun Day membuat kendurian. Kami memasak pulut dan santan sebagai hidangan sampingan. Mya hanya melihat dan makan beberapa ulas sahaja. Selepas itu, kami bermain permainan "Charade" - Body Language Game. Pemberi klu memberi petunjuk menggunakan bahasa badan. Pemberi klu setiap kumpulan memang terbaik terutamanya tema Haiwan.

Sedapnya makan durian.

Cepatnya masa berlalu, kini tiba pada hari terakhir AFB Fun Day. Mya hanya sempat bersarapan sahaja dengan mereka. Selepas itu, Mya terpaksa berundur diri kerana abang Mya sudah sampai. Mya terasa sebak dan menahan air mata dari mengalir kerana terpaksa berpisah awal. Sebelum pulang, Mya menerima sebuah goodies bag yang mengandungi cenderahati seperti botol air, popcorn, keychain, anak tudung dan voucher. Goodies bag ini ditaja oleh Myagraphic dan Mawar Assufi.

Di kesempatan ini, Mya ingin mengucapkan terima kasih kepada afb.my kerana menganjurkan AFB Fun Day 2018. Mya harap dapat berjumpa lagi pada masa akan datang.

Photographed by: Mhotografi dan AhmadCukee

Love,
MyaRosli

Post a Comment

8 Comments

  1. Replies
    1. mestilah. bukan selalu dapat cuti dan dapat mandi bersama kenalan baru pula tu.

      Delete
  2. wahhhh meriahhhnyaaaa.....bestt sangat ain nengok..

    ReplyDelete
  3. Menarik sungguh. Mesti seronok kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok dapat bertemu rakan alam maya secara realiti

      Delete
  4. seronoknyaa. harap2 next time blh join family afb ni.

    ReplyDelete
  5. Wah meriahnya.. happening sangat..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.