Zero Belly Fruitea Detox Melawaskan Dan Badan Terasa Ringan - Lovely Sunshine Zero Belly Fruitea Detox Melawaskan Dan Badan Terasa Ringan

Zero Belly Fruitea Detox Melawaskan Dan Badan Terasa Ringan

Zero Belly Fruitea Detox Melawaskan Dan Badan Terasa Ringan | Assalamualaikum,

Dari dulu lagi Mya suka tengok video dan gambar-gambar diet di Pinterest. Kadang-kadang Mya simpan di dalam telefon dan berusaha untuk amalkan setiap satu diet yang dilihat. Terutamanya dari aspek pemakanan dan senaman. Tetapi Mya bukan seorang yang konsisten. Mya pantang melihat makanan yang sedap. Ada je peluang, Mya terus capai. 

Mula-mula berminat untuk diet pun disebabkan orang sekeliling. Bukan atas sebab diri sendiri berubah. Mya seorang yang susah nak berubah atas sebab diri sendiri. Tapi Mya usahakan juga sedikit demi sedikit.

Mya paling minat diet melalui makanan terutamanya detox. Detox ialah membuang segala toksin dalam badan menggunakan makanan atau minuman. Detox yang Mya pernah lakukan ialah infused drinks. Mya mencampurkan buah-buahan seperti strawberi, blueberi, raspberi, lemon, lime ke dalam segelas air kosong. Infused drinks ini boleh diminum bila-bila masa sahaja. Bukan sahaja dapat merawat kulit tapi juga membuang toksin di dalam badan. Tapi itu dulu sebelum Mya bekerja.

Sekarang, tiada masa untuk memanjakan diri. Kadang-kadang Mya terasa malas untuk membeli buah-buahan. Hanya berminat untuk makan sahaja. Masa banyak dihabiskan untuk kerja dan rehat semata-mata.

Zero Belly Fruitea Detox




Tetapi, kini tidak perlu risau lagi. Imaan World memperkenalkan teh kurus - IMAAN Zero Belly Fruitea Detox. Zero Belly Fruitea Detox ini mengandungi 100% gabungan daun teh dan 4 jenis buah-buahan pilihan; Mulberry, Soursop, Passion Fruit dan Candle Bush. Baunya yang wangi serta rasanya yang sedap menjadi pilihan wanita dalam mengekalkan berat badan.

Cara Penggunaan




Rendamkan satu uncang Zero Belly Fruitea Detox ke dalam secawan air panas. Kemudian, kacau dan nikmati seperti anda minum waktu pagi.

Zero Belly Fruitea Detox ini mengandungi beberapa khasiat; di antaranya ialah:-

  • Mengempiskan perut yang buncit
  • Menyelesaikan masalah obesiti
  • Lawas dan badan rasa ringan
  • Menyelesaikan masalah sembelit
  • Membuang angin dalam badan

Bagi anda yang ingin melawaskan badan bolehlah minum satu uncang sehari. Manakala bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan bolehlah mengambil 2 uncang satu hari; pada waktu pagi dan sebelum waktu tidur. Jika anda ingin mengekalkan berat badan, minum Zero Belly Fruitea Detox 3 kali seminggu.

Setiap pek Zero Belly Fruitea Detox mengandungi 5 uncang teh kurus. Zero Belly Fruitea Detox ini telah disahkan selamat oleh Melaka Biotechnology Corporation.

Zero Belly Fruitea Detox ini juga sesuai untuk individu berumur 7 tahun ke atas serta wanita menyusu. Wanita mengandung tidak digalakkan untuk meminum teh kurus ini.

Testimoni Pengguna Zero Belly Fruitea Detox



Anda boleh dapatkan dengan harga promosi berikutan Merdeka Promo yang tengah berlangsung.

Bukan Zero Belly Fruitea Detox sahaja, malah Imaan Wet Tissues juga ada promosi.  Pink, Blue, Purple dan Kuning pun ada.



Anda boleh dapatkan Imaan Zero Belly Fruitea Detox ini dengan segera di laman web Imaan World

Anda juga boleh menelefon Cik Hazirah di 019-392 2261 atau emel 
zira.shahrudin@gmail.com
untuk mengetahui lebih lanjut.

#easytravel
#tisutravel
#imaanworld
#imaansuci
#teabuahimaan
#zerobelly

Post a Comment

1 Comments

  1. Bestkan minum tea buah tu tak rasa ubat pun rasa buah je

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.