Alhamdulillah! Rezeki Yang Tidak Disangka

13:09


Assalamualaikum,

Rezeki yang paling tidak disangka. Memang tak sangka pun. Ingatkan tak dapat lepas temuduga tahun lepas. Memang dah redha tak dapat kerja kerajaan. Tapi alhamdulillah, lepas Mya kerja cukup setahun dekat retail company. Syukur sangat-sangat. 

Hari yang paling bersejarah la. Sebelum Mya tengok sms ataupun web SPP tentang keputusan temuduga ni. Mya ada berborak dengan rakan sekerja tentang kerja kerajaan. Cerita tentang Mya ada pergi temuduga setahun lepas. Mya mengaku dalam bilik temuduga tu, Mya tak boleh jawab semua soalan penemuduga. Cuba bayangkan dalam satu bilik temuduga, ada 5 orang calon. Ada yang memang expert pasal pembantu makmal. Ada yang confident memang tip top walaupun jawab salah sekali pun. Mya hanya mampu jawab yang mana Mya tahu je. 

So, masa tu dah fikir mungkin tak ada rezeki kat sini sebab kita punya temuduga tak sebagus orang lain. Selepas itu, Mya kerja laa macam biasa. Sebenarnya yang paling tidak disangka, setahun Mya kerja kat retail, terus Mya dapat offer kerajaan. Mya pernah bagi semangat kat diri dulu, apply kerja kerajaan, pergi temuduga dan last sekali, jom cari pengalaman. Cukup setahun blah. Apa nak jadi, jadilah.

Dalam masa setahun ni, banyak pengalaman yang Mya dapat. From zero to something very valuable. Walaupun banyak dugaan, cabaran dan yang paling teruk tekanan. Mya seronok kerja kat AEON Maluri, persekitaran dan rakan-rakan kerja atas bawah akan dikenang sampai bila-bila. Walaupun tahun depan akan berubah terutamanya pintu masuk customer. 

Pada 15 Oktober yang lalu, Mya dapat sms dari SPP yang mengatakan tahniah. Waktu tu baru habis kerja dan hari yang sama juga berborak dengan rakan pasal kerja kerajaan. Mya terus buka laman web SPP dan akhirnya alhamdulillah. Tahniah anda berjaya. 

Keputusan Temu Duga
Keputusan Temu Duga

Rupa-rupanya Mya ni calon simpanan. Calon simpanan ini orang yang pergi temuduga dan namanya disimpan apabila ada lagi kekosongan. Dengan gembiranya, kongsilah keputusan dengan parent. Mya fikir dalam tempoh 6 minggu tu, kena settlekan semua dokumen termasuk hantar notis bekerja. 

Macam company Mya, kena hantar notis sebulan jika kerja melebihi 3 bulan ke atas. Mya pun kerja sebulan lagi bersama family kedua yang tercinta. Sayang sebenarnya nak tinggalkan department, dahlah staff Kids tinggal 2 orang je. So, dalam sebulan tu macam-macam yang Mya buat dengan staff Softline. Bantulah selagi mana boleh bantu. By the way, dapat juga merasa pergi Family Day walaupun sehari.

p/s: Bila nak sampai surat lapor diri ni, tak senang duduk dibuatnya. Kita ni sekarang mampu tanam anggur je kat rumah tau.



You Might Also Like

9 comments

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.

Sila tinggalkan link anda di profile atau di ruangan mesej. Mudah untuk saya blogwalking ke blog anda.