Family Day 2018 di Sungai Lopo, Hulu Langat - Lovely Sunshine Family Day 2018 di Sungai Lopo, Hulu Langat

Family Day 2018 di Sungai Lopo, Hulu Langat


Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan, Mya ingin bercerita tentang AEON Maluri Family Day 2018. Setiap tahun pasti ada aktiviti yang merapatkan hubungan silaturrahim antara semua pekerja walaupun berbeza jabatan. Family Day ini telah diadakan pada 29hb dan 30hb Oktober yang lalu di Sungai Lopo, Hulu Langat. Disebabkan bilangan pekerja yang ramai, setiap jabatan dibahagikan mengikut tarikh yang telah ditentukan.

Terdapat 6 pasukan bagi mewakili setiap jabatan. Kami mempunyai 6 jabatan iaitu pentadbiran, makanan, pakaian, peralatan, khidmat pelanggan dan pengurusan mall. Pada tahun ini, kami mempunyai tema yang berdasarkan filem "Pirates of the Carribean". Kami mencabut undi untuk mendapatkan watak dan menjadi cosplay pada hari kejadian.

Sebelum Mya cerita lebih lanjut mengenai watak yang kami dapat, mesti korang nak tahu Mya kerja bawah jabatan yang mana. Mya berkhidmat di department kanak-kanak, dalam erti kata lain di bawah jabatan pakaian. Jabatan pakaian a.k.a Softline menempatkan 8 department; lelaki, wanita, pakaian dalam, kanak-kanak, bayi, permainan, kosmetik dan SBA (shoes, bag and accessories).

Pasukan kami mendapat watak ini kerana bilangan pekerja wanita lebih ramai daripada lelaki. Jeng jeng jeng. Watak yang kami dapat ialah Elizabeth Swan. Manakala 5 pasukan yang lain ialah Jack Sparrow, Will Turner, Salazar, Davy Jones dan Hector Barbossa.

Hari yang dinantikan telah tiba, Mya telah tersenarai untuk pergi pada hari pertama, 29hb Oktober 2018. Kami diminta untuk berkumpul pada pukul 7.30 pagi di belakang AEON. Sementara menunggu rakan-rakan yang lain, kami mengambil tempat dan bergambar di dalam bas. Ahli pasukan yang terlibat untuk hari pertama ialah 11 orang sahaja. Pasukan paling sedikit berbanding pasukan lain.

Pasukan Elizabeth Swan Hari Pertama

Kami bergerak ke Sungai Lopo pada pukul 8.00 pagi dan tiba pada pukul 9.30 pagi. Setibanya kami di Sungai Lopo, kami diminta mendaftarkan nama bagi proses kehadiran dan mengambil sarapan pagi yang telah disediakan. Kami menjamu nasi lemak dan air teh o panas. Kemudian, kami diminta berkumpul di padang oleh urusetia.

Setiap pasukan di minta berbaris serta melaungkan tagline pasukan masing-masing. Tagline yang terbaik akan menerima hadiah. Sebelum kami memulakan permainan, hari kami dimulakan dengan bacaan doa dan warming up - zumba.

Selepas sahaja kami memanaskan badan, kami terus memulakan aktiviti pertama iaitu boling kelapa. Permainan kanak-kanak zaman dahulu. Boling kelapa ialah permainan boling yang menggunakan kelapa sebagai bola dan botol air sebagai pin boling. Kerana tanah yang tidak rata serta bentuk kelapa yang tidak bulat, kami hanya dapat merangkul tempat kedua.

Permainan seterusnya ialah debu kasih. Debu kasih ialah acara berganti-ganti. Kami dikehendaki memberi ahli di belakang tepung tanpa melihat dan menggunakan tangan sahaja. Kami perlu mengisi dua mangkuk kecil dengan tepung sehingga penuh. Untuk acara ini, kami mengungguli tempat pertama. Kemudian, kami berehat seketika sambil membuat cabutan bertuah. Cabutan bertuah dijalankan sehingga habis aktiviti pada hari tersebut. Hanya 50 orang sahaja yang bertuah.

Seterusnya, kami menyambung permainan iaitu tarik upih. Siapa yang tidak tahu tarik upih. Tarik upih ialah permainan menggunakan daun kelapa untuk menarik ahli pasukan. Kalau boleh, cari ahli yang ringan-ringan tau. Walaupun pasukan kami kekurangan ahli lelaki, kami mendapat tempat pertama. Yeayy!!

Permainan yang keempat pula ialah langkah dadu. Langkah dadu ialah permainan berpasukan sebanyak 6 orang. Kami perlu membuat barisan dan tidak boleh putus. Kami perlu membaling dadu untuk menentukan berapa langkah kehadapan. Jika mendapat 4 atau barisan putus, kami perlu memulakan dari garisan mula. Dibawah cahaya matahari, kami diuji dengan pengadil yang memang sengaja hendak menjatuhkan semua pasukan. Akibat sifat kesabaran kami yang tinggi, akhirnya kami mendapat tempat pertama.

Selepas itu, kami meneruskan dengan permainan lontar kasih sayang. Lontar kasih sayang ialah melontar belon yang berisi air kepada rakan yang berada di hadapan. Jarak antara tukang baling dan tukang sambut semakin lama semakin jauh. Selepas menyambut setiap belon, penyambut hendaklah meletakkan belon di atas tanah, Pengadil akan mengira bilangan belon yang disambut oleh penyambut. Yang ini memang susah, sebab jarak terlalu jauh dan belon terlalu berat untuk dibaling. Kami mendapat tempat ketiga kerana banyak belon yang pecah.

Akhir sekali, kami bermain permainan isi air dalam buluh. Permainan ini kami lakukan di dalam Sungai Lopo. Permainan ini memerlukan 7 orang pemain. 6 pemain di dalam air manakala lagi seorang menjaga buluh. Pemain di dalam air perlu berendam dan merentasi sungai untuk mengisi air dengan memerah baju yang dipakai. Air perlu diisi sehingga bola pingpong di dalam buluh timbul di permukaan buluh. Untuk permainan ini, kami mengaku terlalu lemah dan susah untuk bergerak di dalam air. Dengan ini, kami hanya mendapat tempat kelima.

Setiap permainan dikira dengan mata.
Tempat pertama: 6 mata
Tempat kedua   : 5 mata
Tempat ketiga   : 4 mata
Tempat keempat : 3 mata
Tempat kelima: 2 mata
Tempat terakhir: 1 mata.

Selepas sahaja permainan isi air dalam buluh, kami diberikan kebebasan untuk mandi, makan mahupun berehat sehingga pukul 3.30 petang. Mya hanya melihat rakan-rakan lain mandi sambil menikmati aiskrim Malaysia. Mya hanya mencelupkan kaki sahaja di dalam sungai. Kami menjamu selera dengan makanan yang dibawa oleh kakak-kakak satu jabatan. Kenyang tidak terkata.

Tepat pukul 3.30 petang, kami berkumpul untuk acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. Mya adalah salah seorang 50 orang yang bertuah. Sangat bertuah. Kemudian, acara yang dinantikan johan keseluruhan bagi semua permainan adalah pasukan Softline a.k.a Elizabeth Swan. Alhamdulillah, dapat juga kami bawa pulang hamper dan trofi sebagai kenangan. Bagi tagline terbaik pula dimenangi Customer Care, siap dengan topeng Davy Jones lagi tu.

Juara Keseluruhan Hari Pertama

Penat tapi seronok. Sepanjang di dalam bas, kami semua melelapkan mata sementara menunggu bas tiba di Taman Maluri. Kami tiba pada pukul 6 petang dan terus pulang ke rumah.

Tidak lupa juga gambar kumpulan hari kedua sebagai kenangan di dalam entri blog.

Cosplay Elizabeth Swan Hari Kedua

Pasukan Elizabeth Swan Hari Kedua
Mendapat Tempat Keempat

p/s: Paling tidak disangka, ini adalah aktiviti terakhir Mya bersama Staf AEON Maluri. I'm gonna miss them so much. Till we meet again. <3




Post a Comment

8 Comments

  1. Seronoknya. Dekat dengan rumah Kak Feni dah Sungai Lopo tu.

    ReplyDelete
  2. Wah seronoknya family day staff yang macam ni kan, happening 👍

    Hai, cheq follow sini #211 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap tahun ada aktviti macam ni, tahun lepas sports day.

      Delete
  3. hari keluarga mcm ni dpt mengeratkan silaturrahim sesama staff...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. bukan sahaja antara satu jabatan malah dengan jabatan lain pun boleh

      Delete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.