Ayam Masak Kicap

15:00


Assalamualaikum,

Dah lama rasanya mya tak update entri tentang makanan. Sebelum mya berhenti kerja, langsung tak ada masa untuk memasak atau membuat kek. Shif yang tak menentu menyebabkan waktu cuti dihabiskan dengan rehat yang secukupnya. Apabila sudah berhenti kerja, mya paksa diri untuk memasak. Kenapa paksa diri? Mya ni ada gastrik, bila lambat makan sikit je. Terus masuk angin. 

Bagi nak elak angin masuk dalam badan. Kita kena makan, kalau boleh on time. Disebabkan mya tak praktikkan makan on time. Bila dah sakit, mulalah salahkan diri sendiri. Hujung minggu baru ini, mya memasak untuk 2 hari berturut-turut. Itupun sebab mak mya balik kampung. Mungkin hujung minggu yang lepas, mya terasa nak makan makanan rumah berbanding fast food. Tiba-tiba mood memasak tu datang.

Asalnya mya nak memasak ayam BBQ, tapi disebabkan banyak rempah dan bahan perap tiada. So, mya cuba resepi ayam paling ringkas dan biasa mya buat. Berdasarkan bahan-bahan yang dah ada di rumah, mya membuat keputusan untuk membuat ayam masak kicap.

Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan:

Ayam 1/2 ekor - lumur dengan garam dan kunyit, goreng
Kicap lemak manis
1 biji bawang besar - potong bulat-bulat
* 4 biji cili padi
* 1 biji bawang merah besar
* 3 ulas bawang putih

bahan yang bertanda *, perlu dihiris nipis


ayam kunyit
Ayam dilumur garam dan kunyit
Bahan yang dihiris nipis


Cara-cara:


  1.  Panaskan minyak menggoreng ayam dan tumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau sehingga rata.
  3. Masukkan kicap secukupnya. Tambahkan air mengikut kemahuan sendiri samada mahu kuah banyak mahupun sedikit.
  4. Perasakan dengan gula dan garam.
  5. Masukkan bawang besar. Biarkan seketika sehingga bawang layu.
  6. Apabila sudah mendidih, tutup api dan terus hidang.
ayam masak kicap
Ayam Masak Kicap
Inilah salah satu hidangan yang paling mya suka masak. Ringkas dan pantas. Ayam masak kicap air tangan mya. Ayam masak kicap kali ini sedap tapi pedas sikit. Apabila masak sendiri, nak tambah banyak kali pun tak apa. Tetapi mya makan satu pinggan sahaja kerana pedas cili api. 

Sejak akhir-akhir ni, mya teringin nak buat kek macam dulu-dulu. Pantang nampak resepi menarik, mesti rasa nak buat. Mya ingat nak pergi supermarket la. Memborong barang untuk buat kek. Kek apa? Nantikan di entri seterusnya.

Love,
Mya Rosli






You Might Also Like

3 comments

  1. Waalaikumussalam.
    Sedapnya...
    #jmbelog

    ReplyDelete
  2. Semalam baru je masak lauk Ayam Masak Kicap ni. Mudah disediakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahan pun mudah dicari, tak perlu pergi jauh2. Dekat pasar je pun dah ada.

      Delete

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.

Top Comments

Shoutbox

Sila tinggalkan link anda di profile atau di ruangan mesej. Mudah untuk saya blogwalking ke blog anda.