Yeayy!! Barang Althea Sampai Lagi - Lovely Sunshine Yeayy!! Barang Althea Sampai Lagi

Yeayy!! Barang Althea Sampai Lagi

Yeayy!! Barang Althea Sampai Lagi | Assalamualaikum,

Hari ini Mya nak bercerita tentang kotak Althea yang sampai pada hujung minggu yang lalu. Mya mendapat panggilan telefon yang tak dikenali pada hari Sabtu. Mya teragak-agak untuk mengangkatnya kerana 2 hari sebelum itu Mya mendapat panggilan scam yang tiada kena mengena langsung dengan Mya. Pada panggilan ketiga, Mya terus menjawab kerana teringatkan barang Althea. 

Betul sangkaan Mya tapi malangnya Mya di luar negeri. Nasib baik jiran depan rumah ada, kalau tak, tak tawlah nak amik kat mana. Disebabkan Mya duduk di kampung selama 3 hari kerana cuti Thaipusam, Mya terpaksa menunggu dan berasa risau. Risau kerana sebelum ini courier menghantar barang di lorong yang salah. Risau jika barang itu jatuh ke tangan orang lain. Uish!! Ayat macam nak berebut kuasa sahaja.

Althea

Sebelum Mya bergerak pergi kerja pada hari semalam, Mya terus memberi salam kepada jiran hadapan. Syukur alhamdulillah, barang sudah di dalam genggaman. Dengan warna pink yang menyerlah, tak sabarnya nak unboxing. Kotak pink, nantikan aku ya. Sebelum itu, kita pergi kerja dahulu. Adios, amigos.

Balik sahaja dari kerja, Mya berehat seketika sebelum membuka balutan pink Althea. Tak sabarnya nak unbox kotak pink. Tup tup Mya dapat kotak Lunar Year. Hari tu dapat kotak Christmas, kali ni dapat kotak CNY pulak. Bila nak dapat kotak pink ni. *sad*

Althea Box

So, apa lagi kita unbox sahaja lah. Ini adalah barang-barang yang Mya beli di Althea. Ini pun disebabkan tempoh voucher yang diberi adalah sebulan. Dalam masa yang sama juga, salah satu barang yang dibeli ada offer buy 1 free 1. Kita amik peluang depan mata dengan grab offer tersebut. Dalam kotak ini juga, Mya dapat sticker exclusive Althea.

Althea Exclusive

Sticker ini anda boleh dapat dengan pembelian Althea Exclusive. Terhad untuk satu pembelian satu customer. It means beli banyak mana pun produk Althea Exclusive, anda tetap dapat satu sahaja sticker Limited Edition ini. Sticker yang Mya dapat comel sangat tapi Mya tak taw nak lekat mana. Lekat dekat hati awak boleh tak?

Althea Item

First of all, Mya beli Althea Milk Peel Cream Mask. Banyak feedback yang positif Mya lihat daripada rakan blogger yang lain. Lagipun, Mya dah lama nak cuba facial mask. Sebelum ini ada sahaja Mya mencuba mask yang tepek-tepek kat muka tu. Tapi tak sesuai dengan kulit muka Mya. Kulit Mya sensitif sangat sampai dia irritated. Lepas pakai okay, a few minutes after that. It feels itchy and inflamed. That's why Mya tries the cream mask. So, this is the first try.

Barang yang terakhir adalah offer "Buy 1 Free 1". New item dari Althea Exclusive; Althea Skin Relief Spot Film Gel. Mya rasa gel ini untuk reduce spot atau pun acne. Gel ini juga mengandungi tea tree oil. Disebabkan offer beli satu percuma satu, apa salahnya grab sekali dua kan. Mya menggunakan voucher 10% discount off yang Mya dapat sebab review barang yang Mya beli sebelum ini. Valid pula sebulan je. Tapi still dalam range budget. I'm taking it.

Ohh tak lupa juga kotak susu handmade tu. Althea yang bagi, cuma tinggal nak lipat dan gam je kot. Mya punya tak menjadi. Maaflah saya bukan budak seni. Jadilah tu, cuma tak boleh berdiri dengan tegak. Dia lebih suka berbaring. Hehehe. Apa-apa pun nantikan review daripada Mya ya. Daaa

That's all from me.

Lots of Love <3,
Mya Rosli

Post a Comment

3 Comments

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.