Ayam Goreng Tomyam Berkuah

12:22


Assalamualaikum,

Hari ini Mya nak kongsi resepi Ayam Goreng Tomyam Berkuah. Mya selalunya memasak hanya pada hujung minggu. Terutamanya apabila tak mengikuti mak dan ayah pulang ke kampung. Resepi ayam menjadi kegemaran Mya. Resepi juga boleh didapati di Google. Cari kata kunci dan anda akan dapat apa yang anda mahu.

Mya memilih lauk ayam kerana mudah didapati dan simple. Pelbagai resepi ayam yang telah Mya cuba sebelum ini antaranya Ayam Masak Kicap, Ayam Masak Merah, Tomyam Ayam dan Ayam BBQ. Mya dah lama ingin mencuba Ayam Goreng Tomyam. Mungkin sebab Mya suka hidangan tomyam. Inilah resepi Ayam Goreng Tomyam Berkuah yang telah diolah mengikut bahan yang sedia ada. Berkuah itu penting bagi Mya. Lebih banyak kuah, lebih sedap nasi untuk dimakan.

Resepi Ayam Goreng Tomyam Berkuah

Bahan-bahan

1 ekor ayam - dilumur garam dan kunyit
2 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
5 ulas cili api* - ikut tahap kepedasan masing-masing
4 helai daun limau purut
2 batang serai dititik
1 paket Perencah Tomyam - Mya menggunakan pes tomyam didalam tin
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap lemak manis
1 biji tomato - potong 8
Air
Garam
Gula
Minyak masak

Bahan yang bertanda * perlu ditumbuk dahulu.

Cara Memasak

  1. Gorengkan ayam yang telah dilumur garam dan kunyit sehingga separuh masak.
  2. Menggunakan suku minyak goreng ayam tadi, tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili api.
  3. Tumis sehingga kekuningan. Masukkan daun limau purut dan serai yang dititik.
  4. Kemudian, masukkan perencah tomyam. Kacau seketika.
  5. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap lemak manis. Kacau sehingga rata.
  6. Masukkan air, garam dan gula secukupnya. Kacau sehingga sebati.
  7. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul.
  8. Biarkan mendidih seketika dan tutup api.
  9. Angkat dan hidang.

Inilah dia Ayam Goreng Tomyam Berkuah, air tangan Mardhiyyah Rosli.

Ayam Goreng Tomyam Berkuah

Rasanya sedap tapi kalau tambah sedikit pedas dan masam mungkin lagi kaw. Family komen Okay. Lepas ni nak masak resepi apa pula ya. *thinking*

Itu sahaja untuk hari ini.

Sincerely,
Mardhiyyah Rosli

You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.

February to April Bloglist

Top Comments

Shoutbox

Sila tinggalkan link anda di profile atau di ruangan mesej. Mudah untuk saya blogwalking ke blog anda.