Pengumuman Pemenang Birthday Giveaway by Mya Rosli - Lovely Sunshine Pengumuman Pemenang Birthday Giveaway by Mya Rosli

Pengumuman Pemenang Birthday Giveaway by Mya Rosli

PENGUMUMAN PEMENANG BIRTHDAY GIVEAWAY BY MYA ROSLI | Assalamualaikum. Mya meminta maaf terlebih dahulu kerana kelewatan satu hari. Sepatutnya Mya mengumumkan pemenang Birthday Giveaway ini pada hari semalam. Akibat kekangan masa, Mya tidak dapat memberitahunya semalam. Mya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan para blogger di dalam giveaway ini. 

Birthday Giveaway by Mya Rosli

Selain itu juga, Mya ingin mengucapkan terima kasih untuk setiap ucapan hari lahir yang diterima. Mya doakan anda semua juga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Mya akan mengumumkan pemenang bagi Birthday Giveaway by Mya Rosli. Ucapan yang diberi sangat kreatif oleh semua peserta. Sehingga Mya tidak tahu nak pilih yang mana. Mya juga sudah berjalan ke semua blog yang terlibat.

Pemenang bagi Giveaway Birthday by Mya Rosli ialah www.shikinrazali.com. I love the special notes card that you created for me. Terima kasih sangat-sangat. Mya akan menyimpan semua ucapan yang Mya terima sebagai kenangan hari lahir.

Para peserta yang lain jangan berputus asa. Anda semua dimasukkan ke dalam Bloglist Februari to April 2019. In sha Allah, jika ada umur yang panjang. Mya akan mengadakan pelbagai segmen pada masa yang akan datang. 

Terima kasih kerana menyokong www.myarosli.com. Arigatou gozaimasu.

p/s: Kepada pemenang, anda perlu hantarkan nama, alamat dan no. telefon ke diyaroslidotcom@gmail.com sebelum 15 Februari 2019. 

Lots of Love,
Mya Rosli

Post a Comment

7 Comments

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.