What A Holiday Part I

12:35


Assalamualaikum

Cuti sekolah telah bermula pada 2hb yang lalu bagi menyambut Tahun Baru Cina untuk bangsa Cina. Disebabkan Mya baru start kerja sebulan yang lalu, Mya tidak mengambil cuti yang panjang. Mya hanya bercuti pada hujung minggu dan cuti am seperti Hari Wilayah dan Tahun Baru Cina.

Pada hari Wilayah yang lalu, Mya tidak kemana-mana kerana ayah bekerja di Negeri Selangor. Mya hanya duduk di rumah sambil menonton cerita. Pada mulanya ayah dan emak merancang untuk pulang ke kampung pada hari sabtu. Kami bangun awal pagi serta bersiap untuk pulang. Tetapi disebabkan jalan lebuhraya sesak, kami terpaksa batalkan niat untuk pulang ke kampung.

Selepas sahaja solat zohor, emak mengajak ayah untuk keluar berjalan-jalan. Emak menyebut Matsui, Mya ingatkan jenama pakaian kerana Mya tidak pernah dengar sebelum ini. Jauh sungguh perjalanan ke matsui ini. Rupa-rupanya Mitsui Outlet Park KLIA, Sepang. Agak besar juga walaupun 2 tingkat. Kami berjalan-jalan setiap tingkat sambil membeli barang. Kami hanya membeli pakaian sukan dan jualan murah di Watsons sahaja. 

Pilihan makanan di sini tidak terlalu banyak kerana terdapat banyak restoran makanan Jepun, Thailand dan Western. KFC dan McDonalds juga tiada. Dan untuk pertama kali, kami sekeluarga mencuba ParaThai. Makanan Thailand yang semestinya menghidangkan nasi dan tomyam. Ayah memilih menu Tomyam Campur, Kangkung Belacan, BBQ Steak dan Ayam Pad Thai. Adik bongsu suka makan lain daripada yang lain. Dia memilih Chicken Kuey Tiaw. Makanan boleh tahan cuma cara menyajikan makanan tidak sesuai. Tomyam boleh tahan tapi senduk yang diberi tidak sesuai dengan bekas tomyam. Sangat tidak berpuas hati. Selain itu, steak lembut dan sedap.

Tidak lupa juga coklat yang dibeli di Chocolate Shop. Ini kedai pertama yang menarik perhatian Mya di Mitsui Outlet Park ini. Kami membeli Kinder Bueno 2x8pack, Daim 1 pack dan Peppero Almond 1 box. Kami juga dapat redeem free parking jika berbelanja melebihi RM100 di mana-mana kedai di dalam Mitsui Outlet Park. Selepas kepenatan, kami pun terus pulang ke rumah. 

Sebelum Mya masuk tidur, emak memesan untuk bangun awal keesokan hari. Kerana apa? Nantikannya di entri akan datang.

See ya.

Love,
Mya Rosli

You Might Also Like

1 comments

  1. Mitsui bosan sket tapi best sebab dia santai2 untuk keluarga. bab makan tu setuju.. xde pilihan yang menarik sangat. kalo rajin lajak ke klia2 la nak makan2 yg best..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.

February to April Bloglist

Top Comments

Shoutbox

Sila tinggalkan link anda di profile atau di ruangan mesej. Mudah untuk saya blogwalking ke blog anda.