What A Holiday Part II - Lovely Sunshine What A Holiday Part II

What A Holiday Part II

WHAT A HOLIDAY PART II | Assalamualaikum. Seperti yang dinanti-nantikan di dalam entri What A Holiday Part I, kemana Mya dan keluarga pergi pada hari pagi Ahad. Jeng jeng jeng. Sepatutnya kami bertolak selepas Subuh tetapi disebabkan ada yang masih berdengkur lagi, kami bertolak selepas pukul 8.30 pagi. Perjalanan ke Taman Tasik Perdana tidak mengambil masa yang lama cuma kawasan parking yang agak terhad dan jauh. Mungkin kami pergi terlalu lewat dan ramai orang yang sudah berada di sana sejak awal pagi. 

WHAT A HOLIDAY

Kami berpusing-pusing di kawasan Tasik Perdana bagi mencari parking yang berdekatan. Kami mencari sehingga menjumpai banyak bangunan-bangunan seperti Masjid Negara, Muzium Negara, Muzium Kesenian Islam Malaysia, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Planetarium Negara dan Memorial Tunku Abdul Razak. 

Akhirnya, kami parking kereta di Taman Burung. Dengar kicauan burung-burung di situ. Kami perlu berjalan kaki sedikit untuk ke Tasik Perdana. Kami melalui Taman Rusa sebelum menuju ke Tasik Perdana. Ada beberapa ekor rusa kelihatan di bawah jambatan. Kemudian, kami menyusuri laluan ke Tasik Perdana dikelilingi pokok-pokok yang unik. Bukan sahaja unik pada bentuk malah namanya juga sangat unik. 

Mya, emak dan adik bongsu melihat pokok-pokok dan berjalan-jalan secara perlahan sambil menikmati udara segar. Manakala ayah dan Fikri telah bergerak dahulu untuk berjoging. Kami mengelilingi Tasik Perdana sehingga terjumpa tempat latih tekan tubi. Di situ Mya mencuba tekan tubi dan steps exercise di palang yang disediakan. Mya hampir terseliuh akibat dah lama tidak melakukan exercise. Rasa sakit seluruh badan terasa serta merta.

Ayah hilang entah ke mana. Setibanya kami di taman permainan dan Taman Herba. Ayah memunculkan diri. Kami memasuki Taman Herba untuk mengenali pelbagai jenis herba dan pokok-pokok seperti Lidah Buaya, Lidah Jin, Misai Kucing dan banyak lagi. Seterusnya, kami berjalan lagi separuh pusingan sebelum pulang. Kami berehat seketika di pondok yang tersedia. Mya sudah tidak larat apabila menaiki bukit dan tangga. Kami terus menuju ke kereta dan melihat ramai pelancong sedang beratur di Taman Burung. Kami bersiap untuk ke destinasi seterusnya.

Destinasi yang seterusnya ialah Pasar Seni. Mya tak pernah lagi sampai Central Market di Petaling Street. Mak mya siap bercerita zaman dia muda-muda, waktu malam pun boleh lagi berjalan. Sekarang, pergi mana-mana je bahaya. Parking di kawasan ini agak susah kerana jalan yang sehala dan sentiasa sibuk. Kami berpusing sebanyak 2 kali sebelum menjumpai parking. Harga parking agak mahal bagi Mya. Tapi disebabkan ini peluang jarang-jarang muncul, ayah Mya bayar sahaja. 1 Jam RM 5, Lebih 1 Jam RM10. 

Kami memasuki Central Market untuk mencari makanan tengahari. Perut terasa lapar selepas bermandi peluh. Kami mencari makan di Food Court. Terdapat pelbagai pilihan makanan dari nasi berlauk sehingga makanan Barat. Seperti biasa, Mya akan memilih Nasi Campur sebagai makanan tengahari. Mya juga memesan Apple Juice sebagai minuman. Selepas itu, kami ronda-ronda dan singgah di AEON Maluri untuk membeli barang dapur.

Last but not least, malas nak jalan lama-lama sebab dah penat sangat. Cakap kat ayah solat kat rumah je lah. Beli barang dapur terus balik. Memang taklah berpeluh-peluh, nak sembahyang. Tak selesa kot. Kita grab apa yang perlu dan kehendak masing-masing. Masa ni orang ramai sebab Chinese nak celebrate Chinese New Year lagi 2 hari. Memang busy. Dah settle bayar barang dan parking, terus balik rumah tak ada pusing mana-mana. 

Balik rumah terus mandi dan solat. Hari Isnin kerja. Tapi lepas tu, 2 hari Cuti Tahun Baru Cina. Mesti ada perancangan nak balik kampung kan? Nak tahu tak sama ada Mya balik kampung ke tidak? Nantikan di entri yang seterusnya.

See ya..

Love,
Mya Rosli

Post a Comment

0 Comments