What A Holiday Part IV

14:30


Assalamualaikum,

Seperti biasa apabila tidur nyenyak, pasti Mya akan terjaga awal. Jaga je awal tapi nak turun katil punyalah payah. Sayang betul kat bantal busuk. Hehehehe. Apa benda pertama yang Mya buat ialah mandi dan basuh baju kerja yang dibawa dari Kuala Lumpur. 

Selepas sahaja mandi, Mya jemur baju-baju yang dibasuh tadi. Cuaca di sini agak panas kerana kebelakangan ini tidak hujan. Baju cepat kering dan boleh basuh banyak-banyak. Mak tengah sibuk menyiram pokok bunga manakala ayah tengah bersarapan. Selesai sahaja Mya membantu emak mengupas bawang, Mya terus masuk ke bilik untuk menonton cerita di laptop. 

Kemudian, Mya diajak emak untuk pergi jamuan hari jadi cucu Tok Rahman. Ramai sedara mara yang menjamu selera. Pelbagai makanan yang dihidangkan. Jarak di antara rumah Mya dan rumah Tok Rahman tidak jauh. Cuma perlu turun bukit sahaja. Mya juga sempat bertemu anak-anak saudara yang berada di jamuan tersebut.

Pulang sahaja ke rumah, Mya masuk ke bilik dan berehat seketika. Lepas makan je, berehat. Mana badan tak naik macam tu. Berehat sampai tertidur. Bangun je dari tidur, azan zohor berkumandang. Mya mengambil air sembahyang dan terus solat. Selesai sahaja solat, Mya terlena di atas katil sehingga petang. Bangun, solat asar dan terus makan. Mya lapar sangat, Mya makan nasi tiga kali tambah separuh pinggan ya. Nasi berlaukkan ikan jaket (Cencaru), kuah masak lemak nenas, budu dan sayur bayam air. Penangan budu buat Mya makan bertambah.

Selesai sahaja makan, Mya mengajak adik bermain badminton di halaman rumah. Kami bermain seketika sebelum ayah pulang membawa pencuci mulut, waffle. Seperti biasa perisa yang dibeli ialah coklat dan strawberi. Kita lebih minta coklat sahaja. Rasanya masam dan manis dari jem strawberi itu menyebabkan waffle menjadi lebih manis. Mya tak boleh makan dessert yang terlalu manis. Nanti Mya cepat muak. Tiba-tiba ayah mengajak adik bermain badminton dan Mya pula bermain bola dengan Fikri. Dia sepak kita sambut. Asah kembali bakat bola jaring dahulu. Penat lah juga sebab dah lama tak exercise. Sakit seluruh badan terutamanya kaki. 

Kemudian, kami berhenti bermain untuk membantu ayah membakar sampah di belakang rumah. Mya mengaut daun yang telah ditebas oleh ayah uda. Kemudian, Mya mencampaknya ke dalam api. Badan Mya sangat berpeluh lebih-lebih lagi selepas bersukan. Tepat pukul 7.01 malam, Mya masuk ke dalam rumah untuk mandi dan bersiap untuk solat Maghrib. 

Selesai sahaja solat Maghrib dan mengaji, Mya menyambung menonton cerita di laptop. Sebelum emak menyuruh masak nasi  untuk makan malam. Mya memberitahu yang mya masih lagi kenyang dan mahu memakan Maggi sahaja. Sebenarnya tak nak makan nasi malam tu. Hehehehe.

Selepas itu, Mya masuk ke bilik dan menonton cerita. Akibat terlalu mengantuk, Mya mengambil air sembahyang sebelum tertidur sambil bermain game. Kerana terlalu penat, Mya tersedar dari mimpi buruk dan membaca 3 qul terus sebelum tidur kembali.

Esok hari terakhir Mya bercuti di kampung. Apa agaknya yang Mya lakukan pada hari terakhir ya?. Nantikannya ya.

See ya,

Love,
Mya Rosli

You Might Also Like

2 comments

  1. That was interesting. Activity tu semua sama macam kalau Tqa balik kampung, especially part bakar sampah tu haha then malam je buat hal sendiri tengok movie ke variety show ke kat laptop or ipad then tido. Can't wait for next story :)

    ReplyDelete
  2. samala.. bangun awal tu xde masalah. nak bangun dr katil lepas golek2 tu masalah hehe.
    berat naaaw rasa haha..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.

February to April Bloglist

Top Comments

Shoutbox

Sila tinggalkan link anda di profile atau di ruangan mesej. Mudah untuk saya blogwalking ke blog anda.