What A Tragic Holiday End - Lovely Sunshine What A Tragic Holiday End

What A Tragic Holiday End

WHAT A TRAGIC HOLIDAY END | Assalamualaikum. Ini adalah bahagian terakhir untuk What A Holiday. Mengambil masa nak update entri yang satu ini pun sebab tragic. Tak adalah tragic mana, cuma aktiviti yang dilakukan berakhir dengan kesakitan. Tak ada luka cuma mungkin terlalu sejuk. Cuaca panas terik, hujan turun sekejap-sekejap. Sakitlah yang dapat.

WHAT A TRAGIC HOLIDAY

Pada hari terakhir Cuti Tahun Baru Cina yang lalu, Mya bangun pagi seperti biasa. Cuma tak tahan dengan suhu yang sejuk, Mya bersin banyak kali lah juga. Bagi Mya itu biasa-biasa je. Setiap kali mandi pagi mesti kena. Tapi pagi itu Mya tak pergi kemana-mana pun. 

Lagipun, adik sepupu sepapat datang rumah. Datang buat apa? Meh kita cerita rutin diorang setiap kali Mya balik kampung. Mula-mula ajak adik Mya main badminton. Adik Mya memang taknak lah. Dia lebih suka main game. Tapi bila dah bermain dengan budak-budak. Ganas sangat. Budak-budak tu pula nak bermain dengan adik, bila sakit mulalah menangis. Lepas main game, tengok kartun pula kat televisyen. Macam-macam cerita kartun tengok. 

Nak advance sikit, main telefon adik. Adik nak main game pun tak senang. Budak-budak yang datang tu ada 4 orang. Adik beradik 2 orang; Damia dan Afdhal. Lagi 2 orang bernama Zahirah dan Baihaqi. Umur Zahirah, Baihaqi dan Afdhal bawah 6 tahun. Manakala Damia pula sudah berumur 9 tahun. 

Mya paling suka layan Baihaqi. Dia tak mudah menangis macam yang lain. Lagipun budak-budak ni suka datang sini sebab ayah Mya suka memberi. Banyak makanan dan minuman manis. Bila dah beri sekali, minta berkali-kali. Mya dengan family pun tak kisah sebenarnya kalau budak-budak ni datang makan sekalipun. Tapi bila berebut makan tu yang paling geram. Diorang ni pula suka memukul dan bergaduh. Itu yang paling Mya pantang.

Nasib baik ayah Mya, pakcik paling garang. Sebut je "nanti pak teh marah", terus senyap. Sementara menunggu pukul 4.30 petang, Mya layanlah kerenah Baihaqi tu. Dari makan nasi sampailah main telefon. Berebut telefon adik punya pasal. Mya buka Youtube dekat telefon. Bagi dia tengok puas-puas. Sambil melayan, terasa mengantuk pula. Dapatlah tidur sekejap.

Tepat kul 4.30 petang, alarm telefon berbunyi. Nak bersiap-siap pergi mandi Berkelah. Mya dah berjanji dengan sepupu kesayangan. Bukan selalu dapat cuti sekali. Sebelum tu, Mya siap tanya lagi tak pergi mana-mana ke? Nasib baik dia rancang nak bawa kita gi mandi. Mestilah dia yang drive. Dia je yang ada lesen.

Mya berjanji pada pukul 5, dia datang ambil. Mya siap minta izin ayah awal pagi lagi. Ayah izinkan. Bukan selalu anak perempuan dia ni berjalan. Tak sampai hati dengan Baihaqi yang tengah tengok Youtube tu. Kita berjanji lain kali kita tengok Youtube lagi. Apabila Masiraa dan family dah sampai, kita terus gerak. Ingatkan ayah cu ada juga. Rupa-rupanya sisters bonding termasuk mak cu. Senanglah sikit mandi, tak ada lelaki.

Sebelum ke Berkelah, kami singgah di kedai runcit untuk membeli makanan ringan untuk di makan. Sampai sahaja di Berkelah, kami mencari parking dari mula-mula masuk hingga ke tapak perkhemahan. Last-last patah balik ke tempat mula-mula masuk. Ramai orang sebab musim cuti katakan. Masiraa parking dan terus terjun. 

Mak cu juga ada bawa keladi rebus. Mya suka makan aiskrim keladi dan pengat keladi. Tapi ini kali pertama kot makan keladi rebus. Rasanya pelik. Entahlah. Sambil makan sambil mandi. Air sungai memang sejuk sangat-sangat. Baru rendam badan, dah menggigil. Sedaplah juga mandi sungai. Bergelak ketawa sambil belajar berenang. Dalam pukul 6.30 petang, kami bertolak balik ke rumah. Perjalanan tidak mengambil masa yang lama. 

Sampai sahaja di rumah, Mya bersihkan diri dan berkemas. Malam tu juga nak kena balik KL. Keesokannya Mya dah start kerja. Selepas sahaja selesai mandi, Mya mengalami selesema dan berasa panas di bahagian hidung dan mata. Sementara itu, ayah membuat keputusan untuk keluar lewat dari rumah. Adik melihat kesesakan yang agak panjang di media sosial LPT. 

Dengan itu, Mya mengambil kesempatan untuk tidur selepas Maghrib. Mya memang tak tahan. Asyik terbersin dan hingus asyik mengalir. Dengan mata yang menunjukkan hint untuk berehat. Sempatlah tidur sehingga pukul 10.30 malam. Badan terasa lemah dan tidak bermaya.

Kami bertolak dari rumah Kuantan pada pukul 11 malam. Kami ingatkan kesesakan di jalan raya telah berakhir. Rupa-rupanya semakin teruk. Ramai rupanya yang bercuti sehingga Tahun Baru Cina sahaja. Mya tersengguk-sengguk di dalam kereta. Dengan mengantuknya lagi, lampu kereta pula menyilaukan mata. Menyukarkan Mya untuk tidur. Bukan itu sahaja, pinggang Mya macam nak patah. Duduk terlalu lama dalam posisi yang tidak selesa. 

Perjalanan mengambil masa selama 5 jam daripada biasa. Kalau bukan musim cuti, paling lama pun 3 jam. Walaupun tak memandu pun penat. Dengan tak sihatnya, sampai rumah kul 4 pagi. Memang tak larat, balik fikir nak tidur je. Kul 7 pagi pulak, kena pergi kerja. Nasib baik musim cuti sekolah. Tak adalah bising sangat. Memang nikmat dapat baring, pinggang pun selesa. Selesema dah okay cuma tekak cepat perit dan berlendir. Apa-apa pun dah 1 minggu pantang benda manis. Tapi tekak nak juga air sejuk time-time panas ni. 

Cuti sekolah dah habis maka bermulalah kerja seperti biasa. Cuaca semakin panas, hujan pula kadang-kadang je turun. Bila dah turun sekejap pula. Bahang sentiasa terasa. Nak minum air sejuk boleh tapi tak boleh selalu. Bila cuaca macam ini, penyakit 3 serangkai mesti muncul. So, Mya nak nasihatkan bukan sahaja pada diri sendiri, tapi juga anda yang lain. Jagalah kesihatan masing-masing ya. Siapa yang tengah sakit tu, Mya doakan semoga cepat sembuh. 

Terima kasih sebab sudi baca entri dan sokong blog Mya ini. Itu sahaja untuk hari ini.

Lot's of love,
Mya Rosli

Post a Comment

1 Comments

  1. Semoga Mya dah kembali sihat.. Cuaca panas sangat emmang kena minum banyak air masak..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.