Minggu Sains dan Matematik Bahagian Dua - Lovely Sunshine Minggu Sains dan Matematik Bahagian Dua

Minggu Sains dan Matematik Bahagian Dua

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK BAHAGIAN DUA | Assalamualaikum, Hari ini Mya nak sambung lagi 4 stesen aktiviti Explorace Sains, Parachute, dan Roket Sains. Disebabkan sekolah ini mempunyai 2 sesi, aktiviti Explorace Sains bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga 6.45 petang mengikut jadual yang diberi. Pelajar terpaksa dikawal di stesen Who I Am dan Kenalpasti larutan. Mungkin di stesen ini, mereka seperti baru mengenali dunia sains.

minggu sains dan matematik

Stesen yang seterusnya iaitu stesen kelima, adalah Plant Transportation. Di sini kami menyediakan 5 buah bikar 2000ml yang diisi pelbagai perwarna makanan iaitu merah, oren, biru, hijau dan coklat. Kami juga meletakkan bahan utama sayur kubis di setiap bikar. Perubahan warna kubis berlaku di setiap bikar. Dan berdasarkan pemerhatian pelajar, jawab soalan yang disediakan. Soalan ini bukan sahaja susah bagi tingkatan 1, malah juga untuk tingkatan 5.

Di stesen keenam, kami sediakan 24 batang mancis untuk menyerupai nombor 5008. Dari 24 batang mancis itu, pelajar hanya boleh mengalihkan 2 batang mancis untuk menjawab soalan yanh diberi. Soalannya ialah Find the highest possible number by removing only 2 matches. Jawapan dikira betul jika nombor yang ditulis melebihi 5008. 

Untuk 2 stesen terakhir iaitu stesen Teka Silang Kata dan Tarsia, menguji minda pelajar berkaitan subjek sains dan pengetahuan am. Stesen Teka Silang Kata terbahagi kepada dua. Dalam bahasa Melayu, bagi Tingkatan 1, 2 dan 3. Manakala, bagi Tingkatan 4 dan 5 pula dalam bahasa Inggeris. Semua soalan berkaitan subjek Sains. 16 soalan untuk menengah rendah dan 20 soalan untuk menengah atas.

Minggu Sains dan Matematik
Teka Silang Kata Menengah Rendah

Minggu Sains dan Matematik
Teka Silang Kata Menengah Atas

Bagi stesen terakhir pula, Stesen Tarsia. Pelajar diberi 3 helai soalan beserta jawapan. Pelajar perlu padankan setiap soalan dengan jawapan yang betul. Pelajar perlu menggunting dan menampal soalan beserta jawapan di kertas mahjung yang disediakan. Bentuk akhir jawapan Tarsia tersebut perlulah seperti gambar di bawah.

Minggu Sains dan Matematik
Jawapan akhir Tarsia

Pelajar perlu selesaikan soalan dalam masa yang ditetapkan. Pemenang dipilih berdasarkan markah tertinggi setiap tingkatan. Hadiah diberikan kepada johan, naib johan dan tempat ketiga sahaja. Selesai sudah penjelasan tentang aktivti Explorace Sains. 

Bagi aktiviti Parachute. Setiap tingkatan dibenarkan menyertai dan perlu membentuk kumpulan. 1 kumpulan 2 orang sahaja. Parachute perlu dibuat atas kreativiti pelajar. Aktiviti dilakukan  dari tingkat 3 blok A. Masa yang paling lama sampai ke tanah adalah pemenang. 

Manakala aktiviti Roket Air pula, pelajar perlu membentuk 1 kumpulan 3 orang. Aktiviti ini terbahagi pada 2 kategori iaitu Jarak Jauh dan Target. Roket air paling jauh dikira sebagai pemenang. Kategori target pula roket air perlu mengenai sasaran yang diberi. Pelbagai bahan yang pelajar masukkan ke dalam roket mereka untuk jarak jauh.

Alhamdulillah, Minggu Sains dan Matematik 2019 berjalan dengan lancar. Kami juga mengambil beberapa helaian permainan sudoku hanya untuk suka-suka. Compete sesama sendiri dalam mendapatkan jawapan. Aktiviti ini menaikkan semangat serta menguji minda pelajar dan pembantu makmal. Walaupun memakan masa berhari-hari, kami tidak putus asa.

Walau bagaimana pun, 2 daripada 5 orang pembantu makmal sahaja yang dapat menyelesaikan sudoku. Paling tidak disangka bagaimana pelajar dapat menyiapkan dalam masa yang singkat. Salute for those who got the right answer.

Terima kasih kerana membaca entri untuk kali ini. Itu sahaja cerita Minggu Sains dan Matematik SMKTC 2019. Sehingga kita bertemu lagi.

Yang Ikhlas,
Mardhiyyah Rosli

Post a Comment

1 Comments

  1. bagus tul ada minggu sains n maths mcm ni. dpt memupuk minat murid2 kpd sains n maths!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.