Pelantikan Pembantu Makmal C19 - Lovely Sunshine Pelantikan Pembantu Makmal C19

Pelantikan Pembantu Makmal C19

PELANTIKAN PEMBANTU MAKMAL C19 | Assalamualaikum, Temuduga berlangsung pada November 2017, tapi selepas pencapaian semasa temuduga boleh dijangka. Mya berhenti berharap dan fokus pada kerjaya semasa. Biarlah Mya mencari pengalaman kerja dahulu, sebelum mencari kerja di sektor kerajaan. Alhamdulillah, pada Oktober 2018 Mya mendapat sms serta keputusan atas talian SPP. Mya mendapat surat tawaran pelantikan pembantu makmal C19.

Pelantikan Pembantu Makmal C19

Penantian untuk menerima surat rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia agak terseksa. Masa itu, Mya ingatkan sebulan lepas tu terus masuk kerja. Apalagi Mya cepat-cepat buat notis berhenti kerja. Notis di tempat kerja semasa perlulah sebulan sebelum berhenti kerja. Mungkin Mya tak tahu prosedur di kerajaan. Mya prepare awal-awal.

Cuba bayangkan:
Mya berhenti kerja bulan 11. KPM minta alamat rumah bulan 10/11 macam tu. Surat tak sampai-sampai lagi. Telefon KPM balik, rupa-rupanya tarikh pelantikan Januari 2019.

Dua bulan Mya menganggur di rumah sambil-sambil itu, updatelah blog. Mya mendapat surat daripada KPM pada pertengahan bulan Disember 2018. Finally, surat yang ditunggu sudah tiba. Kini tiba pula masa untuk pelantikan. Tapi nak tahu tak, yang paling menarik tentang pelantikan ini adalah tarikh dia. 15 Januari 2019, tarikh bersejarah dalam hidup Mya. 15 Januari ini juga menunjukkan usia makin bertambah setiap tahun. Tapi sebelum itu, kita kena beli barang persediaan dan lengkapkan borang yang diberi.

Antara dokumen-dokumen yang perlu dikepilkan sekali semasa pelantikan ialah:-

Surat tawaran
Surat setuju terima tawaran
Surat aku janji
Borang perubatan serta cop makmal klinik
Salinan Kad Pengenalan
Salinan KWSP
Salinan No Akaun Bank

Mya sediakan 5 salinan untuk setiap senarai yang diberi. 

1 salinan untuk SPP
1 salinan untuk pejabat sekolah
1 salinan untuk simpanan di tempat kerja
2 salinan untuk simpanan peribadi

Pada hari perlantikan tersebut, taklimat diadakan di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada hari tersebut, mak dan ayah yang menghantar ke JPWP. Kami bertolak awal pagi bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan mengalas perut sebelum bergerak ke taklimat. Bilangan yang hadir tidak melebihi 30 orang kerana kami calon simpanan. Semua calon menetap atau berasal dari Kuala Lumpur.

Taklimat berlangsung selama 2 hari. Di mana hari pertama, jemputan VIP memberi taklimat tentang pengesahan dalam perkhidmatan serta perkara-perkara yang perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari. Tidak lupa juga bertemu dengan ketua pembantu makmal yang berkongsi pengalaman sepanjang dia bekerja. Dia juga memberi semangat kepada kami dan mengucap selama berjaya.

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Penempatan sekolah bagi semua calon yang dilantik. Mya ingat kan surat tu perlu bagi macam biasa sahaja, tak perlu naik pentas. Rupa-rupanya sebiji macam penyampaian hadiah. Masa terima surat tu, doa banyak-banyak supaya dapat kawasan sekitar rumah sahaja. Alhamdulillah, doa dimakbulkan walaupun bukan area Bandar Tun Razak.

Mya ditempatkan di SMK Taman Connaught, Kuala Lumpur. Mya perlu melapor diri keesokkan hari pada pukul 7.30 pagi. Mya bersama seorang lagi rakan mendapat sekolah yang sama. Tak adalah Mya berasa kekok berada dikalangan guru-guru dan rakan senior yang lain. Sekolah ini mempunyai 2 sesi, dan Mya mengambil sesi petang; 9.45 pagi hingga 6.45 petang.

Alhamdulillah. Mya sudah 4 bulan bekerja. Kerjasama antara rakan senior dan guru-guru sangat baik. Mya berasa gembira dan puas hati dengan penempatan yang diberi. In sha Allah Mya akan terus mencuba dan berusaha sehingga ke akhirnya.

Dengan itu, berakhir sudah entri kali ini. Entri ini hanya perkongsian peribadi. Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,
Mardhiyyah Rosli

Post a Comment

14 Comments

  1. Alhamdulillah.. Selamat berkerja.. Semoga semuanya baik-baik dan lancar buat Mya..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..... Yg sy paham perjalanan iv pembantu makmal spp awak ni.... Lepas iv tu dlm setahun awak tak dpt results kan? Lepas tu bila check lg baru dpt berjaya kan? Jadinya awak tak tau awak calon simpanan kan..... Ok kes sya pulak dah dapat jawapn calon simpanan cumanya sy nak tau nnt akan dipanggil cara mcm mana by email surat or sms calon simpanan ni? Bila sy cari2 tak jumpa mcm mana cara nk dipanggil tu nnt? Kot2 awak tau caranya... Hehheh.. Tq in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam saya, mula2 dapat sms suruh cek portal spp yang diberi. dah dpt sms, terus proceed ke portal.

      Delete
  3. Salam. Saya dapat jugak tawaran ni untuk lapor diri. Tp sy masih tggu surat dari KPM. Memang surat dari KPM lama ke kena tunggu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Macam mana keputusan? Surat sudah sampai ke? Yup. Hampir 2 bulan juga. Tawaran bulan 10, surat sampai bulan 12.. Lapor diri bulan 1. Apa2 pun semoga berjaya.

      Delete
  4. Assalam, nak tanya taraf pendidikan awak apa ya? kalau deg lepas tak mohon pembantu makmal ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Saya diploma. In sha allah lepas, sebab kelayakan SPM.

      Delete
  5. Salam, saya lulus iv SPP as pembantu makmal. Sekarang tngh tunggu penempatan dan tarikh lapor diri. Boleh saya tahu nombor KPM yg mana yg boleh saya call untk nak tahu tarikh lapor diri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm saya KPM yang call dulu, untuk pengesahan alamat. Baru saya call balik. Tapi saya tak save no KPM.

      Delete
  6. Salam, saya pun dah lulus iv spp as pembantu makmal, masih menunggu surat lapor diri & penempatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mardhiyyah RosliTuesday, 26 July, 2022

      Alhamdulillah

      Delete
    2. Maaf saya nak bertanya, lps dh dpt surat tawaran tu ada apa² kita kena buat ke sebelum tunggu surat lapor diri. Maksud saya mcm kena bgi maklum balas ke kat spp untuk terima tawaran tu?

      Delete
  7. asalammualaikum , maaf nak bertanya , hari mula bertugas selepas 1 hari tarikh lapor diri tu ke ? macam lapor diri 17 hb , 18 hb tu dah start bertugas ke di penempatan masing masing ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. nanti masa lapor diri, jabatan akan bagi surat penempatan. kebiasaanya sehari selepas lapor diri atau taklimat pelantikan baru.

      Delete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.