Persiapan Hari Raya Bahagian Pertama - Lovely Sunshine Persiapan Hari Raya Bahagian Pertama

Persiapan Hari Raya Bahagian Pertama

PERSIAPAN HARI RAYA BAHAGIAN PERTAMA | Assalamualaikum.. Hari ini Mya nak cerita aktiviti aka persiapan hari raya yang berlaku pada hujung minggu lepas. Sepatutnya, rancangan untuk pulang ke kampung adalah sehari lebih awal. Mungkin waktu sudah lewat malam, ayah terlalu penat untuk memandu kerana baru pulang dari kerja. Kami tangguhkan perjalananan keesokan hari.

Persiapan Hari Raya Bahagian Pertama



SABTU, 18 MEI 2019

Kami bertolak ke Kuantan dari pukul 7.15 pagi bagi mengelak kesesakan jalan raya. Rupa-rupanya perjalanan berjalan dengan lancar dan tiba awal dari waktu yang sepatutnya. Kami mengubah sedikit rancangan kami dengan melawat kedai Mama Kek. Pemilik kedai ini ialah kawan sekolah Mak mya. Dia menjual pelbagai jenis kuih untuk sambutan raya kali ini antaranya, tat kek, almond london, biskut makmur, bertih coklat, biskut kelapa goreng, mazola, kuih siput, kacang salut, jejari udang dan lain-lain. Harga mampu milik. Kami sangat meminati kuih tat kek yang berintikan nenas. Sangat lembut dan addicted.

Kami membeli beberapa jenis kuih termasuk 2 balang tat kek. Emak juga membeli sayur-sayuran yang ditanam di tepi rumah Mama Kek seperti sayur sawi, terung dan cili api. Selesai sahaja urusan jual beli kami di sini, kami terus menuju ke Pasar Besar Maran untuk membeli barang untuk dijadikan juadah berbuka. Ayah dan emak membeli beberapa ekor ikan, taugeh, tauhu, santan, bawang dan tembikai susu. Selepas itu, kami terus pulang ke rumah di Kampung Paya Bungor, Kuantan. 

Sampai sahaja di rumah Kuantan, Mya dan adik membawa masuk barang ke dalam rumah dan menyapu lantai di ruang tamu dan setiap bilik tidur. Selepas selesai menyapu lantai, kami berehat di bilik masing-masing atau ruang tamu rumah sehingga terlelap. Kemudian, ayah mengajak untuk Solat Zohor berjemaah di rumah. Selesai sahaja solat berjemaah, Mya berehat sebentar sambil bermain game. Mya terjaga pada pukul 4.50 petang apabila ayah mengejut supaya bangun dan terus Solat Asar. Ayah mengajak Mya dan adik ke bazaar ramadhan untuk membeli sedikit kuih muih untuk dijamu. 

Di bazaar ramadhan Maran ini, walaupun tidak semeriah di Kuala Lumpur. Harga untuk sebahagian makanan agak berbaloi kerana saiznya yang besar. Antaranya ialah ayam golek. Siap queue panjang lagi itu. Dekat sini pelbagai jenis ayam yang dijual; ayam percik, ayam madu serta ayam golek tadi. Pelbagai kuih muih turut dijual di situ. Kami membeli puding karamel, buah melaka dan puding raja. Mak yang suruh beli puding raja. Mya fikir ada ke, macam mana bentuk dia. Tak pernah jumpa. Tapi harga dia memang sesuai dengan nama diberi. RM 5 sebekas kecil. Kemudian, kami pulang ke rumah.

Kami bersiap sedia sambil menunggu waktu berbuka. Kami berbuka nasi berlaukkan gulai asam ikan, masak lemak tauhu dan tauge serta ayam yang dibeli di bazaar ramadhan tadi. Kemudian, kami menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih di rumah sahaja. Selepas itu, kami berehat sambil menonton televisyen sebelum masuk tidur.

# Sebenarnya Mya nak sambung cerita lagi untuk hari Ahad dan Isnin. Tapi takut entri panjang sangat. So, kita berhenti di sini dahulu. Mya akan sambung cerita di entri Persiapan Hari Raya Bahagian Kedua.

Yang Ikhlas,
Mardhiyyah Rosli.

Post a Comment

0 Comments