Potluck PreRamadhan Kelas Mengaji - Lovely Sunshine Potluck PreRamadhan Kelas Mengaji

Potluck PreRamadhan Kelas Mengaji

POTLUCK PRERAMADHAN KELAS MENGAJI | Assalamualaikum.. Hari ini Mya nak throwback potluck preRamadhan yang berlangsung pada hari Selasa yang lalu. Kami mengadakan jamuan makan sebelum tibanya bulan Ramadhan. Bukan itu sahaja, kelas kami iaitu Pusat Mengaji Al-Baghdadi akan berpindah ke bangunan baru yang lebih luas dari yang sekarang. Tidak begitu jauh tempatnya, hanya seberang jalan sahaja. Mya akan ceritakan apa yang berlaku sebelum dan selepas jamuan kelas. 

Seperti biasa kelas mengaji dijalankan dari pukul 8.30 malam sehingga pukul 10.30 malam. Semasa jamuan ini dirancang, kami membahagikan kepada 3 kumpulan iaitu makanan berat, pencuci mulut dan air serta buah-buahan. Kami sangkakan satu kumpulan, satu makanan. Rupa-rupanya lebih dari satu makanan. Mya dan emak daripada kumpulan makanan berat. Sebenarnya, kumpulan kami merancang untuk membawa mihun goreng dan nasi lemak sahaja. 

Tapi pada hari yang dinanti-nantikan. Pada permulaan kelas, Mya terfikir jadi ke jamuan malam ini. Ramai lagi yang tak datang ini. Kalau ikutkan, mak Mya baru je pulang dari kampung. Keadaan di jalan raya sesak disebabkan cuti umum pada 1 Mei 2019. Dari nasi lemak bertukar sate ayam sahaja. Kesuntukan masa untuk mencari nasi lemak pada waktu malam agak sukar. Ketua perancang pun tidak hadir lagi.

Selepas beberapa minit, orang hadir dengan bawa makanan di sisi. Pelbagai jenis makanan yang mereka bawa. Tapi yang paling tidak disangka ialah kumpulan pencuci mulut. Cuba bayangkan, kumpulan pencuci mulut ada 9 orang. 3 orang tidak hadir, tapi ada seorang di antara mereka menghantar 2 ice box yang penuh dengan desserts. Manakala lagi 6 orang, membawa makanan ringan setiap seorang. Bukan sikit tau, pelbagai jenis. 

Kami mulakan kelas dengan pembelajaran terakhir huruf hijaiyah iaitu Pelajaran 5 sebelum bermulanya bacaan Al-Quran di bulan Ramadhan nanti. Sepanjang kelas berlangsung, sambil belajar ada terselit gelak ketawa, kerana bau makanan yang menaikkan selera makan. Sampaikan kami tidak fokus semasa membaca latihan di hadapan. Selesai sahaja, sesi pembelajaran di dalam kelas. Kami menyusun meja untuk menghidangkan makanan yang dibawa. 

Bukan calang-calang jamuan ini, betul-betul grand. Terlalu mewah dengan makanan. Ustaz Wan pun terkejut dengan makanan yang banyak. Sebelum sesi menjamu selera, kami meminta Ustaz Syakir untuk menangkap gambar. Kemudian, kami mengajak 2 lagi kelas berlainan untuk turut serta. Rupa-rupanya, ada 1 kelas lagi juga turut mengadakan jamuan makan bagi menyambut perpindahan pusat mengaji. Kami bergabung dan satukan makanan di atas meja. 

Potluck PreRamadhan Kelas Mengaji
Potluck PreRamadhan


Potluck PreRamadhan Kelas Mengaji
Candid

Majlis kami dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Khidir dan terus menjamu selera. Kami tak tahu nak mula dengan apa dahulu. Pilihan makanan terlalu banyak. Meh sini Mya nak senaraikan makanan mengikut kumpulan ya. Kumpulan pertama; makanan berat. Kumpulan ini membawa mihun goreng, nasi dagang dan sate ayam. Manakala kumpulan pencuci mulut membawa pelbagai jenis pencuci mulut serta makanan ringan. Antara makanan yang dibawa oleh mereka ialah roti jala, tauhu bergedil, kuih ketayap, fruit tart, kek batik, kek marble, tiramisu cheesecake, pandan cheesecake dan puding karamel. 

Bagi satu-satunya kumpulan lelaki di dalam kelas, mereka membawa pelbagai jenis air kotak dan buah-buahan seperti buah anggur dan buah nangka. Tidak lupa juga, makanan yang dibawa oleh kelas lain iaitu Domino's pizza dan nasi lemak. Memang terlalu meriah. Ada juga yang bergurau makanan siapa yang habis dahulu. Disebabkan Mya dah makan di rumah, Mya hanya mengambil makanan ringan seperti fruit tart, kek batik, sekeping pizza, air kotak, dan cheesecake.

Waktu telah mencecah pukul 10.30 malam. Kami membahagikan makanan untuk dibawa pulang kerana banyak lagi lebihan makanan yang ada. Ada juga kami memaksa ustaz-ustaz untuk menghabiskan makanan yang tidak dibawa pulang. Ustaz pun terpaksa terima dengan rela. Walaupun perut dah kenyang. Hehehehe. Mya dan emak membungkus makanan untuk dibawa pulang bagi mengelakkan pembaziran.

Antara makanan yang dibawa pulang ialah mihun goreng, nasi dagang, roti jala, beberapa cucuk sate, cheesecake, puding karamel, fruit tart, kek batik, buah nangka dan beberapa kotak air minuman. Most of them, mak yang bawa balik sebab nak kemas meja jamuan sebelum pukul 11 malam. Dah sampai rumah, baru terasa nak makan. Hehehehe. 

Apa-apapun jamuan potluck kali pertama ini berjalan lancar. Alhamdulillah, bulan Ramadhan sudah tiba. Pelajaran Al-Quran diteruskan pula di bulan yang mulia ini. Dengan ini, Mya meminta maaf jika ada terkasar bahasa atau terguris hati samaada secara berdepan mahupun di dalam entri. Mya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Sekian, terima kasih.

Love,
Mardhiyyah

Post a Comment

3 Comments

  1. salam sis, memang best kalau dapat buat pot luck dengan kawan-kawan kan, first time singgah sini, done follow u sis:)

    ReplyDelete
  2. meriah juga dengan pelbagai juadah tu. banyak juga tu

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.