Drama: The Fiery Priest - Lovely Sunshine Drama: The Fiery Priest

Drama: The Fiery Priest

DRAMA: THE FIERY PRIEST

Drama: The Fiery Priest
Sumber: Google

Pelakon: Kim Nam Gil, Kim Sung Kyun, Lee Hanee, Geum Sae Rok, Go Joon, Kim Hyung Mook, Jeong Sung Woo, Baek Ji Won

Genre: Comedy Crime
Channel: Seoul Broadcasting System (SBS)
Episod: 40 Episod
Tarikh Tayangan: 15 Februari - 20 April 2019

SINOPSIS

The Fiery Priest adalah drama Korea yang menghiburkan hati. Bukan sahaja karakter yang lucu tetapi jalan cerita pun sangat menarik. Memang sesuai ditonton seisi keluarga. Genre bagi drama The Fiery Priest ini ialah comedy crime. Di dalam penyiasatan jenayah, terselit adegan-adegan lucu yang mencuit hati.

The Fiery Priest ini mengisahkan seorang paderi yang panas baran. Tidak kira usia, jika seseorang itu membuat kesalahan. On the spot, dia tengking. Sampai orang takut dengan dia. Sedangkan dia seorang paderi. Kim Hae Il, paderi yang dipindahkan sementara ke Gudam-gu. Di Gudam-gu ini, paderi ini telah dididik dengan kasih sayang oleh seorang paderi tua. Paderi Lee menyayangi paderi Kim seperti anaknya sendiri meskipun sikap paderi Kim itu mengguris hati. 

Genre crime ini mula terserlah apabila Paderi Lee ditemui mati bunuh diri di kawasan pergunungan berdekatan. Ramai yang tidak menyangka yang paderi sebaik itu boleh membunuh diri terutamanya paderi Kim. Paderi Kim tidak puas hati dengan hasil siasatan polis tentang kejadian itu. Muncullah adegan-adegan lucu yang mencuit hati. Di sini bermulalah perkenalan di antara paderi Kim, pendakwa Park Kyun Sun dan detektif Goo Dae Young. Paderi Kim tiada bukti yang kukuh kerana dia tidak dibenarkan melihat mayat paderi Lee. 

Drama: The Fiery Priest
Sumber: Google

Disebabkan itu, dia telah menyerang detektif Goo Dae Young sehingga patah hidungnya. Apa yang pelik, semua ahli politik di situ termasuk ketua majlis perbandaran Gudam-gu tidak mahu membantu paderi Kim dalam mengetahui punca kematian paderi Lee. Paderi Kim membuat rancangan untuk mengenal pasti punca kematian berdasarkan kecederaan pada mayat mangsa. Dia meminta rakannya yang bekerja di NIS untuk melihat mayat mangsa secara curi-curi. 

Berdasarkan pemerhatian rakannya, paderi Lee mati disebabkan kecederaan yang parah di bahagian kepala dan kesan cengkaman tangan di bahagian bahu mangsa. Yang paling tidak disangka, paderi Kim menulis surat ke Paus di Vatican City untuk meminta bantuan. Akhirnya, Presiden Korea mengarahkan kes dibuka semula dan siasatan perlu dijalankan. Siasatan ini perlu dijalankan semula oleh seorang detektif yang terpilih di samping paderi Kim. 

Babak di antara dua orang karakter ini tidak kering gusi melihatnya. Sangat kelakar. Seperti karakter mereka bertukar. Paderi jadi detektif yang menyiasat. Manakala detektif jadi paderi yang bertolak ansur dalam mencari bukti. Lama-kelamaan hubungan antara mereka sangat rapat seperti rakan karib. Mereka sering saling bantu membantu walaupun riak muka menunjukkan 'aku tak nak terserempak dengan dia pun'. Kebetulan dia ada berdekatan dengan aku.

Saksikan bagaimana cara paderi Kim menyelesaikan kes paderi Lee? Dalam masa yang sama membentuk pasukan dalam membanteras jenayah yang berlaku di Gudam-gu. Paderi Kim juga pandai berlawan musuh sehingga orang lain tidak tahu siapa sebenarnya paderi Kim ini. Ramai terkejut dengan identiti sebenar paderi Kim. Siapakah dalang si sebalik kematian paderi Lee? Semuanya terjawab di dalam drama The Fiery Priest.

Post a Comment

2 Comments

  1. Wah.. menarik nie.. lama pula tak tengok drama korea nie..

    ReplyDelete
  2. suka heroin diaa! lesung pipit dia yang cantik and lakonan dia sangat best! :D

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.