A'Bloom Collection by Althea - Lovely Sunshine A'Bloom Collection by Althea

A'Bloom Collection by Althea

A'BLOOM COLLECTION BY ALTHEA | Assalamualaikum..Hari ini nak kongsikan pendapat tentang A'Bloom collection. A'Bloom collection ini boleh didapati di laman web Althea. Sebelum kita cerita lebih panjang tentang A'Bloom ini. Mya nak cerita sikit tentang pembelian kali ini. Sebelum 3 Jun yang lalu, apabila membeli barang Althea sebanyak 2 item ke atas, secara automatik penghantaran adalah percuma. Beli 3, 5 atau 7, free shipping akan diberi. 

So, apabila Mya mendapat emel daripada Althea mengenai notis terbaru penghantaran percuma tersebut. Mya terus berkira-kira untuk membeli beberapa produk daripada Althea. Waktu itu, di media sosial terutamanya daripada rakan blogger dan althea angels sibuk memperkenalkan koleksi terbaru iaitu A'Bloom. Mya membeli koleksi A'Bloom sebelum tarikh yang ditetapkan. Tapi tak bermaksud Mya berhenti shopping di Althea. Boleh beli, tapi kena beli banyak-banyak, baru berbaloi. Penghantaran percuma akan diberi pada pembelian RM99 ke atas tidak termasuk promosi dan diskaun.

Koleksi A'Bloom ini mempunyai packaging yang sangat comel. Di dalam koleksi A'Bloom ini terdapat Fruit Mask, BHA Blackhead Blaster, Giant Meringue Puff dan Baby Meringue Puff. Bagi A'Bloom Fruit Mask ini terdapat 4 jenis iaitu Nourishing Avocado, Anti Blemish Peach, Moisturizing Watermelon dan Brightening Lemon Lime. Setiap mask ada kebaikannya yang tersendiri untuk kulit. Untuk kulit sensitif seperti Mya, seeloknya memilih Anti Blemish Peach. Ac-me-peach ini membersihkan dan melegakan kerengsaan kulit sensitif. Ia juga dapat mengawal minyak, seimbangkan kelembapan dan membersihkan kulit supaya lembut dan halus. Mengandungi ekstrak buah peach dan tea tree oil.

A'Bloom Collection by Althea
Anti Blemish Peach Mask

A'Bloom Collection by Althea
Moisturizing Watermelon & Nourishing Avocado

Bagi Nourishing Avocado mask pula, kaya dengan antioksida untuk memberi dan melindungi kulit dari faktor environment. Mask ini juga boleh mencegah kedutan terutamanya di bahagian mata. Avo-cuddle-me ini mengandungi ekstrak avocado dan ekstrak bunga raya (hibiscus). Kepada sesiapa yang mempunyai kulit kering, boleh mencuba Moisturizing Watermelon Mask. Mask ini menyerap dan memberi kelembapan yang berpanjangan. Water-me-long ini menggabungkan ekstrak tembikai dan lavender bagi menenangkan minda. Relax and chill while wearing it.

Dan yang terakhir ialah Brightening Lemon Lime Mask. Mask ini mengurangkan bintik-bintik hitam dan mencerahkan kulit kusam. Kandungan Vitamin C yang banyak dari ekstrak buah lemon dan lime mengurangkan bintik-bintik hitam. Manakala ekstrak teh hijau pula meningkatkan kecerahan kulit.

A'Bloom Collection by Althea
BHA Blackhead Blaster

Item seterusnya dari A'Bloom ialah BHA Blackhead Blaster. Blackhead Blaster ini boleh membuang blackhead dan whitehead tanpa rasa sakit. Cara menggunakan sangat mudah. Lembut di muka dan tidak irritated. Pastikan muka telah dicuci dahulu. Sapukan di bahagian T-zone atau seluruh muka secara memutar. Kemudian, bilas dengan air suam.

A'Bloom Collection by Althea
Giant Meringue Puff

A'Bloom Collection by Althea
Baby Meringue Puff

Item yang paling comel dan yummy dari A'Bloom ialah Giant Meringue Puff dan Baby Meringue Puff. Seperti biasa puff digunakan untuk blend makeup secara sekata dan lebih detailed. Puff ini boleb digunakan dalam keadaan lembap mahupun kering. Giant Meringue Puff boleh digunakan bila-bila masa, cepat dan sekata. Manakala Baby Meringue Puff ini boleh meratakan powder, foundation dan concealer di tempat yang lebih terperinci seperti bahagian mata, hidung dan mulut.

Mya dah cuba Anti Blemish Peach Mask dan BHA Blackhead Blaster. Bagi Mya, Ac-Me-Peach mask sangat selesa dan menyegarkan. Letak sahaja di muka, terasa sejuk dan sedikit berangin. Mya masih tak biasa lagi dengan cara pemakaian mask yang betul. Senget benget sedikit terutamanya di T-zone. Mya pakai selama 10 minit dan ratakan mask essence ke seluruh muka. Muka terasa lembut dan refreshing. Terasa lembut di tangan. Untuk BHA Blackhead Blaster pula, Mya sangat teruja dengan bentuknya. Mudah digunakan. Hanya sapukan di bahagian T-zone, kemudian cuci. Buat masa ini, Mya baru cuba 2 item ini. In sha allah, ada masa lapang Mya kongsikan item yang lain pula ya.

Itu sahaja entri tentang A'Bloom Collection by Althea. Blooming like Flower. Bloom Bloom. Jika ada kesilapan, haraf dimaafi. Terima kasih sudi membaca.

Love,
Mya Rosli

Post a Comment

3 Comments

  1. hi singgah blogwalking sini..done follow ^_^ salam ukhuwah

    ReplyDelete
  2. wah. mya pun one of the angels :)
    tahniah.
    nice koleksi althea ni. comel pun ye jugak.
    terutama puff tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, mya bukan althea angels. mya cuma suka pakai produk althea je

      Delete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.