Resepi Cornflakes Nutella - Lovely Sunshine Resepi Cornflakes Nutella

Resepi Cornflakes Nutella

RESEPI CORNFLAKES NUTELLA | Hari ini Mya nak kongsi resepi yang baru belajar pada hari Sabtu yang lalu. Resepi ini adalah salah satu aktiviti semasa di sekolah. Sepatutnya Mya belajar resepi ini sebelum raya. Sekarang dah nak dekat habis raya, baru nak belajar. Sebelum ini, Mya tengok cara nak buat resepi ini melalui video sahaja. Now, live depan mata lagi tu.

Mya memang suka makan biskut ini sebab biskut ini disaluti coklat. Favourite Mya pula tu. Mana boleh ketinggalan. Biskut ini sangat mudah dibuat dan tidak mengambil masa yang lama. Biskut Cornfllakes Nutella ini tidak memerlukan bahan yang banyak.

CORNFLAKES NUTELLA

Resepi Cornflakes Nutella

BAHAN-BAHAN

50g badam cincang - disangai
125g kepingan badam - disangai
300g coklat gelap
200g coklat putih
100g nutella - anggaran 3 sudu besar
500g baby cornflakes

CARA-CARA

1.Masukkan dark chocolate dan white chocolate ke dalam mangkuk. Cairkan menggunakan teknik double boiler.
2.Kemudian, masukkan 3 sudu besar nutella ke dalam adunan chocolate tadi. Kacau sehingga sebati. Jangan lupa tutup api ya.
3.Lepas dah sekata, masukkan pula baby cornflakes dan kepingan badam. 
4.Gaul sehingga cornflakes disaluti chocolate.
5.Masukkan adunan ke dalam paper cup.
6.Taburkan badam cincang di atas adunan tadi.
7.Sejukkan cornflakes nutella tadi di bahagian freezer selama 5 minit.

Resepi Cornflakes Nutella

Simple sahaja resipinya. Mudah pula tu. 

Kalau tak nak campur nutella pun boleh. Ikut kreativiti masing-masing. Nak buat cornflakes madu pun boleh. Cuma lain bahan sahaja. Baby cornflakes ni pula boleh didapati di kedai bakeri. Jika ada sesiapa yang menggunakan Cornflakes yang biasa tu, kena ramas sedikit. 

Mya tak dan nak merasa yang dah siap. Tapi tengok orang lain makan, macam sedap. Nutella kan. Semua sedap. Ada video live, tapi kena edit, sebab banyak background music. Ini adalah gambar-gambar aktiviti pembuatan Cornflakes Nutella.

Resepi Cornflakes Nutella

Resepi Cornflakes Nutella

Resepi Cornflakes Nutella

Itu sahaja untuk hari ini. Terima kasih kerana membaca.

Love,
Mardhiyyah Rosli

Post a Comment

3 Comments

  1. pos ke seremban sini sikit diyaa hahahaha. dah la kc suka coklat!

    jemput join segmen blog kc diya :D http://www.sayidahnapisah.com/2019/06/segmen-9-juta-special-bloglist.html

    ReplyDelete
  2. cornflakes gini, memang laku keras lah kat umah aida, mya.
    anak2 memang penggemar.
    cornflakes kosong pun jadik makanan diorang :)
    apatah lagi bersalut nuttella gini. yum yum yum...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.