A Day Before The Trip

14:00

Assalamualaikum

Trip kali ini sudah lama dirancang. Lokasi yang dipilih adalah destinasi percutian pilihan Mya. Lokasi ini dipilih kerana hampir seluruh keluarga besar belah Mak telah pergi ke sini. Sebenarnya, keluarga Mya telah pergi ke lokasi ini pada 6 tahun yang lalu. Mya seorang sahaja yang belum pergi kerana masih belajar di UiTM Machang, Kelantan. Tempat belajar yang jauh menyukarkan Mya untuk pulang ke rumah.

Pada tahun 2013, keluarga Mya telah pergi bercuti ke Pulau Tioman. Banyak kali juga kena tinggal sebab terlalu jauh. Mya hanya pulang apabila cuti semester atau pun cuti pertengahan. Apabila melihat gambar aktiviti mereka yang menarik, Mya merasa sedih sebab tidak dapat ikut sekali. Ini adalah antara sebab Pulau Tioman menjadi destinasi pilihan. Jika ada peluang, Mya pasti mengikutinya.

Impian menjadi kenyataan. Selepas sahaja percutian ke Tasik Kenyir pada tahun lepas. Mak memberitahu bahawa rakan-rakannya merancang untuk pergi ke Pulau Tioman pada tahun ini. Mya sangat gembira kerana diberi peluang kedua untuk mengikuti percutian kali ini. Harap-harap Mya mendapat kelulusan untuk bercuti pada hari tersebut.

Pada mulanya mereka merancang untuk pergi pada cuti sekolah. Mya sangat gembira kerana boleh mengambil cuti lebih dari satu hari. Tapi rancangan tidak menjadi atas kesibukan masing-masing. Rupa-rupanya tarikh yang dipilih untuk ke Pulau Tioman ialah pada 26-28 Julai 2019. Walau bagaimanapun, ada halangan yang perlu Mya tempuhi dahulu. 

Mya telah memohon cuti pada awal bulan Julai bagi mengelak benda yang tak diingini berlaku. Tetapi 2 hari sebelum Mya mengikuti percutian ini, Mya telah mendapat surat ke Kursus Teknik Menjawab Peperiksaan pada 25 dan 26 Julai 2019. Why? Kenapa tarikh bertindih? Kenapa suka beritahu last minute? Surat tiba berserta senarai nama. Walau bagaimanapun, nama Mya hanya ada pada senarai yang bertarikh 25hb Julai 2019. Mya berharap sangat-sangat yang Mya hanya perlu datang pada hari Khamis sahaja. 

Semasa menjalankan kursus di Putrajaya, Mya mendapati kursus hanya dijalankan satu hari sahaja bagi jawatan pembantu makmal. Mya sangat bersyukur kerana dapat bercuti ke Pulau Tioman keesokan hari. Tak sabar rasanya nak mandi laut. Yeayy.

Hari Khamis adalah hari yang memenatkan kerana dari pagi sehingga malam tiada rehat. Balik sahaja dari kursus, Mya perlu mengemas baju untuk dibawa bercuti. Mya dan keluarga bertolak ke rumah di Kuantan selepas solat Isyak. Kami sampai di Kuantan pada pukul 12 tengah malam. Kami terus masuk tidur kerana perlu bertolak awal pagi esok.

Itu sahaja untuk entri kali ini. Terima kasih.

Love,
Mya Rosli

You Might Also Like

2 comments

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.

Top Comments

Shoutbox

Sila tinggalkan link anda di profile atau di ruangan mesej. Mudah untuk saya blogwalking ke blog anda.