Vacation to Pulau Tioman Day 1 - Lovely Sunshine Vacation to Pulau Tioman Day 1

Vacation to Pulau Tioman Day 1

VACATION TO PULAU TIOMAN DAY 1 Assalamualaikum.. Kami mulakan hari dengan bertolak ke Kuala Rompin selepas Solat Subuh. Perjalanan makan masa selama 2 jam dari Kuantan ke Kuala Rompin. Rombongan percutian perlu berkumpul di Jeti Tanjung Gemok pada pukul 11 pagi. Mya dan keluarga tidak sempat bersarapan di mana-mana kerana takut tiba lewat di jeti.

Setibanya di Jeti Tanjung Gemok, kami berkumpul sementara menunggu ketua rombongan menunjukkan tempat parking kereta untuk ditinggalkan. Jika kereta diletakkan berhampiran bangunan jeti, harganya ialah RM 10 semalam. Manakala tempat parking untuk rombongan kami agak jauh sedikit tetapi harganya sangat berbaloi. RM10 untuk 3 hari. Kemudian, Mya dan adik membeli kaya ball dan waffle untuk mengalas perut. 

Kami dijangka menaiki bot pada pukul 12 tengahari. Tepat pukul 12, bot Gemilang 1 tiba. Perjalanan memakan masa selama 1 jam 45 minit. Alhamdulillah Mya tidak mengalami mabuk laut walaupun laut bergelora. Perjalanan tidak terasa lama kerana bot menayangkan cerita di televisyen. Cerita yang ditayangkan ialah Ant-man and The Wasp. Habis sahaja cerita, kami telah sampai di Jeti Kg. Genting.

Vacation to Pulau Tioman Day 1
Sebelum bot bergerak

Kami tiba di Jeti Kg. Genting pada pukul 1.50 petang. Kami perlu berjalan kaki dari jeti ke tempat penginapan. Manakala barang kami dibawa oleh pekerja tempat penginapan menggunakan motosikal. Tiba di tempat penginapan, kami dihidangkan nasi goreng, telur dadar, sambal ikan bilis dan air anggur. Kami diberikan kunci bilik tingkat bawah dan meletakkan beg di dalam beg. Kami diminta berkumpul pada pukul 4.30 petang bagi aktiviti sukaneka.

Vacation to Pulau Tioman Day 1
Rumah bilik dan kolam renang

Kami check in ke bilik dan berehat sebelum aktiviti sukaneka bermula. Pada pukul 4.30 petang, kami berkumpul di hadapan kolam renang untuk membahagikan ahli kumpulan. Ada 4 kumpulan iaitu kumpulan A, B, C dan D. Mya mewakili kumpulan B. Permainan yang disediakan ada 3 iaitu baling dart, wood golf dan boling kelapa.

Setiap ahli perlu bermain semua permainan untuk mengumpul mata terbanyak. Bagi permainan baling dart, markah akan diberi mengikut papan dart. Jika dart terkena pada ruang yang berwarna merah, mata akan didarab dua. Manakala ruang yang berwarna hijau pula perlu didarab tiga. Permainan ini dimenangi oleh kumpulan C.

Vacation to Pulau Tioman Day 1
Wood Golf

Bagi permainan kedua pula ialah wood golf. Permainan ini seperti golf cuma kayu dan tiang gol yang berbeza. Tiang golnya adalah seperti gambar dibawah. Cara kiraan mata adalah seperti ini:- Melalui tiang gol mendapat satu mata dan terkena tiang gol mendapat setengah mata sahaja. Setiap pemain diberi peluanh sebanyak 2 kali. Aktiviti ini agak sukar bagi Mya mungkin cara pegang kayu salah dan berat. Mya hanya mendapat setengah markah sahaja. Walau bagaimanapun, kumpulan B mengumpul mata terbanyak untuk permainan ini.

Aktiviti terakhir untuk sukaneka ialah boling kelapa. Boling kelapa perlu dibaling untuk menjatuhkan 10 biji tin minuman. Boling ini agak sukar kerana kami bermain di atas permukaan yang tidak rata. Sementara itu, kami dihidangkan dengan minum petang iaitu ubi rebus, sambal ikan bilis dan air oren. Aktiviti ini dimenangi oleh kumpulan B. Yeay, kumpulan B menang lagi. Acara sukaneka ini dijalankan dalam jangka masa yang singkat kerana sebahagian kumpulan lelaki ingin pergi memancing.

Selepas sahaja bot memancing pergi, kami terus bermain di laut dan kolam renang. Mula-mula kami mandi di tepi laut dan bermain di paras dada sahaja. Selepas itu, Mya dan adik mengambil peluang untuk terjun ke dalam kolam renang sebelum pulang ke bilik. Kami ambil giliran untuk mandi di bilik kerana hari sudah malam. 

Makan malam disediakan pada pukul 8 malam. Antara menu makan malam yang dihidangkan ialah kari ayam, sayur kubis goreng, telur dadar dan air oren. Lauk yang disediakan sangat sedap. Selepas waktu makan malam, aktiviti adalah bebas. Kami pulang ke bilik untuk berehat dan tidur.

Vacation to Pulau Tioman Day 1


Vacation to Pulau Tioman Day 1

Vacation to Pulau Tioman Day 1

Vacation to Pulau Tioman Day 1
Jeti Kg. Genting

Vacation to Pulau Tioman Day 1
Twin Bed

Vacation to Pulau Tioman Day 1

Nantikan aktiviti seterusnya di entri akan datang. Terima kasih.

Love, 
Mardhiyyah

Post a Comment

2 Comments

  1. Tengs sharing sis mya, nice post. Datang singgah sini nak ucap salam sayang dari blog baru: ematunz.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. wahhh meriahnyaaa diyaa! mesti seronok hehehe.macam macam permainan adoo

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.