Vacation to Pulau Tioman Day 2 ( Continued) - Lovely Sunshine Vacation to Pulau Tioman Day 2 ( Continued)

Vacation to Pulau Tioman Day 2 ( Continued)

VACATION TO PULAU TIOMAN DAY 2 (CONTINUED) |

Bahagian Kedua

Sampai sahaja di tempat penginapan, kami terus terjun laut untuk menyambung aktiviti mandi manda tadi. Sambil memakai jaket keselamatan, Mya belajar terapung di atas air. Seronok dapat berbaring di atas air sambil mengikut rentak ombak.

Dari laut ke kolam renang, dari air masin ke air tawar. Kiranya bilas badan sebelum balik ke bilik masing-masing. Dah terlalu lama di dalam air, Mya dan adik pulang ke bilik dengan segera. Selesai sahaja, kami membersihkan diri di bilik. Kami menunaikan solat dan berehat di atas katil.

Mya sedarkan diri pada pukul 5 petang. Kemudian, Mya mengikut emak dan adik ke kafeteria untuk minum petang. Di mana ayah dan Fikri, meronda kawasan sambil berjoging. Selepas sahaja minum petang, kami berehat sambil memandang pemandangan matahari terbenam.

Vacation to Pulau Tioman Day 2

Untuk aktiviti terakhir percutian kali ini ialah penyampaian hadiah untuk acara sukaneka. Sebelum itu, makan malam terakhir di Idaman Resort, Kg Genting ialah sotong goreng tepung, ayam bakar, ikan bakar, sosej bakar, nasi goreng dan air oren. Makan malam kali ini sedikit mewah daripada hari biasa. Kami menikmati malam terakhir sambil menunggu majlis bermula. Majlis bermula pada pukul 9.00 malam.

Majlis dimulakan dengan ucapan ketua rombongan dan diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah. Penyampaian hadiah bermula dari pelbagai peringkat kumpulan sehingga peringkat individu. Seperti yang diberitahu di entri yang kedua sebelum ini, Mya ialah ahli kumpulan B. Kumpulan B ialah juara keseluruhan sukaneka dan menerima tuala mandi bersaiz besar sebagai hadiah. Semua ahli juga menerima tuala tetapi berbeza saiz.

Vacation to Pulau Tioman Day 2

Selepas selesai sahaja acara penyampaian hadiah, acara cabutan bertuah diadakan dari bermulanya majlis hingga ke akhirnya. Tetapi Mya dah cabut lari dahulu kerana acara suai kenal. Mya sudah buat acara ini di Tasik Kenyir dahulu. Mya malu nak bercerita pasal dir di hadapan semua orang. Family Mya yang tinggal di acara majlis ialah emak, ayah dan Amnan. Mya dan Fikri sudah pulang ke bilik.

Lama juga majlis berlangsung. Walaupun sudah pulang ke bilik, masih kedengaran orang berkaraoke pula. Pelbagai jenis lagu yang dinyanyikan. Ayah dan Amnan sangat bertuah kerana dipilih sebagai pemenang cabutan bertuah. Selepas sahaja majlis berakhir, semua orang pulang ke bilik masing-masing untuk berehat. Esok adalah hari terakhir dan kami perlu pulang ke Kuala Rompin.

Itu sahaja untuk entri kali ini. Sekian, terima kasih.

Love,
Mardhiyyah

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.