Vacation to Pulau Tioman Day 2

10:00


Assalamualaikum,

Bahagian Pertama

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Aktiviti pada hari yang dinantikan oleh semua orang. Kami bangun awal untuk bersarapan dahulu. Sarapan yang disediakan ialah mihun goreng, telur dadar dan teh tarik. Aktiviti hari ini bermula pada pukul 9 pagi. Setiap ahli perlu menyewa jaket keselamatan dan gogal sebelum menaiki bot. Sementara menunggu bot tiba, kami semua mengambil gambar di tepi pantai.

Sebelum menaiki bot
Tidak kusangka tragedi di Tasik Kenyir berlaku lagi. Semasa menaiki bot, Mya terjatuh dek ombak yang bergelora. Trip kali ini menggunakan 3 buah bot laju bagi menampung seramai 44 orang termasuk kanak-kanak. Mya sedikit gementar apabila bot melanggar ombak. Kami dinasihatkan tidak mengikut rentak bot. 

Destinasi pertama untuk hari ini ialah Bandar Tekek. Kami hanya singgah disini selama 45 minit sahaja. Kami singgah membeli cenderahati dan coklat di kedai bebas cukai. Kami juga sempat melihat persekitaran di bandar Tekek termasuk Kompleks Sekolah Kampung Tekek. Ini adalah cenderahati yang Mya beli untuk rakan sekerja dan sepupu sepapat sahaja. Mya juga ada beli coklat untuk diri sendiri, keluarga dan saudara mara. Untuk cenderahati, lebih berbaloi beli banyak dari satu-satu. Semua comel-comel. Yang paling Mya suka, keychain penyu ini.

assorted keychain
Untuk rakan sekerja

turtle keychain
Untuk sepupu rapat

chocolate dury free
My Favourite

Kemudian, destinasi seterusnya ialah Muzium Taman Laut Tioman. Dekat sini, kami singgah lama sedikit untuk makan tengahari dan aktiviti snorkel. Sebelum itu, kami harus masuk ke dalam Muzium Taman Laut Tioman dalam keadaan kering. Kita diminta menulis log masuk untuk rekod pengunjung. Banyak fakta menarik yang boleh Mya pelajari. Kemudian, kami mengadakan selca time sesama sendiri. Macam-macam posisi kami cuba termasuk bergambar dengan replika haiwan laut di sini antaranya penyu, pelbagai jenis ikan dan kerang-kerangan.

Selesai sahaja melawati Muzium Taman Laut Tioman, kami bersiap sedia untuk bermain air di persisiran pantai. Tak adalah main tepi sangat. Mandi di air paras dada sahaja. Asalkan kaki menyentuh dasar laut. Sebelum berenang lebih dalam lagi, kami memberi ikan makan di sekitar laut. 1 botol roti berharga RM2. Baling sahaja roti di laut, pasti ada ikan yang muncul. Ada pelbagai jenis ikan dan pelbagai warna. Ikan-ikan disini memang cantik. Colourful macam pelangi.

Habis sahaja roti di dalam botol, Mya dan adik meneroka di dalam laut sambil melihat ikan-ikan tadi. Sambil itu, Mya belajar cara menggunakan snorkel dengan dengan betul. Banyak kali tertelan air laut. Masin yang amat. Pedih juga mata, air masuk. Kami menangkap beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan.

Muzium Taman Laut Tioman




Tepat pada pukul 11.30 pagi, kami dipanggil untuk makan tenaghari. Makan tengahari yang disediakan ialah nasi putih, ikan goreng, sayur kacang, telur masin dan air mineral. Selesai sahaja makan tengahari, kami terus bergerak ke arah bot untuk destinasi terakhir.

Destinasi terakhir ialah Taman Laut Tioman. Sesiapa yang berminat boleh menyertai. Disebabkan kejadian panik di Tasik Kenyir dahulu, Mya menjadi trauma untuk mandi di tengah laut. Ini adalah aktiviti snorkeling di mana jaraknya ialah 15 kaki dari dasar laut. Mya hanya duduk di atas bot sambil memberi ikan makan. Sepatutnya aktiviti snorkel ini berjalan selama 1 jam. Tapi disebabkan ada seorang yang mabuk laut, kami terpaksa habiskan aktiviti awal. Ada yang tidak puas hati kerana terlalu sekejap sahaja aktiviti berlangsung. Bot telah bersiap sedia untuk pulang ke tempat penginapan.


Entri untuk hari kedua terpaksa dibahagikan kerana terlalu panjang. Bahagian pertama pun dah terlalu panjang. So, setakat di sini sahaja cerita di Pulau Tioman. Sekian, terima kasih.

Love, 
Mardhiyyah

You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.

Top Comments

Shoutbox

Sila tinggalkan link anda di profile atau di ruangan mesej. Mudah untuk saya blogwalking ke blog anda.