Pengalaman Dijangkiti Bartholin Cyst - Lovely Sunshine Pengalaman Dijangkiti Bartholin Cyst

Pengalaman Dijangkiti Bartholin Cyst

PENGALAMAN DIJANGKITI BARTHOLIN CYST | Assalamualaikum.. Apa itu Bartholin Cyst? Bartholin ialah kelenjar yang terletak di kedua-dua belah sisi vagina. Fungsi kelenjar Bartholin ini ialah mengeluarkan cecair untuk melincirkan vagina. Apabila kelenjar ini tersumbat, semua cecair terkumpul dan bengkak yang dikenali sebagai cyst. Walau bagaimana, cyst ini tidak merbahaya dan bukanlah sejenis kanser. Bartholin cyst ini hanya berlaku di sebelah sisi kelenjar vagina sahaja. Sama ada sebelah kanan atau kiri. Tetapi, jika cyst ini telah dijangkiti kuman, pesakit digalakkan untuk mendapat rawatan dengan segera.

Pengalaman Dijangkiti Bartholin Cyst

Kesakitan yang dialami bergantung kepada saiz cyst itu tersendiri. Ada saiz cyst sekecil kacang pea sehingga sebesar bola pingpong. Antara simptom yang dialami ialah sakit ketika berjalan atau duduk untuk jangka masa yang lama. Selain itu, kesan bengkak menjadi keras dan sakit di pembukaan vagina. Bagi wanita yang sudah berkahwin, mengalami kesakitan semasa melakukan hubungan seksual bersama suami. Cyst semakin teruk dan bernanah apabila pesakit demam mengejut dan menggigil. 

Punca berlaku Bartholin cyst ini disebabkan saluran kelenjar tersumbat akibat luka atau jangkitan kuman. Apabila terkena jangkitan kuman, kemungkinan cyst akan bernanah adalah tinggi. Di sini Mya senaraikan bakteria yang menyebabkan jangkitan kuman berlaku. Escherichia Coli atau dikenali sebagai E.Coli selalu didapati di dalam tubuh manusia. Bakteria ini bertindak secara aktif apabila kebersihan tidak terjaga. Antaranya ialah tidak mengelap bahagian kemaluan dengan kering. Bakteria suka muncul di kawasan yang lembap. Selain itu juga, bakteria yang mudah dijangkiti melalui hubungan seksual ialah gonorrhoea dan chlamydia. 

Antara rawatan yang boleh mengurangkan kesakitan ialah Sitz Bath; berendam di dalam besen yang diisi dengan air suam selama 15-20 minit. Selain itu, ubat antibiotik secara oral atau sapu. Ini selalunya diberi oleh doktor bagi mengurangkan kesakitan. Jika cyst sudah membesar sehingga saiz bola pingpong, doktor mencadangkan pesakit untuk membuat pembedahan. Walau bagaimanapun, Bartholin cyst ini akan berulang selagi kantung air tidak dibuang. Cara untuk membuangnya dipanggil marsupialization. 

Cara yang terbaik supaya cyst ini tidak berulang lagi ialah jaga kebersihan di bahagian kemaluan dan pastikan kawasan tersebut sentiasa kering selepas menggunakan tandas. 

PENGALAMAN

Kali pertama Mya dijangkiti Bartholin cyst ini pada tahun 2012. Semasa cuti semester, Mya berasa sakit ketika berjalan mahupun duduk. Pada masa itu, Mya tidak tahu pun bengkak yang dialami ialah cyst. Mya hanya mampu terbaring di rumah sahaja. Pergerakan agak terbatas lebih-lebih lagi apabila kerap ke tandas. Emak menyuruh Mya menyapu minyak angin di bahagian berkenaan. Selain itu, Mya membersihkan dengan air garam. Selepas itu, Mya berasa ada air mengalir di bahagian berkenaan. Rupa-rupanya bengkak itu telah pecah. Mya terus ke bilik air untuk mencuci. Semasa luka dicuci, Mya terasa ngilu dan pedih. Mya mengelap luka sehingga kering. Luka sembuh dalam masa yang singkat.

Tidak Mya sangka sama sekali, cyst itu akan berulang. Mya perasan ada bengkak kecil di bahagian kemaluan. Mya berasa sakit sewaktu berjalan ke tempat kerja. Kejadian ini berlaku pada awal tahun ini. Tapi jangka masanya sangat sekejap kerana bengkak itu surut dengan sendirinya.

Pada awal September yang lalu, Mya mula merasa sakit di celah bahagian kemaluan apabila berjalan jauh. Mya perasan ia semakin bengkak dari hari ke hari. Apabila bekerja di dalam bilik, Mya perlu duduk menghadap buku dan mengulang kaji kerana peperiksaan bakal tiba. Mya tidak dapat duduk dengan betul kerana terlalu sakit. Mya mula mengalami kesakitan yang amat teruk pada hari Jumaat, 2 minggu yang lalu. Muka Mya menjadi pucat dan badan mula menggigil. Suhu badan juga meningkat. Mya tidak larat untuk berjalan mahupun duduk untuk jangka masa yang panjang.

Pada keesokkan hari, akibat kesakitan yang melampau. Mya mengajak adik untuk membawa Mya ke klinik berdekatan. Yang pasti, doktor merawatnya seorang perempuan. Mya sangat segan untuk bercakap dengan doktor mengenai kesakitan yang dialami. Doktor memberi ubat antibiotik, ubat tahan sakit dan surat refer hospital. Jika bengkak tidak surut, doktor nasihatkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Sebelum itu, Mya mencari info mengenai rawatan secara tradisional melalui pengalaman orang lain. Banyak artikel di internet yang menyarankan supplemen Shaklee sebagai pilihan utama. 

Antaranya ialah Vivix, GLA Complex, Sustained Vitamin C dan Herbal Blend Shaklee. Syukur, mak Mya adalah salah seorang ahli Shaklee. Walau bagaimanapun, mak Mya tiada di rumah kerana pulang ke kampung. Mya menggeledah supplemen Shaklee emak jika ada di antaranya yang berkaitan. Mya menjumpai supplemen GLA Complex dan Herbal Blend Shaklee. Mya mengambil GLA Complex selepas sarapan dan makan malam. Manakala Mya menyapu Herbal Blend di bahagian berkenaan setiap setengah jam. Kesannya sangat cepat. Bengkak semakin surut dan pecah. Mya membasuh dengan air suam sambil memicit di bahagian berkenaan supaya darah terus keluar. 

Mya masih lagi menyapu krim Herbal Blend di bahagian berkenaan supaya terus surut. Darah semakin berkurang dan kering. Untuk minggu yang pertama ini, Mya terpaksa pantang beberapa jenis makanan supaya luka cepat sembuh. Mya juga mengamalkan kapsul Minyak Zaitun setiap hari. Alhamdulillah, luka sudah kering dan sembuh. Penjagaan kebersihan sangat penting kerana bakteria mudah merebak.

Apa-apa pun Alhamdulillah kerana disembuhkan penyakit dan sedar diri, kesihatan sangat penting. Mya mula celik mata dari segi kebersihan dan kesihatan. Pemakanan juga adalah salah satu aspek kesihatan mula merudum. Pengalaman ini mengajar Mya supaya pentingkan kebersihan dari semua aspek. 

Itu sahaja pengalaman yang boleh diceritakan. Selagi boleh dicegah, kita sanggup ambil inisiatif apa sekali pun untuk kembali sembuh. Itu sahaja untuk hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.

Love,
Mardhiyyah Rosli

Post a Comment

7 Comments

  1. Alhamdulillah mya dah sembuh. Macam sakit sangat bila baca pengalaman mya nih T-T

    Jemput join giveaway kalau mya berminat :3
    https://itsninisblog.blogspot.com/2019/09/sayonara-stationery-giveaway-by.html

    ReplyDelete
  2. Assalam sis. Herbal blend tu sapu pada permukaan cyst ke atau celah kelengkang yang bengkak akibat cyst?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, sapu pada permukaan dan sekitar cyst tu

      Delete
    2. Boleh sy tahu mana nk dpt cream tu

      Delete
    3. Salam sis , ubat tu boleh bagi sembuh ke

      Delete
    4. in sha allah boleh.. kalau sakit sangat, better consult dengan doktor

      Delete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.