Hangout di Seoul Garden Alamanda - Lovely Sunshine Hangout di Seoul Garden Alamanda

Hangout di Seoul Garden Alamanda

HANGOUT DI SEOUL GARDEN ALAMANDA | Assalamualaikum.. Entri untuk hari ini adalah entri mengenai aktiviti yang dilakukan oleh Mya dan rakan sekerja pada bulan Februari yang lalu. Aktiviti ini telah dirancang sejak bulan September tahun lepas berdasarkan keuntungan yang diraih sewaktu Karnival Keusahawanan Sekolah. Jumlahnya tidak banyak tapi cukup untuk mendapat pulangan modal. Salah seorang rakan AKP merancang untuk makan di Seoul Garden, Putrajaya. Kami memilih tarikh yang sesuai mengikut waktu lapang masing-masing. Walau bagaimanapun, tidak semua AKP mengikuti aktiviti ini.


lunch date

Pada 15 Februari yang lalu, kami menikmati hidangan di Seoul Garden Alamanda, Putrajaya. Kami bergerak ke sana dengan menaiki 3 buah kenderaan yang berbeza. Main planner berada di kereta yang pertama mengambil kak long kawasan dan adiknya di Cheras. Kemudian, mengambil Mya di MRT Taman Suntex sebelum bergerak ke Putrajaya. Kereta kedua dipandu oleh rakan sebaya untuk mengambil Kak Ros yang sememangnya berada di Putrajaya. Dan akhir sekali ialah Helmy yang menunggang motosikal bersama anaknya. Kami berjanji pada pukul 10 pagi dan perlu berada di Restoran Seoul Garden Alamanda sebelum pukul 12 tengahari. Kami hampir tersesat kerana lokasinya tidak sama dengan penunjuk arah yang diberi. Kami sempat bersiar-siar sementara menunggu yang lain tiba. 

Tepat pukul 12 tengahari, kami masuk ke dalam restoran dan duduk di tempat yang telah direserved. Main planner iaitu Kimi memesan makanan pada harga ahli dan membelanja kami dengan harga premium. Kami agak bertuah di situ. Bagi Mya, ini adalah istimewa kerana kali terakhir Mya makan di Seoul Garden ialah pada 10 tahun yang lepas. Pelbagai menu dari appetizer, main dan dessert terutamanya sangat menyelerakan. Kami perlu memakai tag di tangan bagi mengambil hidangan premium. Kimi memilih tomyam sebagai kuah steamboat. Mya tidak boleh makan menu steamboat kerana terlalu pedas. Kami mula bergerak dan memilih menu pilihan masing-masing.


lunch date

lunch date

Menu pilihan Mya semestinya ayam, tak kisahlah perap dengan bahan apa sekalipun, Mya makan. Semestinya yang halal. Perbandingan antara meja Mya dan rakan sebaya sangat berbeza. Meja rakan sebaya dipenuhi dengan makanan. Dari yang biasa hinggalah premium. Dapur steamboat juga dipenuhi dengan pelbagai makanan laut. Manakala meja Mya hanya ala kadar sahaja. Ambil yang nak makan sahaja. Dah habis baru tambah. Takut tak habis. Sebagai appetizer Mya mengambil sedikit nasi goreng dan fruit salad. Kemudian, barulah sesi panggang memanggang bermula. Mya memilih ayam, daging lembu dan sotong untuk dipanggang. Mya hanya mengharapkan orang sebelah sahaja untuk terbalikkan makanan di atas gril. Sangat sedap lebih-lebih lagi apabila ada orang belanja. 

Kami diberi yee sang secara percuma kepada pelanggan yang mahukannya. Mya hanya melihat rakan AKP menggaul dan merasa yee sang tersebut. Meja rakan sebaya semakin meriah manakala meja Mya sudah ke bahagian pencuci mulut. Bahagian yang paling Mya minat. Desserts. Mya ambil 3 scoop ais krim perisa yang berbeza. Kami duduk di dalam Seoul Garden dari pukul 12 tengahari sehingga pukul 2 petang. Nampak tak berapa lama kami duduk di dalam restoran Seoul Garden.

Selesai sahaja sesi makan tengahari di Seoul Garden. Kami bersiar-siar di dalam Alamanda sambil mencari barang untuk ke Pulau Pangkor. Sambil berjalan-jalan, kami mengambil selfie di sepanjang perjalanan kami di situ. Kami pergi melihat bahagian luggage, sunglasses, swimming suit dan kasut sukan. Kami juga singgah di McDonalds untuk menikmati aiskrim kon. Sambil makan aiskrim, kak long kawasan sempat untuk menebus telefon Maxis RM1 di booth Maxis berhadapan dengan McDonalds. Ini betul-betul macam peribahasa sambil menyelam minum air ini. Selepas itu, kami semua bergerak pulang ke rumah masing-masing. Mya dihantar sampai betul-betul depan rumah. Jimat duit MRT di situ.


test sunglasses
test sunglasses..

ice cream
ice cream show off

dessert time
dessert time..
Apa-apa pun aktiviti ini sangat menyeronokkan sebab dapat release tension semasa bekerja. Selain itu, kita bergelak ketawa dengan apa yang dilalui bersama. Kami tidak beli apa-apa barang untuk ke. Trip Pulau Pangkor disebabkan gaji tidak masuk lagi dan harganya sangat-sangat mencekik darah. Okaylah. Sampai di sini sahaja entri kali ini. Sehingga bertemu lagi.

Terima kasih.

Lots of Love,
Mya Rosli

Post a Comment

5 Comments

  1. oh rindunya nak makan di SG... kalau makan kat situ, memang harus lepak lama-lama, biar rasa semuanya. takdelah rasa membazir bayar mahal makannya sikit hahahah

    ReplyDelete
  2. it has been years since I last went to Seoul garden. i heard the pricing has changed.

    ReplyDelete
  3. since PKP ni lagi terasa-rasa rindu nak jumpa semua, nak jalan-jalan nak lepak-lepak kan

    ReplyDelete
  4. tak pernah makan lagi di seoul garden

    ReplyDelete
  5. Dah lama jugak tak makan Seoul Garden.. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.