First Time Scaling - Lovely Sunshine First Time Scaling

First Time Scaling

First Time Scaling | Assalamualaikum,

Hari ini aku nak cerita pengalaman pertama scaling gigi. Sebelum ini, bila ada pemeriksaan gigi secara percuma, mesti doktor gigi suruh pergi klinik gigi untuk buang karang gigi. Tapi aku tak pergi juga. Tak silap aku pertama kali doktor gigi suruh aku pergi klinik, masa tu aku tengah belajar diploma. Dah lama kot. Sifat malas dalam diri aku yang menyebabkan aku tak nak pergi. Bila gigi dah sakit, gusi bengkak dan sakit bila makan, baru sibuk nak cari masa pergi klinik gigi. Aku tak pernah pergi klinik kerajaan untuk kesihatan ataupun pergigian. 

Aku pun bertanya kepada mak aku, hari apa yang sesuai untuk pergi klinik gigi. Mak aku cakap better pergi hari Rabu, pendaftaran murah. Dekat Klinik Pergigian Bandar Tun Razak hanya perlu bayar RM1 untuk pendaftaran hari Rabu sahaja. Kalau boleh aku nak pergi sebelum bulan puasa. So, today is the day.

Asalnya rancangan aku nak pergi pukul 9 pagi tadi, tapi disebabkan aku ni night person. Jenis yang susah nak bangun pagi unless ada benda penting nak kena buat. Bila aku dah set mind nak bangun pagi, aku akan mudah terjaga waktu pagi. Aku lebih suka bangun dalam pukul 6 sebab aku dah setkan alarm. Pagi tadi 3 kali aku bangun sebelum bunyi alarm. Mula-mula, pukul 4.45 pagi, kemudian, pukul 5.00 pagi dan yang akhir sekali pukul 5.45pagi. Bila alarm dah berbunyi, liatlah nak bangun. Aku bangun juga walaupun mata mengantuk gila. Aku bangun, solat subuh dan gosok baju kerja ayah aku. Selepas itu, aku tidur balik sampailah pukul 9 pagi. Disebabkan aku mengantuk lagi, aku cakap kat diri sendiri, nantilah pukul 11 aku pergi. Itulah aku bila bab bangun pagi. Aku bangun pukul 10, aku mandi, jemur baju, makan dan terus pergi klinik. Tak jauh pun, jalan kaki sahaja.

Sampai sahaja di sana, aku terus tanya kaunter pendaftaran, ambil no. giliran dan tunggu sekejap. Lama juga nak tunggu turn sebab masa aku datang tu, orang dah ramai. No. giliran aku adalah 2020. Tunggu punya tunggu, no aku dipanggil. Aku nervous sebenarnya. Masuk saja bilik rawatan, doktor tu tanya ada masalah kesihatan tak? Aku pun jawab, ada gastrik. Doktor tu pun terus memeriksa gigi aku. Dia kata tiada masalah mulut dan kalau nak lakukan scaling, sikit je karang giginya. 

Doktor tu pun tanya samada aku nak buat scaling sekarang atau bulan 6 nanti. Aku pilih buat sekarang tunggu sekejap je pun. Kalau bulan 6 tu, lama sangat. Aku pun tunggu sekejap. Dalam 30 minit tunggu, aku dipanggil sekali lagi untuk scaling. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa nervousnya aku. Bila dah baring, doktor suruh pegang bip tangan kanan dan suction tangan kiri. Mula-mula dia nak bersihkan, sakitnya kena part yang dalam tu. Aku terasa nak muntah. Aku minta izin doktor tu untuk pergi ke tandas. Aku semangatkan diri untuk kali kedua. Aku tahan sakit bila doktor tu bersihkan. 

Finally, done. Tapi still ada sakit sikit-sikit dekat bahagian yang dalam. Doktor sarankan aku, kumur mulut dengan air garam suam. Memang banyaklah darah time aku kumur. Untuk scaling pula, aku kena bayar RM2. Itu sahaja. Balik terus kumur mulut. Bersih tapi tak selesa sebab gigi aku bahagian bawah agak unik sedikit. Itu sahaja untuk entri kali ini.

p/s: sesiapa yang first time scaling tu, just be patient.

Hope you enjoy reading it.

Post a Comment

0 Comments