Kebaikan Buah Roselle Terhadap Tubuh Badan Kita

by - Wednesday, April 12, 2017

Kebaikan Buah Roselle Terhadap Tubuh Badan Kita | Assalamualaikum..

Sebelum Mya cerita tentang kebaikan buah roselle. Mya nak cerita bagaimana Mya mula suka pada air roselle. Mak Mya ada usahakan kebun kecil di rumah Kuantan. Dalam banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang mak tanam, salah satunya pokok roselle. Buah roselle ini, kita boleh buat jus dan jem. Sebelum itu, jangan lupa buang bijinya. Dulu Mya tak berapa sukakan roselle kerana namanya hampir sama dengan rose. Kebanyakan air sirap diperbuat daripada rose. Mya tak berapa gemar dengan air sirap kecuali tak ada pilihan lain. Mya bukan jenis yang cerewet bila makan tapi kalau boleh nak lah yang taste kita.

kebaikan buah roselle terhadap tubuh badan

Bulan lepas, pokok roselle berbuah lebat dan banyak hasil yang mak dapat. Siap bising dalam group whatsapp family, tentang jem roselle, cara-cara nak buat dan banyak lagi. Bila dah terlalu banyak dan tak tahu nak bagi siapa buah roselle tu. Benda apa lagi yang boleh dibuat kalau bukan jus dan jem. Pertama kali Mya minum, itupun sebab cuaca yang sekejap panas dan hujan kat Kuala Lumpur ini. Memang sedap. Rasa jus dia macam air ribena tapi aftertaste rasa sirap sikit. Memang addicted la. Mungkin sebab banyak sangat minum air roselle sejuk, Mya sakit tekak. Mak Mya baru je buat jus roselle semalam tapi tak boleh minum lagi. Sakit tekak makin teruk! Ini adalah senarai kebaikan buah Roselle terhadap tubuh badan kita.

Kebaikan Buah Roselle Terhadap Tubuh Badan Kita

~> Membantu proses pencernaan.
~> Melancarkan peredaran darah.
~> Merawat luka luar dan dalam.
~> Merawat penyakit kulit.
~> Mencegah masalah selesema, batuk dan demam.
~> Meningkatkan stamina dan daya tubuh badan.
~> Mengatasi masalah tekanan atau stress.
~> Antioksida
~> Mencantikkan kulit.
~> Mencegah kekurangan vitamin C.

Credit to: slimanggun

Banyak khasiat dan manfaat yang boleh kita perolehi dari buah Roselle ini. Ia boleh dimakan dan diminum di semua peringkat umur. Rasanya seperti Ribena tetapi buahnya mudah didapati di kawasan kampung. Apabila sudah masak, buah Roselle ini dikutip, dibuang biji dan dibersihkan. Rebus bersama air dan gula untuk dijadikan jus. Manakala masak Roselle bersama gula untuk dijadikan jem. Sedap. Anda boleh mencubanya sendiri.

Itu sahaja untuk entri kali ini. Terima kasih kerana membaca.

Love,
Mardhiyyah Rosli

You May Also Like

4 Comments

  1. dah lama x makan buah roselle ni. seingat abe kie pernah kakak tanam pokok ni 30 thn lps.

    ReplyDelete
  2. 30 tahun lepas? Saya tak lahir lagi. Tapi memang sedap laa.

    ReplyDelete
  3. Dulu masa kecik kecik selalu buat main je buah roselle ni. Itupun sebelum dia komersial macam sekarang ni lah. Haah, rasa macam sirap pun ada jus dia. Tapi sirap versi masam sikit dan tak bau rose. Haha.. 😄
    Ey ehhhhh dia boleh untuk kawal stress jugaklah! Awesome. Yang penting, bagus untuk kecantikan jugak. Nak suruh mama tanam jugalah cenggini. Mama green fingers. Huhu

    ReplyDelete
  4. oh yeke? Mak saya dulu sibuk nak cari buah rozelle, sekarang dah ada belakang rumah, sampai tak terhabis. Nasib baik boleh buat air. Tak membazir.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan.
Sila komen dengan perkataan yang baik-baik sahaja.
Terima kasih.