First Time Pakai Contact Lens - Lovely Sunshine First Time Pakai Contact Lens

First Time Pakai Contact Lens


Assalamualaikum,

Monde Tranz Gray Color
Monde Tranz Gray Color

Hari ini mya nak cerita pengalaman pertama pakai contact lens. Sebelum ini, mya hanya memakai cermin mata sejak tingkatan 2 lagi. Mya mengalami masalan rabun jauh dan silau. Kenapa ya tiba-tiba mya nak pakai contact lens? Korang boleh baca di sini tentang apa yang berlaku sebelum ini. Pada minggu lepas, mya pergi kedai cermin mata untuk baiki cermin mata. Tapi akak kedai itu cakap, cermin mata tu tak boleh dibaiki. Mya memang memerlukan cermin mata secepat mungkin untuk event pada hari ahad lepas. Malangnya, tempoh untuk cermin mata baru siap mengambil masa 4 hari. What? Habis tu, macam mana hari ahad ini. Mya terus buat keputusan untuk cuba pakai contact lens dahulu. So, mya terus tanya tentang contact lens dekat akak kedai tu. Malangnya, natural contact lens tiada. Yang ada cuma berwarna sahaja. Mya pun terus order contact lens jenama  warna kelabu; 2 pcs RM55. Tapi disebabkan power untuk kedua-dua belah mata berbeza, mya ambil 2 kotak contact lens; total RM110. Akak kedai tu suruh beli solution untuk contact lens sebab kedai tu tak jual. 

Mya memang tak tahu nak beli solution kat mana. So, mya tanyalah kakak ipar sebab dia dah biasa pakai contact lens. Tempat yang biasa dia beli solutions ialah Watsons atau Guardian. Masalahnya mya tak ada transport nak pergi pun. Mya cuba survey Watsons Online untuk beli solutions tersebut. Mula-mula mya sign up untuk jadi member Watsons Online dan terus mencari barang yang diingini. Selepas itu, mya terus buat payment dan tunggu barang sampai sahaja. Mya memang berharap sangat barang solutions tu sampai sebelum hari Ahad. Alhamdulillah, barang Watsons sampai hari Sabtu pagi. Malam Sabtu tu pula, mya cari artikel cara pakai contact lens dengan betul. Dengan harapan, tiada benda buruk berlaku keesokan hari. 

Event Day. Mya bangun awal dari yang biasa dan terus bersiap. 1 jam sebelum nak bertolak, mya terus pakai contact lens. Mya buat mengikut apa yang diberitahu di dalam artikel dan bermula dengan bacaan Bismilah. Kedua-dua belah tangan mya menggigil masa nak cuci dan masukkan contact lens dalam mata. Memang susah sangat-sangat. Tangan mya sentiasa menggigil selagi contact lens tu tak masuk dalam mata. Bagi mya, masukkan contact lens dalam mata sebelah kanan lagi senang dari mata sebelah kiri. Bila dah masukkan, memang terasa pedih sangat-sangat. Jadi, mya cuba pejamkan mata sekejap dan rasa pedih tu pun hilang. Mya pakai contact lens tu memang cukup-cukup 8 jam. Mya rasa mya memerlukan masa yang lama untuk masukkan contact lens dalam mata. Tapi apa-apa pun pengalaman baru yang menarik. 

Itu sahaja untuk hari ini. Terima kasih.

p/s: Adik mya cakap yang contact lens tu mekap mata. Dia cakap pekat sangat. Mungkin sebab berwarna kot.

Post a Comment

18 Comments

  1. Kita pakai contact lens first time pun sebab ada event. Kena berlakon jadi bunga. So susah kalau pakai spek. Agak kelakar. Tapi lenses biasa je bukan kaler2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dah terdesak sangat, pakailah contact lens.

      Delete
  2. busyra rabun. kalau jauh mmg tak nampak. tp tak pernah try contact len. sbb takutttt. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mya pun dulu mcm tu. takut tercucuk mata. bila dah pakai okaylah cuma tangan yang menggigil tu dah xleh buat apa.

      Delete
  3. Dapat bayangkan mesti susah nak letak contact lense tu

    ReplyDelete
  4. Nice post you got here! Followed you already <3

    ReplyDelete
  5. Teringat 1st time duku nak pakai contact lense.. hampir setengah jam nak masukkan contact lense tu kat mata..hish, kak pip nak bergaya punya pasal kan.. now taubat dah tak nak pakak ....leceh nak urus bg kak pip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena luangkan 1 jam hanya untuk pakai contact lens sahaja.

      Delete
  6. wahhh. biasalah tu Mya mula2 kan. lama2 dah biasa. kite pun ta reti n takut nak pakai contact lens. tak berani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi mcm mya kena beranikan juga walaupun takut nak pakai

      Delete
  7. Dulu2 teringin nk pakai utk melawa tapi fikir mesti renyah..so terkubur la hasrat..

    ReplyDelete
  8. Akak dah biasa sbb mse bujang dlu memg pakai.lepas tuh lama xpakai contact lens. Skrg nih pakai on off sekejap pakai spek sekejap pakai lens

    ReplyDelete
  9. Kita pun pakai contact lense, bila nak bersukan atau keluar jalan je. kalau dekat office lebih prefer pakai spek (:

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.