Homemade Brownies | Resepi - Lovely Sunshine Homemade Brownies | Resepi

Homemade Brownies | Resepi


Assalamualaikum,

Homemade Brownies
Kek untuk dijamah.

Brownies ini cerita minggu lepas, tapi baru hari ini mya nak update. Mya dah lama tak baking sejak bulan Ramadhan tahun ini. Membakar ke blogging sama sahaja, kena ada mood rajin baru boleh buat. Nampak betapa malasnya cik mya ini. hehehehe. Apa kata kita proceed ke resepi brownies.

Bahan-bahan:-

145g mentega
1 1/4 cawan gula
3/4 cawan + 2 sudu besar serbuk koko
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur gred A, sejuk
1/2 cawan tepung

Cara-cara:-

  1. Panaskan oven pada suhu 165 Celsius. Letakkan baking sheet pada pan.
  2. Masukkan air separuh periuk yang sederhana. Panaskan air sehingga hampir mendidih.
  3. Masukkan mentega, gula, serbuk koko dan garam ke dalam mangkuk tahan haba.
  4. Biarkan mangkuk tersebut di atas periuk untuk seketika. (macam double boil)
  5. Kacau adunan tersebut sehingga mentega cair dan adunan agak-agak suam. 
  6. Alihkan mangkuk dan tutup api. Biarkan rehat seketika selama 3 hingga 5 minit sehingga betul-betul suam.
  7. Masukkan esen vanila dan kacau dengan spatula. Kemudian, masukkan telur satu persatu, kacau sehingga sebati.
  8. Apabila adunan dah pekat, berkilat dan sebati, masukkan tepung. Kacau sehingga sebati sebanyak 40 hingga 50 kali.
  9. Ratakan di dalam baking pan.
  10. Bakar selama 20 hingga 25 minit. Jika belum masak, tambah lagi 10 minit.
  11. Biarkan brownies sejuk dan keluarkan dari pan.
  12. Nak lagi sedap, simpan dalam peti ais.
Homemade Brownies
Tadaa!! Dah siap.


Malangnya dapat makan sikit je. Adik mya dah habiskan. Dia habiskan masa mya balik Batu Pahat minggu lepas. Balik KL terus kempunan. Ada juga yang nak makan kek buatan mya. Takpela lain kali boleh buat lagi. Huhuhu.



Itu sahaja untuk hari ini. Terima kasih








Post a Comment

13 Comments

  1. Feveret ccl . Tengok resepi mcm mudah . Harap harap kalau ccl buat ni agaknya jadi tak.hehe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. memang sedap. malangnya adik mya dah habiskan. huhhuhu

      Delete
  3. Telur sejuk tu maksud dia apa ye? Yg baru keluar dari peti ais ke?

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.. senang Pula nak buat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang sangat. buat atas dapur, pastu masuk oven.

      Delete
  5. Hehehe...sedang makan brownies kawan bagi...mcm nak buat sendiri ikut resepi mya ni pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je. sedap pulak tu. tak makan masa banyak pun.

      Delete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.