What A Tiring Day - Lovely Sunshine What A Tiring Day

What A Tiring Day

What A Tiring Day | Assalamualaikum,

Hari ini sepatutnya hari pertama mya bertugas sebagai Sukarelawan Sukan Sea 2017. Malangnya, tarikh telah ditunda ke hari Isnin, 14 Ogos 2017. Tapi korang nak tahu tak kenapa mya cakap hari ini hari yang memenatkan. Mya dapat info terbaru tentang penundaan tarikh selepas mya dah pusing dekat KL ni untuk selesaikan masalah lapor diri.

Selepas sahaja solat subuh pagi tadi, mya terus bersiap dan bergerak ke LRT Bandar Tun Razak dan membuat pertukaran lane di Stesen Hang Tuah. Kemudian, mya menaiki monorel di Stesen Hang Tuah untuk pergi ke Stesen Bukit Bintang. Disebabkan mya jaga penginapan pegawai teknikal iaitu Hotel Royal, KL yang terletak di Jalan Walter Grenier, Bukit Bintang. Waktu lapor diri yang tercatat pada surat perlantikan ialah pada pukul 8 pagi. Setibanya di hadapan Hotel Royal, mya terus mencari rakan setugas yang telah sampai dahulu. Kemudian, kami terus masuk ke hotel untuk lapor diri.
Tetapi, pekerja hotel di situ mengatakan tarikh lapor diri untuk Sukan Sea 2017 ialah pada 18 Ogos. Kami cuba mencari jalan penyelesaian dengan menelefon pihak urusetia DBKL. Kemudian, kami di minta untuk pergi ke Menara DBKL, Kampung Baru. Bermulalah perjalanan kami yang tak dirancang. Dari Bukit Bintang, kami menaiki MRT dari Stesen Bukit Bintang ke Stesen Pasar Seni. Selepas itu, kami mengambil LRT lane Kelana Jaya dari Pasar Seni ke Kampung Baru. Kemudian, rakan setugas menelefon GRAB untuk membawa kami ke Menara DBKL. Akhirnya, kami sudah sampai. Tetapi perjalanan kami tidak berhenti di situ.

Penyelaras yang meminta kami datang belum sampai ke pejabat lagi kerana pejabat buka pada pukul 10 pagi. Apa yang dapat kami lakukan selama 1 jam sementara menunggu pejabat dibuka. Sambil menunggu masa untuk tiba, mya terbaca senarai penyelaras hotel yang terlibat di dalam group Whatsapp. Rakan setugas terus menelefon penyelaras hotel kami. Penyelaras itu memberitahu kami tarikh lapor diri ialah pada 14 Ogos 2017 bersamaan hari Isnin. What? Perlu ke buat kami begini. Penat kami berjalan jauh semata-mata nak selesaikan masalah ini. Kami di suruh balik ke rumah pula. HUHUHU.

Kami menyambung perjalanan dengan menaiki LRT Masjid Jamek dan berhenti di Pasar Seni. Selepas itu, kami menaiki MRT di Pasar Seni untuk terus pulang ke rumah. Mya berhenti di MRT Taman Midah manakala rakan setugas mya berhenti di MRT Bandar Tun Hussien Onn. Hari ini sangat memenatkan walaupun mya dapat merasa menaiki MRT buat pertama kali.


Terima kasih kerana membaca luahan hati.

p/s: Mya terus balik rumah, sarapan dan sambung tidur. Kepala mya pening sangat-sangat akibat turun naik kenderaan.

Post a Comment

10 Comments

  1. wahh bestnya jadi sukarelawan sukan sea! sya dah beli ticket utk tengok final badminton
    nanti heheheh..tak sabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya dapat tengok game. mya pun tak sabar untuk betul2 bertugas

      Delete
  2. Bestnya dpt jd sukarelawan suman SEA. Confirm happening

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah. mya cuma jaga penginapan je. mya xjaga sukan.

      Delete
  3. Keliru kalu info cm2. Sabar Kak Myra. Takpe, chaiyookk nanti kak jadi Sukarelawan Sukan SEA 2017. :)

    ReplyDelete
  4. Alamak, kenapa tukar camtu.
    Kaklong yang baca pun penat, apalagi tuan badannya.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik dapat rest 1 hari sebelum start bertugas.

      Delete
  5. bestnya jadi sukarelawan sukan sea..tapi tulah dugaan pulak kena macamni kan..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.