Tasik Kenyir Vacation Trip Day 3 - Lovely Sunshine Tasik Kenyir Vacation Trip Day 3

Tasik Kenyir Vacation Trip Day 3

Assalamualaikum,

Hari ini ialah hari terakhir kami di Tasik Kenyir. Mya bangun dengan malasnya. Penat sangat sebab semua aktiviti menggunakan tenaga yang banyak seperti mendaki untuk sampai ke destinasi. Kami turun sarapan pada pukul 7.30 pagi. Jadual hari ini bermula pada pukul 8.30 pagi. Sarapan terakhir kami pada hari ini ialah nasi lemak, sambal sardin, sandwich sardin dan lebihan ikan bakar semalam.  Kami menangkap beberapa gambar yang melibatkan semua orang sebelum bergerak ke Sanctuary Kelah. Selesai sahaja sarapan, kami telah sampai ke destinasi terakhir iaitu Sanctuary Kelah di Sungai Petang.

Family Otai dan Oppo
Family Trip Santai Tasik Kenyir

Setibanya di destinasi, kami haruslah mendengar penerangan do's dan don'ts di Pusat Penerangan Sungai Kelah. Kami diberitahu perkara yang paling dilarang sekali; mengambil ikan kelah atau mencuri. Kami juga diminta membeli makanan ikan yang berharga RM2 sepeket. Sepatutnya beli banyak sebab memang tak cukup seorang sepeket. Kami perlu menaiki bot laju yang telah disediakan untuk masuk ke kawasan ikan Kelah.

" Peace "
Sebelum ke Sanctuary Ikan Kelah

Kami diberitahu perjalanan dari tempat turun bot ke lubuk ikan kelah ialah sepanjang 1.75km. Laluannya sangat ekstreme dan sesuai untuk orang yang sukakan adventure. Kami perlu melalui jambatan gantung sepanjang 100 meter. Mya menjadi gayat pada tengah-tengah jambatan, lebih-lebih lagi apabila belakang Mya ada ramai orang. Kemudian kami turun dan naik bukit sehingga jumpa titian kayu. Selepas menyeberangi titian kayu, kami diminta tunggu sebentar kerana ada kumpulan lain yang tengah bermain dengan kelah. Selepas masa kumpulan lain telah habis, kini tiba giliran kami untuk memberi ikan kelah makan.

Starting point ke Sanctuary Kelah


Jambatan Gantung Sungai Petang


Titian Kayu di Sungai Petang
Ikan Kelah
Ayah menangkap Ikan Kelah

Ikan kelah menggigit jari
Ikan menggigit jari 

Pada mulanya, Mya takut untuk masuk ke dalam sungai kerana terdapat kawasan berbatu dan licin. Family Mya sudah masuk dan bermain dengan ikan kelah. Mya perlahan-perlahan duduk di dalam sungai, takut terduduk atas ikan kelah je. Apabila dah duduk dengan selesa, Mya rasa sangat geli apabila ikan kelah menyentuh kaki Mya. Mya sangat seronok melihat ayah bermain dengan ikan kelah. Mya menghulurkan makanan dan terkejut apabila salah satu jari Mya masuk ke dalam mulut seekor ikan kelah. Mya bermain dan menyentuh ikan yang berdekatan dengan Mya. Masa untuk setiap kumpulan ialah 30 minit sahaja. Kami berasa puas kerana dapat pengalaman yang menyeronokkkan. Selesai sahaja aktiviti bermain kelah, kami pulang ke bot laju melalui trek yang sama.

Ikan Kelah cari makan
Mya memberi Ikan Kelah makan

Sampai sahaja di rumah bot, Mya dan ayah mengambil sedikit makanan kerana terlalu lapar. Kemudian, Mya membersihkan diri dan mengemas barang untuk pulang ke Kuantan. Perjalanan bot kami dari Sanctuary Ikan Kelah menuju je Jeti Pangkalan Gawi mengambil masa selama 4 jam. Kami berehat keraba terlalu penat dan sedikit panas. Setibanya di jeti, kami menurunkan barang dari rumah bot dan terus masukkan ke dalam kereta. Kami mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan emak.

Sebelum pulang ke Kuantan, kami singgah di kedai bebas cukai untuk membeli coklat. Harganya sangat murah berbanding di Kuala Lumpur. Selepas itu, kami makan petang di gerai berhampiran. Kami bertolak balik ke destinasi masing-masing tepat pada pukul 6 petang. Keluarga Mya bergerak pulang ke Kuantan dahulu sebelum bergerak ke Kuala Lumpur pada pukul 12 tengah malam. Keluarga Mya sampai di Kuala Lumpur pada pukul 3 pagi. Mya terus memasukkan barang ke dalam rumah dan bersiap sedia untuk sambung tidur.

Itu sahaja cerita Percutian Mya ke Tasik Kenyir. Terima kasih.

Post a Comment

1 Comments

  1. mak oi,, takutnya tengok ikan banyak-banyak tu. hahaha. seronok pula ye Tasik Kenyir ni. ingatkan boleh ambil gambar macam tu je aktiviti dia

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.