Disember; Bulan Perabih Duit - Lovely Sunshine Disember; Bulan Perabih Duit

Disember; Bulan Perabih Duit

DISEMBER, BULAN PERABIH DUIT | Assalamualaikum. Sebelum berakhirnya tahun 2018, mya nak bercerita tentang bulan Disember; bulan jualan akhir tahun. Sejak menjadi penganggur kedua terhormat dalam rumah ni. Asyik rambang mata lebih-lebih lagi melihat kawan-kawan blogger membeli barang dari pelbagai jenis online shopping. Bulan 12 ini juga merupakan bulan cuti sekolah. Banyak aktiviti yang disertai oleh kawan-kawan mya sekeluarga. Sebenarnya mya bukanlah seorang yang kaki shopping. Mya lebih suka membeli makanan dari pakaian ataupun alatan elektronik.

Hari ini mya nak cerita pembelian paling banyak secara online yang telah berlaku bulan ini. Terlalu banyak pengaruh terutamanya dari iklan Shopee dan mak mya. Mya akan senaraikan barang yang mya beli dari awal bulan sehingga minggu lepas punya. Setiap barang adalah keinginan dan keperluan. Bila dah rambang mata, kalau boleh semua benda nak beli. Tapi bila dah ada duit, mesti kita dah asingkan yang penting dulu. Selebihnya baru boleh beli untuk diri sendiri. Tetapi bulan ini paling teruk Mya berbelanja.

Barang pertama yang Mya beli ialah produk kecantikan dari Althea Korea. Produk Korea bukanlah kegemaran Mya. Kulit Mya yang terlalu sensitif menyebabkan Mya memilih produk dan mencari yang sesuai dengan kulit sahaja. Di Althea ini, Mya hanya mencari dan mencuba produk yang sesuai sahaja. Di sini Mya membeli 4 item iaitu Nature Republic Soothing & Moisture Aloe Vera 92% Soothing Gel, Nature Republic Soothing & Moisture Aloe Vera Cleansing Gel Cream, Althea Petal Velvet Powder Pink Lavender dan Nature Republic Blackhead Clear 3-Step Nose Pack. Yang paling Mya suka mengenai Althea ialah bungkusan pink dan kotak parcel yang menarik.

Disember, Bulan Perabih Duit
Produk dari Althea

Seterusnya, Mya beli 8 buah novel di Big Bad Wolf @ The Mines. Mya memang suka membaca lebih-lebih lagi buku komik. Mya ada jumpa banyak buku komik, tapi tak boleh beli. Nanti ada orang marah. Apa yang mya beli hanyalah novel cinta 2 bahasa; Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Buku yang ada di Big Bad Wolf untuk kali ini kurang menarik berbanding 2 tahun lepas. Mereka ketengahkan buku Bahasa Cina lebih dari buku lain. Jumlah buku yang mya beli kali ini lagi sikit dari buku 2 tahun lepas. Apa-apa pun Mya dah update entri mengenai buku yang Mya beli di sini.


Jualan paling murah berlaku pada 12.12 yang lalu. Mya turut terlibat dengan pembelian online shopping. Pada mulanya, mya hanya membandingkan harga antara Shopee dan Lazada. Bajet mya untuk online shopping kali ini adalah RM50. Barang yang merupakan keperluan apabila menggunakan laptop adalah mouse. Mya mencari wireless mouse dengan harga yang berpatutan. Mya membelek design dan harga di kedua-dua online shop. Akhirnya, mya terjumpa 1 kombo wireless keyboard dan mouse dengan harga yang menarik. Tidak lupa juga, Mya menambah lagi satu item iaitu ladies purse. Mya membeli yang baru kerana sebelum ini mya hanya menggunakan pouch bag untuk menyimpan duit dan segala jenis kad. Mya rasa sudah tiba masanya untuk Mya cuba memakai barang yang menunjukkan keperempuanan. Seperti purse, handbag, ladies shoes and ladies clothes. So, here we go.

Disember, Bulan Perabih Duit
Wireless Keyboard & Mouse

Disember, Bulan Perabih Duit
Purse Baellerry

Apabila menjadi satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga. Siapa lagi kawan kita kalau bukan emak. Untuk 2 item seterusnya, pengaruh emak menjadi punca utama duit semakin nipis. Emak mya selalu mengajak mya membeli blouse, tudung, skirt dan apa-apa yang berkaitan dengan wanita. Pantang je ada pakaian murah di facebook, mya lah yang menjadi mangsa. Dia akan menghantar gambar design dan warna yang diminati kepada mya. Dia akan tanya; kakak tak berkenan ke? Cantik ni. Mya pun tengok dan pilih. Item pertama yang mya beli ialah baju blouse. 2 helai RM100. Mya membeli 2 warna dan emak mya membeli 2 warna. Semua sekali 4 helai.

Disember, Bulan Perabih Duit
Baju Blouse

Kemudian, item seterusnya ialah instant shawl. Instant shawl Hany namanya. Beli 4 helai,  percuma 1 helai innerscarf. Harga yang dijual ialah 4 helai RM100. Item ini pun emak mya tengok dekat facebook. Ada macam-macam warna yang mya berkenan. Semua sekali 8 pcs. Emak 4 helai, mya pun 4 helai.

Disember, Bulan Perabih Duit
Instant Shawl Hany

Tapi ada satu masalah apabila emak mya membeli online. Bila nak sampai barang ni? Kata dalam facebook tu, 2 hari je. Mya cakap sabarlah, bukan dekat tempatnya. Nasib baik semua barang sampai dalam minggu yang sama. Tak adalah ternanti-nanti. Apabila barang dah sampai, emak suruh cuba. So, apa lagi kita cuba la. Tak menyempat-nyempat. 

Mulai hari ini, mya kena kawal perbelanjaan tak kisahlah dari segi makanan atau pakaian. Tengah menganggur macam ni. Tak boleh jadi. Lepas ni, nak beli keperluan penting je. Keinginan boleh beli, tapi satu-satu la. Susahnya nak menyimpan. Wish me luck on savings. $$$

Love,
Mya Rosli

Post a Comment

2 Comments

  1. Yesss, alhamdulillah setakat ni sy berjaya control nafsu shopping 😭😭😭 bnyk sbrnya nak beli tp gaji bln 1 lmbt lg

    ReplyDelete
  2. Tahun 2019 dah busy dgn keje baru. Lagipun salah satu azam utk tahun baru adalah menabung. Tahun lepas biarlah lepas.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.